Monday, October 05, 2009

Pembacaan AL-Quran

Al-Quran secara umumnya bermaksud kalam Allah taupun kata-kata Allah yang diturunkan secara wahyu kepada Nabi Muhammad S.A.W. melalui Malaikat Jibril dalam pelbagai cara dan bentuk untuk disampaikan kepada Umat Manusia sebagai panduan Hidup.

Membaca Al-Quran dianggap sebagai beribadat dan diberi ganjaran pahala oleh Allah SWT. Al-Quran juga merupakan sebuah kitab yang lengkap yang meliputi pelbagai sudut kehidupan dan isi alam. Di dalam A-Quran juga ada menceritakan pelbagai perkara-perkara yang berkaitan dengan Alam Ghaib dan juga perkara-perkara yang sudah berlaku, sedang berlaku dan akan berlaku. Di dalam AL-Quran juga ada menceritakan perkara2 yg berkaitan dengan Sains, Astronomi, geografi dan sebagainya.

Allah SWT memelihara Al-Quran sehingga ke Hari Qiamat dan akan mengangkat kembali Al-quran apabila menjelangnya hari Qiamat. Al-Quran juga merupakan mukjizat yang dikurniakan oleh Allah kepada kekasih-Nya yang diberi peluang kepada manusia untuk melihat,membaca dan mengamalkan sehingga Hari Qiamat. Barang siapa yang menjadikan AL-Quran sebagai teman, maka ia akan diberi kesenagan di Hari Akhirat kelak.

Penggunaan Al-Quran bukan sahaja pada masa-masa tertentu, tetapi Al-Quran mestilah digunakan setiap masa tidak kira tempat dan keaadan sebagai panduan dan rujukan serta pedoman. AL-Quran juga boleh digunakan untuk melembutkan hati orang bukan Islam untuk memeluk agama Islam. Di zaman Rasulullah S.A.W. pernah terjadi pada suatu ketika, seseorang yang amat ditakuti kerana kekejamannya dalam memerangi islam telah memeluk Islam sebaik sahaja mendengar Bacaan Suci Ayat Al-Quran. Sebaik sahaja beliau memeluk Islam, beliau telah mengishtiharkan tentang pengislamannya itu kepada umum bahkan mencabar sesiapa yang berani menentangnya.Keberaniannya itu menyebabkan dirinya digelar "Singa Allah".

Melihat kepada situasi pembacaan Al-Quraan di Malaysia, Al-Quran dibaca mengikut musim. Sebagai Contohnya, Ketika Tilawatul Quran, bulan Ramadhn dan Malam Jumaat.Bulan Ramadhan la yang paling ketara sekali pembacaan al-quran kerana gandaan pahala yang dijanjikan oleh Allah selain malam Lai-Latul Qadar. Tetapi malangnya pembacaan Ayat-ayat suci Al-Quran kini seolah-olah dipermain-mainkan oleh individu-individu tertentu atas kepentingan sesuatu bagi mencapai sesuatu. Memang tidak ada salahnya untuk mereka yang bukan Islam membaca Ayat Suci Al-Quran, malah Islam tidak larang org bukan Islam untuk memahami Al-Quran kerana secara tidak langsung mereka dapat memahami prinsip islam dengan lebih jelas dan mudah-mudahan mereka tertarik dengan islam. Malah ada beberapa orang saintis terkemuka barat telah memeluk Islam sebaik sahaja mereka membuat perbandingan hasil penemuan kajian mereka dengan penerangan yang telah ada dalam AL-Quran seperti kejadian manusia, kejadian Planet-Planet dan sebagainya. Malah surah Yasin yang dianggap nadi AL-Quran banyak menceritakan perkara-perkara yang berkaitan dengan sains. Tetapi senario yang berlaku sekarang berbeza, ayat-ayat suci Al-Quran dibaca oleh mereka yang bukan Islam dikhalayak ramai bagi memenuhi agenda masing-masing dan juga dikatakan untuk menguatkan hujah mereka berpidato. Ini yang tidak digalakkan dan harus di cegah. Pembacan Al-Quran di khalayak umum seharusnya dilakukan oleh mereka yang benar-benar arif mengenai pembacaan al-Quran yang betul kerana bacaan dan alunan mestilah selari. Jika dilihat secara logiknya dalam kita menunaikan solat Fardhu Subuh, Maghrib dan Isya' hanya imam sahaja yang membaca bacaan Al-Quran secara kuat manakala makmum bacaan mereka hanya sekadar untuk diri sendiri. Untuk menjadi seorang Imam, seseorang itu mestilah mengetahui cara bacaan yang betul kerana ayat-ayat suci Al-Quran dipenuhi oleh hukum-hukum tajwid, nahu dan sebagainya yang memerlukan proses pembelajaran secara formal (berguru). Islam menuntut umatnya membaca bacaan yang betul dalam sembahyang terutama Surah Al-Fatehah kerana Sembahyang menjadi tidak sah jika bacaan Al-Fatihah tidak betul kerana ia dikuatiri membawa maksud yang berbeza. Jika Imam yang mengimamkan solat contohnya, membaca Al-Fatihah dengan tidak betul, maka sesi sembahyang keseluruahan adalah TIDAK SAH. Contoh-contoh ini menunjukan betapa perlunya mereka yang hendak membaca Al-Quraan di hadapan khalayak ramai mestilah memahami dan mengetahui hukum-hukum tajwid dengan betul dan sempurna kerna Al-Quraan penuh dengan ayat-ayat dan syair-syair yang tersangat indah dan penulisannya tidak mampu ditandingi sehingga ke akhir zaman malah manusia tidak akan merasa jemu membacanya.

Ingatlah, Rasullulah Pernah bersabda : Di Akhir zaman kelak, akan terdapat golongan yang menjadikan Agamaku sebagai alat untuk kepentingan mereka.

-Na’u zubillah minzalikh…

Thursday, October 01, 2009

Mimpi...

Semalam aku ada hal mustahak yg perlu diselesaikan kt tempat keja..sejak akhir2 ni aku agak bz sekt dekat sini,keja makin bertambah...aku terpaksa cancel acara swiming yg dirancang bersama member baik aku sbb hal tersebut..sampai umah lebey kurang pukul 8.40 malam aku tgk ada msg dr endy jemputan ke majlis rumah terbuka dekat umah dia. Memandangkan program swiming aku dah batal sebb urusan keja td,so aku rasa mmber aku tu dh pun p la swiming dgn member2 yg lain.so aku pun mandi2 p la p umah terbuka anjuran kawan aku yg sorg lagi. secara tidak sengaja, aku telah tertinggal Hndphone aku, balik2 tudia punya bnyak number masuk. Number si Fuad pun ada gak. Tp aku x leh call disebb kan x dak credit. berbalik kepada cerita td, p sana aku tgk punya ramai kawan2 ada, hurm...aku pun masuk,makan pun x berapa selera sbb penat sangat.. endi paksa gak suruh aku makan,coz dia yg masak,untuk mnjaga hati, aku pun makan la sikit..aku minta diri untuk balik awal sbb keletihan dan perlukan rehat.Walaupun ada mmber yg suruh aku sty lebih lama,tp aku dah x mau sbb letih. Balik rumah, mandi on9 kejap aku x sedar yg aku tertidoq...Intro punya panjang...heheheh..

Semalam aku bermimpi, mimpi yg memberikan aku kebahagiaan sangat2 walaupun sementara..segala perjalanan dalam mimpi tu aku ingt satu per satu..aku mimpi, aku terserempak dgn ex aku, dia bg tau kt aku yg dia baru saja bernikah bulan lepas, walaupun hati aku bagai diguris2 tp aku cuba berkelakuan tenang..then dia ajak aku naik motor seperti yg kami sering buat dulu..kami jalan2..ronda2..best sangt..aku rasa bahagia..lepas tu sampai kt satu taman, aku stop moto, dan duduk dekat moto..dia bangun dan berdiri depan moto..dia pegang tangan aku, dia kata dia rindu kt aku,rindu sngt2...lepas tu dia peluk aku dan menagis..dia kata sampai sekarang dia still sayangkan aku...aku pun turut menagis..lepas tu aku terjaga..aku duduk berakstghfar dan menagis sorang2.. aku akui, aku still rindu n sayangkan dia..sangat2..sebab tu sampai sekarng aku susah nk buka hati aku kt org lain..tp aku akn cuba..aku akan cuba untuk membukanya..demi meneruskan kehidupan yg akan datang..

Sunday, September 13, 2009

Kematangan Dalam Hidup

Pagi tadi dekat office boring2 aku buka file gambar yang ada dalam PC aku ni, yer la tempat keja baru ni x bnyk sngt keja…
Dalam satu file gambar ni aku terkedu sebentar, melihat gambar2 yang ada membuatkan hati aku di rundung pilu..disiat-siat kesedihan ..tidak dinafikan walaupun menjalinkan hubungan yang terlalu singkat iatu hanya 3 bulan sahaja,ttp sayang aku pada dia terlalu mendalam…aku sngat menyayangi dia..sepenuh hati ku…aku akui, dia yang banyak merubah hidupku kini…menjadi seorang yg lebih matang dan sentiasa menilai dari sudut yg positif.Cara dia yang sentiasa cool, dan penyabar membuatkan aku sayang sngt dekat dia. Terlalu banyak kenagan yang terpahat dalam lingkupan sejarah hidup ku…terlalu banyak gambar bersama yang kami ambil. Terus terang aku katakan dengan dia lebih banyak kepahitan yang terpaksa aku telan atau dengan erti kata lain makan hati, ttp aku pejamkan mata demi sayang aku padanya. Dia bukan seorng yang romantic pun, jauh sekali seorg yang sentiasa nak ucap I love u..ttp aku tahu,dalam hatinya dia memang menyayangi aku…ttpi hubungan yang dibina tidak lama.Mungkin berpunca dari sikap aku yang selalu bersikap kebudak-budakan…yang selalu naik angin dan tidak mempunyai sifat kesabaran yang tinggi.aku akui, berpunca dari kata-kata ku yng membuatkan sikap sabarnya sampai kekemuncak, akhirnya dia melepaskan aku tanpa kerelaan ku..aku sedih dan pilu…walaupun aku tidak bersedia, ttp aku terpaksa melaluinya.kini kami menjadi kawan yang baik.Alhamdulillah, semuanya ada hikmah disebalik. Kini, aku dapat rasakan yang cara hidup ku memang berbeza. Menjadi seorang yang agak pendiam dan sentiasa berfikir dengan rasional. Cara hidup siDia banyak mempengaruhi hidupku kini.Untuk mencari pengganti buat masa ni pintu hati ku tertutup rapat.Bukan tidak ada yang Tanya padaku, ttp aku menolak kerana tidak bersedia. Sayang ku pada nya masih ada…aku tak tahu kenapa…Aku kini lebih selesa hidup berseorangan, walau pun tanpa rakan, walaupun tanpa org tersayang…masa ku banyak dihabiskan di rumah,kalau tidak pun aku akan hang out sekejap dengan Fuad..my best friends.Hari minggu kadang2 aku keluar dengan endy n kawan2.tp itu pun tidak selalu…

Saturday, August 15, 2009

Memori

Minggu ni jadi macam2 benda...ada sedih, gembira dan sebagai nya..bulan ni adalah bulan terakhir aku bekerja kat Continental. Memang sedih giler...besh kerja kt situ, tp keadaan yg memaksa aku untuk cari kerja lain..bukan nak lari dr masalah, tetapi untuk dpt kan enviremnt lain...yg pasti tempat keja aku luar dri penang..Oleh sbb minggu depan aku nk p KL seminggu n dah strat posa untuk minggu yg berikutnya, so jamuan makan untuk aku dicepatkan.. memang sedih n jadual aku pax sngt.Mana tak nyer...Hari jumaat Farwell departmen aku (Electronic eng.) buat, hari ahad geng2 technician lak buat kt juru, N then hari isnin pulak geng2 toolroom buat..memang rasa dihargai sangt terima kasi la dekat korang.aku x kan lupa sampai bla2 pengalaman ni..





i will miz u guys....huk..huk......jamuan yang diajurkan oleh mmebr2 EE.
Thanks kak Ija, En. Zaidi, Gooi, Yeoh...n semua... gamabr untuk Geng toolroom n Technician plak nnti aku publish..hehhehe...


Kenangan...

ari jumaat dapat msg dari Nad, dia msg n tanya kenapa aku menyepikan diri...sesungguhnya aku bukan nak menyepikan diri, tp saya nk tenangkan fikiran. Sekarang ni ramai yg dah kata aku dah berubah, dah tak seceria mcm dulu...kalau keluaq pun asyik mudy je n jadi seorang yg pendiam.Aku akui, itu la diri aku sekarang. Bukan nak berubah, tetapi keadaan di sekeliling aku yg menyebabkan aku dah berubah.. Nak kata berkecil hati tu memang la berkecil hati..tp aku biarkan..memang pun, lumrah kehidupan..kadang2 kawan ni hanya untuk menyakitkan hati jer..
Malam tu time aku nk otw ke umah Zinan aku singgah sekejap jumpa budak kechik..rindu giler aku kt dia...aku sayang kan dia sbb dia tak penah nak bg aku sakit hati, terkilan atau apa jer...kalau x fikirkan dia memang aku malas nak singgah. Lepas aku hantar budak kecik balik umah, aku terus g umah zinan. Berbalik dari cerita tadi, nad nangis kt aku, dia sangka aku marah kat dia...Aku sebenarnya x penah marah apatah lagi kecik hati ngan nad..aku sayng kt nad..oleh sebab time dia msg aku, time tu aku bz giler...so masa aku free, aku call dia, dari situ aku luahkan segala-galanya.Sekarang ni life aku hanya dekat umah. Kalau aku keluar pun, hanya dgn fuad, abg iss, tak pun ngan member2 lama. kalau x, aku hanya dok dekat umah sahaja. Aku lebih selesa macam ni. Sekarang ni org yang paling aku rindu nak jumpa adalah Budak Kecik dgn Nad kt KL. Aku turun KL je aku memang akan jumpa Nad. Aku memang rindu gila2 kt dia. Seorg minah yang satu ketika dahulu aku x suka sbb macam poyo,tp sekarng menjadi tempat untuk aku luahkan perasaan. Acap pun aku selalu teringt kt dia, tp aku tau dia selalu sebok dgn xtibiti dia, so aku malas nk ganggu.heheheh...

Monday, August 10, 2009

Menyintai dan Dicintai


Sangatlah menyakitkan mencintai seseorang, tetapi tidak dicintai olehnya. Tetapi lebih indah adalah menyayanginya tanpa mengharapkan sesuatu perasaan apapun darinya. Hanya perlu satu minit untuk menghancurkan hati seseorang, Satu jam untuk menyukai seseorang, Satu hari untuk mencintai seseorang, Tetapi membutuhkan seumur hidup untuk melupakan seseorang... Mungkin Tuhan menginginkan kita untuk bertemu dengan orang yang tidak tepat. Jadi ketika kita akhirnya bertemu dengan orang yang tepat kita akan tahu betapa berharganya anugerah tersebut. Cinta adalah ketika kita membawa perasaan, kesabaran dan romantis dalam suatu hubungan dan menemukan bahwa kita peduli dengan dia........ Hal yang menyedihkan dalam kehidupan adalah ketika kita bertemu seseorang yang sangat bererti. Hanya untuk menemukan bahwa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kita harus membiarkannya pergi. Ketika pintu kebahagiaan tertutup, yang lain terbuka... Tetapi kadang-kadang kita menatap terlalu lama pada pintu yang telah tertutup itu sehingga kita tidak melihat pintu lain yang telah terbuka bagi kita. Teman yang terbaik adalah teman dimana kita dapat duduk bersamanya dan merasa terbuai dan tidak pernah mengatakan apa-apa dan kemudian berjalan bersama. Perasaan seperti itu adalah perasaan termanis yang pernah kita rasakan. Benarkah bahwa kita tidak tahu apa yang kita dapatkan sampai kita kehilangan itu ?? Tetapi benar juga bahwa kita tidak tahu apa yang hilang sampai itu ada . Memberikan seseorang semua cintamu tidak pernah menjamin bahwa mereka akan mencintai kamu juga!!! Jangan mengharapkan cinta sebagai balasan, tunggulah sampai itu tumbuh di dalam hati mereka, tetapi jika tidak, pastikan dia tumbuh di dalam hati kita ... Ada hal yang sangat ingin kita dengar tetapi tidak akan pernah kita dengar dari orang yang dari mereka kita ingin dengar. Tetapi jangan sampai kita menjadi tuli walaupun kita tidak mendengar dari seseorang yang mengatakan itu dari hatinya . Jangan pernah berkata selamat tinggal jika kita masih ingin mencoba. Jangan menyerah selama kita merasa masih dapat maju. Jangan pernah berkata kita tidak mencintai orang itu lagi bila kita tidak bisa membiarkannya pergi... Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan... Kepada mereka yang masih percaya walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang masih mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangun kembali kepercayaan Jangan melihat dari wajah, itu bisa menipu. Jangan melihat kekayaan, itu bisa menghilang. Datanglah kepada seseorang yang dapat membuatmu tersenyum karena Sebuah senyuman dapat membuat hari yang gelap menjadi cerah. Berharaplah kita dapat menemukan seseorang yang membuat kita tersenyum. Ada saat di dalam kehidupan dimana kita dapat merindukan seseorang, kita ingin mengambil mereka dari mimpi dan benar benar-memeluknya. Mendakap dirinya dalam tiap tidur indah kita... Berharaplah bahwa kita dapat bermimpi tentang dia, yang berarti mimpilah apa yang ingin kita impikan. Pergilah kemana kita ingin pergi. Jadilah sesuai dengan keinginan kkita.Kerana kita hanya hidup sekali dan satu kesempatan untuk melakukan apa yang kita inginkan. Semoga kita mendapat cukup kebahagiaan untuk membuat kita bahagia... Cukup la satu cubaan untuk membuat kita kuat. Cukupla satu penderitaan untuk membuat kita menjadi manusia yang sesungguhnya, Dan cukup satu harapan untuk membuat kita bahagia. Selalu letakkan diri kita pada posisi orang lain. Jika kita merasa bahwa itu menyakitkan. Mungkin itu menyakitkan orang itu juga. Kasih itu sabar; kasih itu murah hati; ia tidak cemburu. Ia tidak memegahkan diri dan tidak sombong. Ia tidak melakukan yang tidak sopan dan tidak mencari keuntungan diri sendiri. Ia tidak pemarah dan tidak menyimpan kesalahan orang lain. Ia tidak bersukacita karena ketidakadilan, tetapi karena kebenaran. Ia menutupi segala sesuatu...Itulah ertinya cinta, pengorbanan dan kesakitan.Menjadi mainan setiap insan seprti kita. Yang setiap saat membutuhkan kemanisah kasih dan bahagia.

Friday, July 17, 2009

Wednesday, June 10, 2009

Politik-Antara iman,islam dan dunia

ISLAM menuntut penganutnya menjadi ahli politik yang handal walaupun tanpa kedudukan, jawatan dan kerusi empuk direbutkan dengan rakus oleh sesetengah pihak yang terseleweng matlamat agamanya. Pembabitan secara langsung atau tidak dalam politik adalah tanggungjawab setiap Muslim sebagai penegak keadilan agama Allah dan Rasul-Nya.Politik sebahagian daripada agama dan ia tuntutan iman. Keimanan mewajibkan seseorang menegakkan amar makruf nahi munkar. Sesiapa yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, dia wajib menjadikan politik sebagai medan dakwah dan ibadah demi menegakkan yang hak dan mencegah yang batil. Politik adalah kerja mulia dan jihad terbaik kerana berkaitan secara langsung dengan pentadbiran urusan makhluk. Kalau ia diurus dalam bentuk yang terbaik, maka akan tertegak kalimah Allah di atas bumi ini.Hadis Rasulullah SAW diriwayatkan Imam Muslim bermaksud: “Tidak ada seorang Nabi pun yang diutuskan Allah SWT di kalangan umat sebelumku melainkan wujud daripada golongan hawariyun (pembantu) dan sahabat yang mengambil sunnahnya dan mematuhi perintahnya. Kemudian dia meninggalkan selepas pengganti yang berkata apa yang tidak mereka kerjakan dan melakukan apa yang tidak diperintahkan. “Sesiapa berjihad menentang mereka dengan tangan, dia adalah seorang mukmin. Sesiapa berjihad menentang mereka dengan lidah, dia adalah mukmin, sesiapa yang berjihad menentang mereka dengan hati maka dia adalah mukmin dan tidak ada di sebalik itu iman walaupun sebesar biji sawi.”Tidak ada iman dalam diri seseorang jika hatinya tidak bersuara dan menentang apabila melihat kezaliman. Seorang mukmin dituntut sentiasa menjadi ahli politik yang sekurang-kurangnya memiliki kemahuan mengubah dengan hati atau jihad dengan hati apabila melihat kezaliman bermaharajalela.Di samping itu dia perlu sentiasa berhati-hati terhadap kejahatan dirinya mudah terpengaruh dengan mengharap ganjaran dunia yang hina sehingga boleh mencacatkan niat suci dan ikhlas semata-mata kerana Allah SWT. Sikap mengambil berat terhadap nasib rakyat perlu dijiwai dengan niat ibadah sambil menghadirkan rasa takut melakukan khianat terhadap mereka seperti hadis yang bermaksud: “Sesiapa yang tidak mengambil berat perihal urusan orang mukmin lain, maka dia bukan daripada kalangan mereka. Sesiapa yang tidak menjadi penasihat untuk Allah, Rasul-Nya, pemimpin umatnya dan orang awam, maka dia bukan daripada kalangan mereka. Pemilik kekayaan yang di sisinya ada orang tertidur kelaparan, maka Allah dan Rasul-Nya berlepas diri daripadanya (tidak diakui umat Muhammad).” (Hadis riwayat Al-Tabrani)Sesiapa yang menjadikan Islam asas pegangan politik tetapi menutup pintu rumahnya daripada keperitan kemiskinan yang dideritai rakyat dan menutup mata daripada ketidakadilan yang dideritai umat, sesungguhnya perjuangan itu bukan berasas roh politik Islam.Al-Imam Ibnu Al-Qayyim menyatakan ulasannya mengenai politik sebagai sebahagian daripada syarak:“Sesungguhnya politik adil tidak bertentangan dengan apa yang dinyatakan syarak, bahkan ia selari dengan apa yang dibawanya dan satu juzuk daripadanya. Kami menamakannya sebagai politik seperti yang kamu istilahkan. Sesungguhnya ia keadilan Allah dan Rasul-Nya.” (Al-Turuq al-Hukmiyah Fi al-Siyasah al-Syar’iyyah) Ramai ahli politik Muslim mengaku hanya diri dan partinya yang membela agama Islam, bangsa dan negara tetapi amalan dan kerja politiknya bertentangan dengan nilai Islam. Apakah mereka mempolitikkan Islam sebagai jenama saja demi mengaut keuntungan dunia dan demi meraih undi semata-mata?Pada hakikatnya, rakyat mampu menilai sejauh mana khidmat pemimpin politik walaupun tanpa perlu mereka menjual agama dan semangat perkauman jahiliah yang dihembuskan dengan penuh kebencian. Politikus Islam adalah mereka yang dekat di hati rakyat, merasai sendiri nadi yang berdenyutkan penderitaan mereka, berasa kesakitan mereka dan bukan ungkapan retorik basi yang memualkan dan omong kosong saja.Bagaimana umat boleh menjadi yang terbaik jika hanya disuap dengan kata manis berfalsafah yang tidak praktikal, bahkan kadangkala meminjam ayat al-Quran dan hadis Nabi SAW tanpa hak, tetapi mereka yang petah bercakap itu tak mampu mengurus masalah kemiskinan dan kebodohan rakyat, gejala sosial yang meruncing, hak rakyat yang belum dipenuhi dan pentadbiran tenggelam dalam rasuah.Mereka menganggap isu itu seperti angin bertiup sepoi bahasa, sedangkan isu sebenar umpama puting beliung yang boleh meranapkan segalanya. Ke manakah masa depan agama, bangsa dan negara mahu dikemudi, jika parti politik yang mengaku berasaskan Islam dan perjuangannya saling bertelingkah sesama sendiri?Mengapa membiarkan semangat satu agama, bangsa dan negara itu hancur berkecai oleh ego yang melampau? Mengapa tidak ditonjolkan akhlak Islam murni dalam mencari penyelesaian terhadap isu umat Islam, sedangkan Nabi Musa AS dan Nabi Harun AS disuruh bersikap lemah-lembut ketika menasihati Firaun yang sudah dilaknat al-Quran akibat kekejamannya. Seperti firman Allah SWT bermaksud: “Sesungguhnya Firaun berbuat sewenang-wenang di muka bumi dan menjadikan penduduknya berpecah-belah dengan menindas segolongan daripada mereka, menyembelih anak lelaki mereka dan membiarkan hidup -anak perempuan. Sesungguhnya Firaun termasuk orang yang berbuat kerosakan.” (Surah Al-Qasas ayat: 4)Nabi Musa AS dan Nabi Harun AS menggunakan pendekatan politik bijaksana yang mengutamakan kompromi sebelum menyatakan dakwah ketika menghadapi Firaun seperti dirakamkan dalam al-Quran bermaksud: “Pergilah kamu berdua kepada Firaun, Sesungguhnya dia melampaui batas. Kemudian hendaklah kamu berdua berkata kepadanya dengan lemah lembut, mudah-mudahan dia beringat atau takut.” (Surah Taha ayat: 43-44)Jika sesama parti politik Islam saling menghentam, berbalah sepanjang jalan tanpa mahu melihat konsep syura dan perundingan yang menjadi pilihan Rasul SAW ketika fasa dakwah pembinaan negara Islam yang termaktub dalam piagam hak asasi manusia pertama di Madinah dan dalam setiap langkah yang diambil baginda SAW, maka dikhuatiri ada pihak membenci Islam menangguk di air keruh. Akhirnya umat Islam juga yang rugi.Allah berfirman menggesa umat Islam bersatu padu dan berwaspada dengan musuh dalam selimut bermaksud: “Janganlah orang Mukmin mengambil orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang Mukmin. Siapa berbuat demikian, nescaya lepaslah ia daripada pertolongan Allah kecuali kerana (siasat) memelihara diri daripada sesuatu yang ditakuti daripada mereka (kafir) dan Allah memperingatkan kamu terhadap diri-Nya (seksa) dan hanya kepada Allah kamu kembali.” (Surah Ali Imran ayat: 28)Konsep syura dalam Islam tidak memandulkan demokrasi, kebebasan bersuara dan hak membangkang dengan hujah dan fakta yang bertanggungjawab, bahkan semua itu menjadi tunjang bagi pelaksanaan syura dalam politik bercirikan Islam. Pemimpin politik Muslim tidak teragak-agak menyatakan bantahan jika sesiapa melakukan kezaliman walaupun dari kalangan ahli parti sendiri.Begitu juga apabila pihak lawan mengemukakan cadangan dan idea bernas dan benar demi kesejahteraan rakyat dan ia tidak bercanggah dengan syarak, mereka mesti sepakat dalam hal ini tanpa memandang kepada perbezaan parti. Bersatu untuk kebenaran dan sama membanteras kezaliman tanpa pandang bulu, tiada sedikitpun fanatisme parti antara mereka antara sifat politik Islam.Amalan ini adalah gaya kepemimpinan Khalifah Rasulullah SAW. Abu Bakar ra ketika dilantik sebagai Amirul Mukminin berkata: “Wahai manusia aku dilantik untuk memerintah kamu, sedangkan aku bukan orang paling baik daripada kalangan kamu. Jika kamu melihat aku di atas kebenaran maka sokonglah aku. Jika aku di atas kebatilan, betulkan aku, taati aku selagi aku mentaati Allah dalam urusan kamu. Jika aku menderhakai Allah, maka tiada taat lagi untukku.”Khalifah selepasnya, Umar al-Khattab ra pula berkata: “Semoga Allah merahmati seseorang yang menunjukkan kepadaku keaiban diriku. Wahai sekalian manusia! Sekiranya kamu melihat aku menyeleweng daripada kebenaran maka perbetulkanlah aku.” Lalu seorang lelaki bingkas berdiri dan berkata: “Wahai Ibnul Khattab. Demi Allah jika kami melihat kamu melakukan penyelewengan maka kami akan perbetulkannya dengan mata pedang kami.” Umar akur dan memuji tindakan lelaki ini.Sesungguhnya menasihat pemimpin yang tersilap adalah kewajipan rakyat bahkan ia perintah Allah Taala dalam firman-Nya yang bermaksud: “Dan itulah (kisah) kaum Ad yang mengingkari tanda kekuasaan Tuhan mereka, dan menderhakai rasul Allah dan mereka menuruti perintah setiap ketua yang bermaharajalela lagi degil dalam keingkarannya.” (Surah Hud: 59)Namun kaedah tidak berhikmah boleh menyumbang kepada perpecahan dan persengketaan lebih teruk. Oleh itu, kembali kepada sistem syura dan kasih sayang sesama Muslim untuk memperbetulkan iklim politik yang kini tenat dihentam gempa tsunami dan semakin kelam berjerebu.Berita Harian ____________ _________ _________ _________ _________ _________ _Amat menyedihkan sekali di akhir zaman ini masih lagi terdapat cendekiawan islam yang sentiasa melakukan dan melaksanakan ijtihad songsangnya, di mana dalil di peroleh dan di cari semata-mata untuk mengaburi ummat agar kepentingan dapat di perolehi, malu ana melihat situasi ini, ialah bagi mereka yang telah berpuluh tahun mengkaji islam, bagi mereka yang berpuluh tahun menjejaki kebenaran, namun masih tidak dapat keluar dari kepompong kapitalis sekularis yang mengongkong minda setiap individu muslim akhir zaman ini.Dengan kepetahan berkata, pejuang demokrasi ini sanggup menyamakan Saidina Abu Bakar dalam kelompok pejuang demokrasi ala syura, demi ALLAH kalian hanyalah pemfitnah kepada kebenaran.Nyatakan kepada kami di mana dalil kebenaran demokrasi? nyatakan kepada kami di mana dalil Rasulullah mengamalkan demokrasi? nyatakan kepada kami di mana bisa demokrasi bisa di ertikan dengan syura ternyata ia hanyalah fitnah semata. Tanpa ada rasa bersalah dan ragu memfitnah sebuah kebenaran yang hak.Kami tidak pernah menolak politk, kami tidak pernah menyatakan tiada politik dalam islam, kami benar dengan politiklah islam bisa tersebar luas. Tapi politik yang bagaimana, apa hubungannya. inilah dia politik sebenar yang mana Hubungan antara politik dan Islam tidak pernah terpisah, namun ianya sering kali disalahertikan dikalangan kaum muslim pada hari ini. Hal ini tidak lain terjadi akibat semakin serabutnya kaum muslim dari pandangan hidup (mabda) Islam yang seharusnya dia berpegang teguh. Keadaan ini diparahkan lagi dengan serangan budaya dan pemikiran Barat, yang kemudian membentuk pandangan muslim terhadap politik. Kemudian muncul paling tidak tiga pandangan tentang Islam dan politik. Pertama, menolak sama sekali, dengan alasan Islam memang tidak mengatur masalah politik; kedua, menerima bahwa Islam mengatur politik, namun hanya pada peringkat nilai dan substansi, bukan amalan praktikal; dan yang ketiga menyatakan dengan tegas bahwa Islam mengatur masalah politik baik dari segi asas (fikrah) sampai turunan yang praktis (thariqah).Dalam kelompok yang ketiga ini juga muncul beberapa pandangan sebagai akibat kekaburan dalam memahami aktiviti politik. Seperti tudingan atau tuduhan yang tidak ikut memilih di pilihanraya bererti bodoh dan tidak realistik hanya berpeluk tubuh. Hujung-hujungnya bererti tidak perduli kepada umat. Atau muncul anggapan: Bagaimana disebut parti politik, kalau tidak ikut parlimen atau memilih di pilihanraya. Muncul pertanyaan sinis: eh biar betul politik di belajar di kaji ! arghhh Seminar yang melulu! Cakap bolehlah buat tengok! Bagaimana merubah negara hanya dengan bulletin atau nasrah! Eh diorang nih hanya buat mashirah saja bolehke nak ubah negara??! dan pernyataan sinis lainnya.Di sisi lain, tidak sedikit parti politik yang mengklaim sebagai parti politik islam, justru tidak melakukan aktiviti politik yang sebenarnya. Parti politik Islam kemudian lebih mirip menjadi kebajikan masyarakat, karena yang lebih menonjol adalah aktiviti sosialnya, dibanding aktiviti politiknya. Karena itu, penting bagi kaum muslim untuk mengetahui apa sebenarnya yang dimaksud dengan amal politik yang sewajarnya dilakukan oleh seorang muslim, parti politik Islam, atau negara. Namun, tulisan ini akan membatasi sejauhmana amal politik yang harus dilakukan oleh parti politik Islam.Pengertian Amal PolitikUntuk bisa mengatakan apakah aktiviti seseorang merupakan aktiviti politik atau tidak tentunya harus dimulai dari pengertian politik itu sendiri. Politik atau siyasah pada dasarnya adalah aktiviti yang dilakukan untuk mengurus kepentingan rakyat (umat), yang dilakukan oleh individu, parti, kelompok, atau negara atau beberapa negara (Abdul Qadim Zallum, Pemikiran Politik Islam, terj. hlm104). Hampir sama dengan defenisi tersebut V.O Key, Jr, mengartikan politik terutama terdiri atas hubungangan antaraa super ordinan dan subordinan, antaraa dominasi dan submisi, antara yang memerintah dan yang diperintah. Sedangkan Goerge Catlin mengartikan politik sebagai kegiatan manusian yang berkenaan dengan tindakan mengontrol masyarakat (the act of human social control). (Amin Rais, Cakrawala Islam, hlm 30).Sementara untuk bisa mengatur urusan rakyat ini, kekuasaan politik (dalam bentuk negara) tentunya adalah hal yang penting sebagai thariqah (metod) untuk mengatur rakyat. Dengan demikian aktiviti politik memiliki dua ciri utama; (1) setiap aktiviti yang bermuara pada pengaturan urusan umat, baik dilakukan oleh individu, parti politik, atau negara adalah aktiviti politik; (2) berhubungan dengan kekuasaan (sultoh, power) sebagai autoriti untuk mengatur rakyat. Jadi segala aktiviti yang berhubungan dengan dua ciri diatas disebut sebagai aktiviti politik.Sebagai parti politik Islam, tentu saja parti ini wajib menjadikan mabda (ideaologi) Islam sebagai dasar perjuangannya, termasuk yang menentukan ke arah mana perjuangan yang dilakukannya. Berkaitan dengan ini, politik Islam wajib dimaknai sebagai upaya pengaturan urusan-urusan umat berdasarkan hukum-hukum Islam baik di dalam maupun di luar. Untuk itu parti politik Islam wajib menjadikan berlanjutnya kehidupan Islam (syariah) dengan tegaknya Daulah Khilafah Islam sebagai agenda utama perjuangan mereka. Sebab, hanya dengan Daulah Khilafah Islam-lah upaya pengaturan urusan umat yang didasarkan pada hukum syara tersebut bisa diwujudkankan secara sempurna dan menyeluruh. Untuk itu amal-amal politik Rasulullah haruslah menjadi acuan. Dimulai dari Makkah sampai kemudian tegaknya Daulah Islam (Negara Islam) di Madinah. Dalam hal ini ada beberapa aktiviti nyata politik yang dilakukan Rasulullah Saw:(1) Tasqif Murakkazah (Pembinaan intensif)Pembinaan intensif adalah merupakan amal politik untuk mencetak ahli-ahli politik. Secara sistematik dan berlanjutan ahli-ahli ini dibina oleh parti politik sehingga mereka menjadi orang yang siap dan mampu mewujudkan cita-cita parti politik. Mereka tidak hanya mampu dari segi idea (fikrah), tapi juga mampu untuk berkorban demi perjuangan parti. Hal ini merupakan aktiviti yang sangat penting dan mendasar dalam politik. Sebab, bagaimanamungkin akan terjadi perubahan di tengah masyarakat kalau tidak ada ahli. Dan bagaimanamungkin ahli bisa bergerak ditengah masyarakat kalau ahli ini tidak memiliki pemahaman yang mendalam tentang perubahan yang diinginkan oleh parti. Karenanya, melalaikan amal politik ini akan menyebabkan kegagalan parti untuk meraih tujuannya.Upaya untuk menciptakan ahli politik ini dilakukan oleh Rasulullah Saw sejak di Makkah dan tidak pernah berhenti. Sejak Rasulullah Saw diperintahkan Allah SWT untuk mengemban dakwah Islam (Qs. al-Muddatstsir [74]:1-3), beliau kemudian mulai merekrut orang-orang disekelilingnya untuk kemudian dibina menjadi ahli politik. Mereka kemudian dikumpulkan dan dibina secara serius oleh Rasulullah Saw di rumah Arqom. Disana mereka digembleng dengan aqidah Islam, dibacakan dan dijelaskan tentang al-Qur’an dan bersama-sama Rasulullah para sahabat mendekatkan diri kepada Allah SWT. Dengan pembinaan seperti ini lahirlah ahli-ahli dakwah Rasulullah Saw. Mereka adalah para sahabat yang siap secara idea (fikrah) dan rela berkorban untuk perjuangannya.Dalam konteks sekarang, parti politik juga harus melakukan hal ini. Secara intensif harus dilakukan bimbingan. Kepada mereka ditanamkan aqidah Islam dan syariah Islam yang menyeluruh (komprehensif) . Sehingga mereka sebelum terjun ke masyarakat sudah siap dengan solusi-solusi yang nyata untuk berbagai persoalan yang muncul di tengah umat. Secara praktis aktiviti ini bisa dilakukan bersandarkan dengan halaqoh-halaqoh (kelompok kecil yang terdiri atas beberapa orang) dimana disana secara sistematik dan terarah dilakukan pengkajian terhadap idea-idea Islam dari buku-buku yang diadopsi oleh parti.(2) Tasqif Jama’iyah (Pembinaan umum)Pembinaan umum ini dilakukakan untuk membangun kesadaran masyarakat tentang pentingnya penerapan syariah Islam secara kaffah oleh Daulah Khilafah Islam. Hal ini dilakukan lewat cara membina umat dengan tsaqofah Islam (pemikiran Islam), meleburnya dengan Islam, membebaskannya dari akidah rusak, pemikiran salah, serta pandangan-pandangan kufur. Membangun kesadaran umat ini adalah sangat penting. Sebab tidak akan terjadi perubahan yang mendasar di tengah-tengah umat kalau tidak terjadi perubahan kesadaran masyarakat. Penegakan Daulah Khilafah haruslah dilakukan melalui umat dalam pengertian didukung oleh kesadaran umat. Karena yang ingin dibangun adalah pemerintahan yang didasarkan pada pemikiran yang matang (al-hukum ‘ala al-Fikrah), bukan semata-mata sikap emosioanal sesaat.Apa yang dilakukan oleh Rasulullah Saw adalah hal yang jelas. Rasulullah Saw sejak diperintahkan untuk menyampaikan dakwah Islam secara terbuka (Qs. al-Hijr [15]: 94), secara langsung mulai terjun ke masyarakat untuk menyampaikan Islam. Rasulullah Saw pergi ke al Batha, naik ke sebuah bukit dan menyampaikan secara lantang visi dan misi perjuangannya di hadapan orang-orang Quraish yang dia kumpulkan. Rasulullah Saw menyampaikan aqidah Islam kepada mereka dan menyeru mereka untuk masuk Islam dan bersama-sama berjuang bersama Rasulullah Saw. Rasulullah Saw juga menjelaskan kerusakan aqidah kaum kuffar yang menyembah berhala. Juga menjelaskan aturan-aturan yang rusak saat itu seperti kebiasaan menipu dalam perniagaan, membunuh anak wanita karena malu dan lain-lain.Hal yang sama wajib dilakukan oleh parti politik Islam sekarang. Parti politik Islam harus terjun ke masyarakat menyampaikan Islam secara kaffah dan menyeluruh. Wajib pula disampaikan kewajiban menegakkan syariah Islam dan Daulah Khilafah. Kalau di masa Rasulullah, bentuk kekufuran yang dilakukan oleh masyarakatnya adalah menyembah berhala, sekarang ini harus dijelaskan bahaya idea-idea kufur seperti Kapitalisme berikut idea-idea pokoknya (sekulerisme, demokrasi, hak asasi manusia, pluralisme dan lain-lain). Dijelaskan pula kerusakan aturan-aturan kapitalisme dalam berbagai bidang yang menyengsarakan manusia. Adapun bagaimana cara praktisnya bisa dilakukan dengan berbagai uslub (teknik) dan wasail (perantaraa) . Bisa dilakukan dengan pengajian-pengajian umum, khutbah jum’at, seminar, diskusi publik, debat terbuka. Termasuk lewat media masa seperti radio, televisi, surat kabar, majalah dan lainnya. Dari aktiviti ini kemudian akan muncul kesadaran umat untuk diatur semata-mata oleh syariat Islam. Kesadaran umat ini yang mendorong mereka untuk menuntut perubahan sistem negara yang jauh menyimpang dari Islam.(3) Shiro’ul Fikr (pergolakan pemikiran)Perubahan masyarakat haruslah diawali dengan perubahan pemikiran di tengah-tengah masyarakat tersebut. Agar berubah, masyarakat harus tahu bahwa pemikiran yang selama ini mereka anut dan percayai adalah keliru dan rusak, bahkan membahayakan mereka sendiri. Untuk itu tentu saja harus dijelaskan dimana kerusakan idea tersebut dan bahayanya kepada masyarakat. Disinilah letak penting shir’ul fikr (pergolakan pemikiran) sebagai amalan politik untuk merubah masyarakat. Pergolakan pemikiran ini dilakukan dengan cara membentang idea-idea yang salah, aqidah yang rusak atau pemahaman yang keliru di tengah masyarakat. Dijelaskan kekeliruannya dan pertentangannya dengan Islam. Tentu saja harus disertai dengan penjelasan bagaimana ketentuan hukum Islam dalam perkara tersebut.Pergolakan pemikiran ini adalah amalan politik yang sangat nyata dilakukan oleh Rasulullah Saw. Sangat jelas bagaimana Rasulullah Saw menyerang aqidah kufur yang diyakini oleh banyak masyarakat jahiliyah pada waktu itu. Rasulullah mengecam kepercayaan mereka yang menyembah berhala dan musyrik. Tidak hanya aqidah, kebiasaan-kebiasaan rusak ditengah masyarakat juga dijelaskan oleh Rasulullah kekeliruannya, seperti kebiasaan ummat menipu dalam perniagaan, perzinaan, merendahkan anak yatim, dan kebiasaan membunuh anak perempuan karena malu.Dalam konteks sekarang, aktiviti politik ini dilakukan dengan menjelaskan idea-idea dan aturan-aturan rusak yang diyakini masyarakat. Karena itu harus dijelaskan kekeliruan idea-idea kufur seperti sekulerisme, nasionalisme, demokrasi, hak asasi manusia dan lainnya. Dijelaskan pula bahayanya bagi umat dan pertentangannya dengan Islam. Bersamaan dengan itu dijelaskan pula bagaimana pandangan Islam dalam perkara tersebut. Secara praktis aktiviti ini bisa dilakukan dengan ceramah-ceramah, khutbah jum’at, seminar, menerbitkan tulisan (buletin, majalah, akhbar) dan lain-lain. Dari aktiviti ini diharapkan masyarakat memiliki kesadaran tentang kerusakan idea-idea kufur yang selama ini mereka anut. Pada gilirannya mereka akan mencampakkan idea-idea tersebut dan menggantikannnya dengan Islam. Semua ini akan bermuara pada kesadaran masyarakat untuk mewujudkan sistem daulah Khilafah dengan mengganti sistem kufur yang ada ditengah-tengah mereka.(4) Kifahas-siyasi (Perjuangan Politik)Sebuah sistem politik (negara atau masyarakat) akan berjalan selama rakyat masih percaya kepada pemimpinnya untuk mengatur kehidupan mereka. Untuk merubah sistem tersebut haruslah diputus kepercayaan rakyat terhadap pemimpinnya (dhorbul alaqot). Untuk itu harus dijelaskan dan dibongkar kerusakan pemimpin yang ada, pengkhianatan mereka terhadap rakyat, ketidadilan mereka mengurus rakyat. Termasuk menjelaskan persekongkolan mereka dengan negara-negara musuh imperialis yang melestarikan derita rakyat. Aktiviti ini lah yang disebut perjuangan politik.Amal politik ini dilihat dari penentangan parti tersebut terhadap negara-negara imperialis kafir dalam rangka memerdekaan umat dari belengu penjajahan mereka. Membebaskan umat dari tekanan dan pengaruhnya, serta mencabut akar-akarnya baik berupa pemikiran, budaya, politik, ekonomi, maupun ketenteraan dari seluruh negeri-negeri Islam. Termasuk dalam amal politik ini adalah menentang pemimpin, mengungkap pengkhianatan mereka, melancarkan kritik (muhasabah), kontrol, dan koreksi terhadap mereka. Serta berusaha mengganti mereka apabila mereka melanggar hak-hak umat.Hal ini dilakukan Rasulullah dengan menjelaskan kerosakan pemimpin-pemimpin kafir Quraish pada waktu itu. Abu Lahab, Abu Jahal, dan Abu Sofyan merupakan pemimpin-pemimpin yang kerap dikritik oleh Rasulullah. Bersama sahabatnya, Rasulullah menyampaikan ayat-ayat al-Qur’an yang berisi kecaman terhadap Abu Lahab yang menolak kebenaran yang disampaikan Rasulullah dengan cara yang hina (Qs. al-Lahab [111]: 1-5), mengungkap keburukan Abu Sofyan yang tidak memperhatikan anak-anak yatim (Qs. al-Ma’un [107]: 1-7). Amal praktik yang bisa dilakukan saat ini bisa dengan memilih uslub (strategi) seminar, diskusi, demonstrasi damai (masiroh), ceramah-ceramah, debat politik atau media-media lainnya.(5) Tabanni Mashalihul ummah (Mengadopsi Kepentingan Umat)Perubahan masyarakat pada dasarnya sangat ditentukan oleh sikap masyarakat terhadap pemimpin mereka yang menerapkan berbagai kebijakan atas mereka dan sikap mereka terhadap parti politik yang menginginkan terjadinya perubahan. Untuk itu parti politik Islam haruslah menjelaskan kepada umat bahaya setiap kebijakan dari pemimpin yang ada , kekeliruannya dan pertentangannya dengan Islam. Sementara itu, umat juga harus melihat dan menyaksikan sendiri, bahwa parti politik yang mengkoreksi tersebut memang mampu memberikan solusi terhadap persoalan-persoalan mereka. Umat harus melihat bahwa parti politik yang ingin melakukan perubahan tersebut memang layak untuk memimpin mereka, karena kemampuan mereka menyelesaikan persoalan hidup rakyat.Disinilah letaknya kepentingan tabanni mashalihul ummat sebagai amal politik .Dilihat dari aktiviti ini adalah upaya parti politik untuk mengawasi dan mengkoreksi setiap kebijakan pemimpin yang menyimpang. Dijelaskan bahayanya bagi umat dan bagaimana solusi Islam terhadap persoalan tersebut. Seperti mengkritik kebijakan kenaikan petrol, kos pendidikan, public transport, undang-undang anti terorisma, ifc, akta orang beragama dan lain-lain. Sekaligus akan menghilangkan kepercayaan mereka terhadap pemimpin mereka yang memang tidak layak. Jelas ini akan memperkuat kesadaran masyarakat untuk mengganti sistem rusak yang ada di tengah-tengah mereka dengan sistem Islam ,yakni Daulah Khilafah Islam. Dengan seminar, masiroh (demonstrasi damai dan aman), pengiriman utusan kepada pemimpin atau parlimen, penyebaran buletin dan nasroh adalah cara-cara (uslub) yang bisa dipilih. Dari aktiviti ini masyarakat akan melihat bagaimana kehirauan dan kesiapan parti politik Islam untuk memecahkan persoalan mereka.(6) Tholabun Nusroh (Meraih dukungan)Mengingat setiap sistem politik pastilah terdapat orang-orang yang kuat yang berpengaruh (ahlul quwwah), maka sikap orang-orang yang berpengaruh ini jelas sangat menentukan keberhasilan perjuangan untuk menegakkan Daulah Khilafah Islam. Penerimaan mereka terhadap Islam yang disertai dengan kesadaran masyarakat akan mempercepat tegaknya sebuah sistem Islam. Sebaliknya, penolakan mereka akan menghambat keberhasilan tersebut. Untuk itu tholabun nusroh dalam pengertian meminta nusroh (dukungan) dari ahlu nusroh atau ahlul quwwah yang menjadi tokoh penting dalam masyarakat adalah sangat penting. Dari tokoh-tokoh pengaruh ini bisa diperoleh dua hal: perlindungan terhadap dakwah dan kekuasaan.Tidak mengherankan kalau Rasulullah, disamping menyadarkan masyarakat, terus menerus melakukan upaya tholabun nusroh (meminta dukungan) kepada orang-orang atau kelompok kuat. Hal ini bisa jelas dilihat dari aktiviti Rasulullah mendatangai pemimpin-pemimpin qabilah suku quraish, bani Tsaqif (di Thaif), Bani Syaiban bin Tsa’labah, Bani Kalb dan lain-lain. Diantaraa kabilah tersebut yang kemudian menerima Rosullah adalah pemimpin dari suku Aus dan Khazraj dari Madinah. Dengan dukungan pemimpim dua kabilah ini, Rasulullah berhasil pula mendapat dukungan dari sebagian besar masyarakat madinah. Inilah kunci keberhasilan Rasulullah dalam menegakkan Daulah Islam di Madinah: dukungan ahlul quwwah (pemimpin Aus dan Khazraj) dan kesadaran masyarakat Madinah menerima Islam secara total.Dalam konteks sekarang amal politik ini dilakukan dengan mendakwahkan dan mencari dukungan dari kelompok-kelompok kuat dan strategik di tengah masyarakat. Saat ini rata-rata di dunia Islam yang menjadi kelompok kuat ini adalah pihak ketenteraan. Secara praktik hal ini dapat dilakukan dengan menghubungi terus tokoh-tokoh penting ketenteraan dengan berbagai cara atau mengirim utusan kepada mereka. Mengajak mereka berdialog agar mereka bisa mendukung penuh tegaknya Daulah Khilafah Islam.Demikianlah amal-amal politik yang wajib dilakukan oleh parti politik Islam sekarang. Adapun di dalam atau diluar parlimen, ikut memilih di pilihanraya atau tidak, bukanlah sebagai faktor penting dalam melakukan aktiviti politik. Apatahlagi mereka yang menyertai pilihanraya terlibat dengan demokrasi yang jauh dari islam dan jelas akan keharaman mengamalkannya. Namun amal yang bermuara pada aktiviti pengaturan urasan umat dengan cara penegakan Daulah Khilafah Islam sesungguhnya merupakan aktiviti politik yang nyata, sebagaimana yang telah dilakukan Rasulullah Saw. Jadi persoalannya bukan apakah parti tersebut ikut memilih di pilihanraya atau tidak, atau masuk parlimen atau tidak. Demikian juga uslub-uslub yang dipilih seperti seminar, debat politik, diskusi, pengkajian Islam intensif, penyebaran buletin adalah teknik-teknik yang tidak bisa dipisahkan dari aktiviti politik tersebut. Dengan cara tersebut tiga kunci perubahan untuk tegaknya Daulah Khilafah Islam bisa diraih; adanya ahli, kesadaran rakyat, dan dukungan tokoh dan kuat di masyrakat.. MAKA ISLAM AKAN KEMBALI LAGI.Nah kite telah lihat bertapa hebat dan mendasarnya aktiviti politik Rasulullah, lantas perlu apa percaya kepada demokrasi, perlu apa berlindung terus dan pertahankan sistem kufur lagi menghancurkan ini. Ayoh tinggal demokrasi pilih thariqah Rasulullah. Takbiiirr... .... tidak ada satu pun di dalam thariqah Rasulullah ini membuktikan benarnya amalan demokrasi. Lantas persoalan untuk antum menilai dan memikirkan. Dari manakah demokrasi ini bisa di wajibkan??? dan apa pula ertian demokrasi dalam syura.???Mungkin di masa akan datang ana akan cuba jelaskan dengan lebih rincih tentang syura dan bezanya dengan demokrasi.

Tuesday, June 09, 2009

Bukan politik - untuk jiwa bangsa Melayu


UCAPAN OLEH
YABHG TUN DR MAHATHIR BIN MOHAMAD
DI PERHIMPUNAN DAN SIDANG KEMUNCAK PRIBUMI PERKASA NEGARA
DI KOMPLEKS SUKAN TNB, JALAN BANGSAR,
KUALA LUMPUR
PADA HARI AHAD, 22 MAC 2009
——————————–


1. Terlebih dahulu saya ucap terima kasih kepada penganjur perhimpunan ini kerana menjemput saya dan memberi peluang kepada saya untuk berucap kepada hadirin.
2. Saya yakin ramai daripada kita yang hadir, terutamanya orang Melayu dan bumiputra lain, hadir kerana kita berasa kita berada dalam keadaan cemas, keadaan yang merbahaya, keadaan terancam.
3. Kenapa tidak? Kita kini diserang berkali-kali oleh berbagai pihak.
4. Ramai daripada orang lain berkata Melayu adalah kaum pendatang.
5. Melayu mengamalkan apartheid ala kulit putih Afrika Selatan.
6. Melayu tidak adil, suka menidakkan hak kaum-kaum lain.
7. Melayu sudah cukup kaya dan tidak perlu dasar Ekonomi Baru lagi.
8. Semua peluang perniagaan dan pelajaran diberi hanya kepada orang Melayu.
9. Kuasa politik dibolot oleh orang Melayu dan lain-lain.
10. Berhadapan dengan tuduhan dan tohmahan ini Melayu sekarang tidak boleh mempertahankan diri, bahkan tidak boleh bercakap berkenaan dengan bangsa mereka tanpa dituduh sebagai racist. Mereka harus terima sahaja semua tuduhan/tohmahan ini dan berdiam diri atau bersetuju sahaja. Mereka juga boleh tambah tokok kepada kecaman ini dan mereka ini akan dianggap liberal dan disanjung tinggi oleh orang lain. Sebenarnya orang Melayu sekarang berada dalam ketakutan, tidak mempunyai pemimpin yang sanggup pertahankan mereka. Sebaliknya pemimpin mereka mengerohkan lagi keadaan dengan memohon maaf walaupun kesalahan dilaku oleh orang lain.
11. Demikianlah situasi yang mereka hadapi sehingga mereka berasa mereka bersalah, tergamam dan tak dapat berkata apa-apa.
12. Keadaan hari ini lebih merbahaya daripada keadaan semasa British merancang untuk menakluk negeri-negeri Melayu dengan perancangan Malayan Union. Pada masa itu kita boleh cakap berkenaan Melayu dan tidak ada sesiapa yang akan tuduh kita sebagai racist. British pun tidak panggil kita racist. Mereka akui memang pun hak orang Melayu menuntut negeri-negeri Melayu sebagai hak orang Melayu. Semua perjanjian berkenaan dengan negeri-negeri di semenanjung mesti dibuat dengan Raja-Raja Melayu. Tidak ada siapa dari kaum laim yang berhak membuat apa-apa perjanjian.
13. Sekarang orang Melayu tidak pun boleh berkata negeri ini negeri Melayu, tidak boleh sebut negeri ini dikenali sebagai Tanah Melayu. Negeri Jepun boleh dikatakan negeri orang Jepun, negeri Korea – negeri orang Korea, negeri China – negeri orang Cina, negeri India – negeri orang India. Tetapi negeri Melayu – bukan negeri orang Melayu. Dahulu mungkin. Tetapi tidak sekarang. Sekarang Malaysia, hak orang Malaysia dan bukan hak orang Melayu. Kesanggupan dan kerelaan orang Melayu berkongsi milik negara ini tidak sedikit pun dihargai. Pemberian satu juta kerakyatan oleh Tunku Abdul Rahman Putra kepada kaum lain tidak dihargai bahkan tidak diingati, dilupakan dengan begitu sahaja.
14. Orang Melayu dikatakan kaum pendatang di negaranya sendiri. Dan kaum pendatang lain tidak boleh dipanggil kaum pendatang. Jika sesiapa berbuat demikian, mereka mesti minta maaf. Tidak perlu sesiapa minta maaf jika berkata Melayu kaum pendatang.
15. Namun saya memberanikan diri untuk bercakap sedikit berkenaan orang Melayu di Malaysia walaupun akan dituduh sebagai racist. Saya beranikan diri kerana sesungguhnya orang Melayu berada dalam keadaan cemas, dilanda oleh bermacam-macam masalah dan ancaman. Jika orang Melayu tidak dibenar bercakap berkenaan masalah mereka, maka mereka mungkin jadi kaum yang terlucut hak (dispossessed) di negara mereka sendiri. Bahaya ini benar kerana kita sudah lihat tekanan dan kehinaan terhadap bangsa kita apabila mereka dijadikan bangsa minoriti di wilayah yang dahulu adalah sebahagian daripada negeri-negeri Melayu.
16. Keadaan ini boleh berlaku kepada orang Melayu bukan sahaja kerana orang lain tetapi kerana orang Melayu sendiri. Mereka suka membinasakan diri mereka.
17. Mereka tidak mahu merebut peluang yang disedia bagi mereka. Tempat di universiti tidak diambil. Peluang perniagaan diselewengkan. Belia Melayu tidak ingin belajar, lebih berminat dengan melepak atau jadi Mat Rempit.
18. Majoriti daripada rakyat Malaysia yang terlibat dengan dadah terdiri daripada orang Melayu, yang mendapat penyakit HIV Aids kebanyakan adalah Melayu, kes rogol dan jenayah lain juga ramai orang Melayu.
19. Yang gagal dalam perniagaan juga Melayu, tidak bayar hutang Melayu, tak selesaikan kontrak juga Melayu.
20. Gejala jualan AP pun melibatkan Melayu.
21. Kita tak suka dengar semua ini. Kita malu. Tetapi jika tidak disuarakan masalah tidak akan hilang dengan sendirinya. Orang lain tahu juga. Lebih baik malu jika kita dapat sedarkan beberapa kerat daripada kita dan mereka mengubah tabiat supaya tidak melakukan yang salah lagi. Yang lain tak malu tak mengapa. Tak mungkin kita dapat sedarkan semua. Yang kena akan terus kena.
22. Dasar Ekonomi Baru dibentuk supaya dalam jangkamasa 20 tahun kita akan dapat bahagian kita sebanyak 30%. Tetapi sekarang sudah hampir 40 tahun. 20% yang dikatakan kita dapat pun dapat kerana badan-badan yang mewakili Melayu, bukan orang Melayu sendiri. Kita hendak supaya DEB diteruskan. Apa gunanya jika kita tidak mahu guna peluang yang diwujudkan? Apakah kita mahu DEB kerana nak jual AP, kontrak, lesen dan sebagainya? Lebih baik DEB tidak diteruskan dan kita tidak dapat selewengkannya. Sekurang-kurangnya kita tak akan malu kerana pelbagai ejekan yang akan dibuat kepada kita.
23. Kita bernasib baik kerana dalam bidang politk kita cekap, kita kuat, kita dapat menguasai Kerajaan selama 50 tahun. Walaupun Melayu berpecah kepada beberapa parti, bermusuh sesama sendiri, tetapi majoriti Melayu masih dapat kekalkan kuasa mereka. Mereka dihormati dan disegani.
24. Tetapi itu pun sudah terlepas daripada genggaman kita. Sekarang kita tidak kuat lagi. Parti Melayu yang terkenal sudah kalah dalam Pilihanraya Umum ke-12. Parti Melayu yang menangpun berada dalam ketakutan jika parti rakan mereka menolak mereka. Sekarang orang tidak lagi hormat kita. Apa sahaja yang dituntut orang lain, baik yang menang, baik yang kalah akan kita layan. Kita yang perlu hormati orang lain. Tersilap sikit kita minta maaf bagi pihak semua bangsa Melayu.
25. Sesungguhnya pemimpin kita yang perjuangkan kemerdekaan, yang menebus maruah kita sudah kita khianati. Mereka berjuang bermati-matian supaya kita hidup bahagia. Mereka korbankan apa sahaja yang ada pada mereka. Pemimpin Melayu hari ini, pengikut –pengikut mereka tidak tahu mengenang budi. Mereka khianati pejuang-pejuang dahulu dengan melupakan perjuangan asal kerana utamakan kepentingan diri sendiri. Biar bangsa hancur asalkan dapat kemenangan bagi diri sendiri, dapat jadi Menteri, Perdana Menteri, dapat kontrak, dapat duit.
26. Kononnya nak jadi Perdana Menteri termuda. Bukan nak majukan bangsa dan negara, hanya jawatan tertinggi untuk diri sendiri seawal mungkin. Dengan apa cara sekalipun, halal atau haram, tak mengapa asalkan boleh jadi Perdana Menteri termuda.
27. Jika kita sudah sanggup jual bangsa kita, kita jual untuk dapat duit sedikit, untuk jawatan kecil dan besar, untuk isi temolok kita, alamatnya apa? Yang dikejar tidak akan dapat, yang dikilik akan berciciran. Lepas itu kita tidak ada apa-apa yang boleh diraih lagi. Semuanya akan dikuasai orang. Pada masa itu kita jadi hamba sahaja, kita akan meminta-minta sepanjang masa.
28. Ada pula yang dibawah bertanya, orang yang mereka sokong dapat jadi Perdana Menteri, Menteri, Menteri Besar – dapat kereta, dipanggil Yang Berhormat, elaun besar, terbang sana, terbang sini.
29. Kita dapat apa? Duduk di takuk tu juga. Lebih baik kita ambil sedikit bagi diri kita, sementara ada peluang.
30. Salahkah kalau kita terima duit sedikit? Mungkin kita tidak undi orang yang menyogok. Dia bukan tahu. Tetapi Tuhan tahu. Kamu membuat sesuatu yang haram. Kamu bukan sahaja jual bangsa. Kamu menolak agama kamu yang melarang, yang mengharamkan perbuatan kamu. Kamu berdosa.
31. Tapi tak mengapa. Masih muda, tak akan mati lagi. Bila dekat nak mati pakai kopiah putih dan sembahyang kuat-kuat.
32. Tetapi yang haram, haram juga. Kalau makan daging bibi haram, makan duit rasuah lebih haram, kerana ia akan binasakan bukan kita sahaja, tetapi kaum bangsa kita yang semuanya beragama Islam.
33. Pengundi salah, samada undi penyogok atau tidak. Salah kerana sudah terima jenayah rasuah sebagai budaya kamu. Apabila rasuah dibudayakan, percayalah bangsa dan negara mungkin dijajah oleh penyogok secara langsung atau tidak langsung. Bangsa akan dihina oleh dunia, akan dipandang rendah, akan dipermainkan orang. Akhirnya yang makan suap, mereka sendiri akan jadi mangsa, mereka sendiri akan terpaksa hulur untuk mendapat apa yang sebenarnya hak mereka. Inilah nasib bangsa yang menjadikan rasuah sebagai budaya biasa.
34. Sesungguhnya Melayu mudah lupa. Kita lupa betapa kita dijajah dahulu, kita terpaksa panggil tuan orang yang menjajah kita, orang yang menghina kita. Tak boleh cakap berkenaan ketuanan Melayu. Kamu jadi hamba dahulu, bukan Tuan, layak hanya untuk tanam padi, tangkap ikan, jadi kuli orang, bawa kereta orang, tukang masak orang.
35. Selama 450 tahun kita dijajah, hidup sebagai hamba, dianggap tidak layak mentadbir negara sendiri, tidak layak merdeka.
36. Kita terpaksa letak diri kita dibawah naungan negara-negara jiran yang lebih kuat.
37. Tiap tahun kita usung bunga emas dan perak untuk dipersembahkan kepada negara penaung-penaung kita.
38. Kadang-kadang Raja kita pun pergi bersama, untuk membukti kesetiaan diri dan negeri kepada negara penanung.
39. Kata orang Kedah "Terkerempun-kerempun" apabila berhadapan dengan orang asing. Mungkin ramai yang tidak faham. Tanyalah orang Kedah. Itulah "body language" kita dahulu walaupun hari ini ada juga, tetapi pada Raja yang tak bertakhta.
40. Saya biasa lihat seorang orang tua Melayu berbasikal di tendang jatuh oleh askar Siam semasa Kedah diberi kepada Siam oleh Jepun. Kesalahan orang tua ini ialah kerana tidak berhenti dan menghormati lagu kebangsaan Siam.
41. Saya biasa lihat orang Melayu ditempeleng dan disuruh panjat pohon kelapa seperti kera oleh Jepun. Inilah nasib orang yang tidak merdeka, tidak memerintah negara sendiri. Boleh ditendang, boleh ditempeleng.
42. Dan yang lihat diam sahaja, tak dapat buat apa-apa, termasuk saya. Dalam kehinaan ini muncul kesedaran dan semangat untuk menebus balik maruah bangsa. Dan bergabunglah orang Melayu untuk menangkis rancangan Malayan Union British, untuk mengekalkan perhambaan orang Melayu. Tidak siapa yang bertanya "apa yang saya akan dapat bagi diri saya" pada ketika itu. Yang kita tumpukan ialah untuk membebaskan bangsa dan negara daripada dijajah dan dihina. Kalau dalam proses ini kita terkorban, atau kita berada seperti biasa, itu tidak mengapa. Yang kita utamakan ialah maruah bangsa kita, tidak lagi akan ditendang, tidak lagi akan ditempeleng – tetapi akan dihormati oleh kawan dan lawan.
43. Sekarang kita merdeka. Perjuangan pengasas negara telah berjaya. Kita tidak akan ditendang dan ditempeleng lagi. Kita bebas daripada kehinaan. Memang pun keadaan terhormat ini sudah menjadi perkara biasa bagi kita. Bagi ramai dari kita ia datang bergolek. Ia datang melayang. Ia tidak akan dipisah dari kita.
44. Perjuangan orang dahulu adalah perkara lama, tidak perlu diingati. Yang jelas kita sudah merdeka, dapat pelajaran dan kaya sedikit. Soal tendang, tempeleng, itu cerita lama. Pepatah Melayu berkata sekali merdeka, selama-lamanya merdeka. Apa pun kita buat merdeka tetap merdeka. Sekarang ialah masa untuk kita "enjoy". Kita kecap sepenuhnya nikmat yang ada pada kita.
45. Apa dianya semangat ke-Melayuan? Apa relevannya? Bukankah kita sudah berjaya? Hendak semangat buat apa lagi? Masuk parti untuk apa? Perjuangan sudah selesai dengan jayanya.
46. Tidak bermakna masuk parti jika tidak dapat sesuatu bagi diri sendiri. Kita sokong orang dapat jadi Yang Berhormat, jadi Menteri, dapat peluang raih duit kerajaan dan lain-lain. Kita tak bolehkah dapat sikit bagi diri kita?
47. Tetapi benarkah kita akan merdeka selama-lamanya? Memang benar. Walaupun kita tidak buat apa-apa untuk mengekalkan kemerdekaan, bukankah sudah 50 tahun kita merdeka? Apa yang hendak dikhuatirkan? Lima puluh tahun, 100 tahun lagi pun kita akan merdeka walau apa pun kita lakukan. Takkanlah kerana kita ambil 100 Ringgit duit sogokan maka akan hilanglah kemerdekaan kita? Kita boleh sembahyang hajat dan terima 100 Ringgit lagi. Orang lain terima lebih daripada kita., katanya satu juta. Masih kita merdeka. Tidak benar kerana sedikit rasuah kemerdekaan akan hilang.
48. Tetapi ingatlah penjajahan tidak selalu berbentuk penaklukan secara langsung. Penjajahan boleh berlaku walaupun kita miliki pemerintahan sendiri. Ia boleh berlaku apabila pemerintah kita yang dipilih dan diberi kuasa oleh kita sudah menjual diri mereka kepada orang lain, samada dari dalam negeri atau dari luar. Atau takut jiran marah.
49. Pemerintah yang mengikut telunjuk orang lain bukan bebas lagi. Pemerintah yang menjadi pemerintah melalui rasuah akan benar diri mereka disogok kerana perlu mendapat kewangan yang cukup untuk membeli sokongan lagi supaya kedudukan mereka sebagai pemerintah akan kekal.
50. Untuk mendapat sogokan yang cukup mereka akan sanggup ikut arahan penyogok. Dengan perkataan lain mereka akan jadi alat pada penyogok.
51. Kepentingan penyogok tidak sama dengan kepentingan kita, atau kepentingan bangsa dan negara.
52. Kita sudah lihat hanya kerana hendak kekal sebagai pemerintah, ada yang sanggup layan apa sahaja arahan, tuntutan, desakan oleh pihak yang menentukan jawatan bagi kita. Kalau pun apa yang dituntut merugikan orang Melayu, itu tidak mengapa asalkan kita dapat jawatan, walaupun sebagai "figurehead", patung sahaja, tidak berkuasa pun.
53. Jika kita terjemah keadaan ini kepada jawatan yang didapati kerana disogok apakah yang tidak sanggup kita buat? Jual bangsa, jual negara pun kita sanggup.
54. Apabila kita sudah jual bangsa dan negara apakah kita merdeka lagi? Sudah tentu tidak.
55. Justeru itu tidak benar kepercayaan kita bahawa sekali merdeka selama-lamanya merdeka. Pada permukaannya kita merdeka tetapi pada hakikatnya kita sudah kembali dijajah. Apabila kita kembali dijajah maka kita sudah khianati pejuang-pejuang kemerdekaan kita dahulu.
56. Itulah kenyataan yang sebenar.
57. Melayu mudah lupa. Kata seorang ahli falsafah; "Mereka yang lupa akan sejarah mereka akan didera dengan mengulangi kesalahan mereka berkali-kali".
58. Inilah hasil daripada mudah lupa. Kita lupa bahkan kita tidak suka diperingati akan sejarah kita. Apa kena-mengena peristiwa 50 tahun dahulu? Apa kena-mengena dengan kita akan kemiskinan Melayu, dengan kedaifan mereka dalam bidang ilmu dan profesyen di masa dahulu? Itu dahulu, ini sekarang. Sudah tentu sejarah penjajahan kita dahulu tidak ada kena mengena dengan keadaan kita sekarang. Tidak ada pelajaran yang akan kita dapati daripada sejarah 100, 500 tahun dahulu. Itu semua cerita dongeng.
59. Apa yang kita lakukan sekarang, kita lakukan kerana kita sudah merdeka dan selamat. Buatlah apa pun kita tetap selamat, tetap merdeka.
60. Jadi penagih dadah, jadi pelepak, jadi "Mat Rempit", jadi penjenayah pun tak mengapa.
61. Bukankah kita yang memilih dan membentuk Kerajaan? Kerajaan perlu bertanggungjawab terhadap kita. Jika kerana amalan buruk kita, sesuatu yang tidak baik menimpa kita, bukankah menjadi tanggungjawab Kerajaan pilihan kita untuk menyelamatkan kita?
62. Jika kita diserang orang bukankah menjadi tanggungjawab Kerajaan yang kita pilih untuk menangkis serangan ini?
63. Jika kerana Kerajaan yang kita pilih terdiri daripada orang yang sogok duit pada kita dan mereka pula disogok oleh orang lain dan mereka berasa lebih terikat kepada yang menyogok mereka dan kurang bertanggungjawab kepada kita kerana sokongan kita mereka dapati kerana kita terima sogokan, apakah yang dapat kita buat? Tak banyak. Hanya menerima sahaja.
64. Akan menjadi lebih buruklah nasib kita sepanjang masa.
65. Hakikat yang sebenar ialah sokongan kita, undi kita yang kita jual tidak lagi mengikat mereka yang kita pilih untuk jadi Kerajaan.
66. Mereka akan anggap balasan kepada sokongan kita sudah pun dibuat melalui wang sogokan daripada mereka.
67. Sesungguhnya nasib kita ada di tangan kita. Jika nasib ini tidak baik kitalah yang harus berusaha untuk memperbaikinya. Ingatlah, Tuhan telah berfirman yang Dia tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubah nasibnya.
68. Apakah kita sedang berusaha untuk memperbaiki nasib kita? Tidak ternampak satu pun usaha ke arah ini. Yang kita lihat ialah perbuatan merosakkan lagi keadaan nasib yang sudah buruk ini.
69. Kita tahu yang kita lakukan bukan untuk memperbaiki keadaan. Tetapi kita lakukan juga untuk kepentingan semasa kita. Masa depan soal lain.
70. Pejuang-pejuang kemerdekaan telah pilih demokrasi sebagai cara kita memerintah. Kenapa?
71. Sebabnya ialah kerana mereka percaya majoriti daripada rakyat tentulah bijak dalam amalan mereka, tentulah tahu antara yang baik dengan yang buruk, tentulah bijak semasa membuat pilihan.
72. Pengasas kemerdekaan percaya majorti akan tahu pilih apa yang baik bagi mereka. Sudah tentu mereka akan menolak orang yang hanya bergantung kepada sogokan untuk dipilih.
73. Tetapi mereka tidak sangka pewaris mereka, sebilangan yang tidak kecil akan tolak kebaikan dan mengutamakan sogokan untuk menentukan siapa akan memerintah mereka.
74. Pejuang kemerdekaan yang sedar betapa sukarnya bagi orang Melayu mendapat peluang dan bantuan dahulu dan dengan kerana itu Melayu tidak berjaya.
75. Dengan kesedaran ini mereka merangka untuk mengadakan lebih banyak peluang dan sokongan kepada bangsa mereka supaya bangsa mereka boleh berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan kaum-kaum lain, bahkan dengan bangsa-bangsa lain di dunia. Mereka percaya semua peluang dan sokongan akan direbut oleh pewaris daripada bangsa mereka.
76. Ya, mereka ini kebanyakan sudah tidak ada, sudah tinggal kita. Tetapi jika mereka ada apakah perasaan mereka? Tentulah mereka akan kecewa dan hampa amat sangat kerana segala-gala yang mereka ilhamkan sudah dipermainkan oleh pewaris mereka, tidak dihargai oleh pewaris mereka.
77. Mereka melihat bagaimana peluang dan bantuan disalahgunakan atau ditolak dengan begitu sahaja. Sepatutnya dengan peluang belajar di semua peringkat bangsa mereka sudah jadi bangsa yang berilmu. Dengan peluang berniaga mereka sudah jadi kaya, atau sekurang-kurangnya tidak miskin.
78. Tetapi tidak. Peluang bukan sahaja tidak direbut tetapi peluang digunakan secara yang boleh merosakkan bangsa. Mereka lepak, mereka jadi Mat Rempit, yang lakukan jenayah yang kadang-kadang menyebabkan kematian mangsa mereka.
79. Diberi peluang berniaga, diberi modal, diberi latihan tetapi kerana ingin kaya cepat mereka memperdagangkan peluang, kontrak, lesen, permit dan sebagainya.
80. Modal mereka guna untuk belanja bagi memenuhi nafsu, hutang mereka tidak dibayar. Kerana kelakuan beberapa daripada mereka, bangsa mereka dicap sebagai bangsa yang tidak beramanah, dan tidak boleh dilayan, tidak boleh diharap dengan duit ringgit.
81. Dan banyaklah lagi perbuatan mereka yang tetap mengecewakan pejuang bangsa dahulu.
82. Kata mereka, jangan buka pekong di dada.
83. Malu kata mereka.
84. Tetapi tidakkah lebih malu apabila mereka lakukan apa yang telah saya sebutkan. Tak buka pekong pun busuk juga. Biarlah pekong di dada dibuka supaya kerana bau terlalu busuk kita akan cuba melepaskan diri daripadanya. Jika tidak ia akan menjadi lebih busuk di dalam dan akan bunuh kita.
85. Semua yang disebut ini menjadi pengkhianatan kepada pejuang bangsa dahulu. Kerosakan kerana ini lambat laun akan merosakkan masa depan kita.
86. Tetapi yang terdahsyat diantara amalan buruk kita ialah rasuah, terutama rasuah politik. Politiklah yang dapat memberi kuasa walaupun pada yang lemah dan miskin. Politik kita sewaktu perjuangan untuk kemerdekaan berjaya memberi kekuatan kepada Melayu sehingga mereka yang daif ini dapat mengalahkan kuasa besar dunia. Hanya dengan bersatu dan bertindak bersama, hanya dengan pendirian yang tegas kelemahan dapat diatasi dan kejayaan dicapai. Sesungguhnya kuasa politik kuasa ajaib.
87. Selagi ada kuasa ini kepada kita, percayalah kita akan dapat pulih segala-galanya, kita akan dapat mengatasi kelemahan kita, kita akan dapat tentukan masa depan kita.
88. Tidakkah kita lihat bagaimana daripada bangsa yang dijajah dan dihina, kuasa politik sudah mengubah nasib kita demikian sehingga kita dianggap sebagai contoh kepada bangsa-bangsa lain di dunia.
89. Bandingkan negara kita 50 tahun dahulu di waktu kita mencapai kemerdekaan dan negara kita sekarang.. Negara dagang yang ke-17 terbesar di dunia. Kemiskinan dikurangkan daripada 70 peratus kepada lima peratus. Bandar sebesar bandar di negara maju, penuh dengan pencakar langit. Bekalan air, api dan kenderaan yang terkini.
90. Pendapatan per kapita yang 20 kali lebih tinggi dari 50 tahun dahulu dan lain-lain.
91. Semua ini adalah hasil kuasa politik semata-mata. Kerana kuasa politik, negara berbilang kaum, ugama, budaya dan bahasa dapat distabilkan. Dan sesungguhnya kita sudah dapat berdiri hampir sama tinggi dengan kaum-kaum lain dan bangsa-bangsa lain.
92. Tetapi sekarang kita lakukan perbuatan untuk menghakis dan menghapus kuasa politik kita.
93. Kerana wang yang sedikit, kerana 100-200 Ringgit kita jual kuasa politik, kita serah nasib kita kepada perasuah, perasuah yang akan jual bangsa dan negara.
94. Apakah akan jadi kepada kita apabila kuasa politik terlucut daripada kita? Apakah kita akan terus merdeka? Saya fikir tidak.
Tuan-Tuan dan Puan-Puan,
95. Perhimpunan Melayu hari ini memang menjadi hak bagi kita kerana kita menghadapi masalah-masalah yang besar-besar, bukan satu tetapi banyak masalah.
96. Kita semua berasa cemas.. Di mana-mana sahaja orang Melayu sedang berhimpun untuk membincang masalah mereka, kecemasan yang mereka rasai.
97. Jika pada hari ini kita dapat menyedarkan akan musibah yang sedang dan akan timpa keatas kita, jika kesedaran ini akan menyebabkan kita bertindak keras terhadap mereka diantara kita yang mencetuskan masalah ini, jika kita dapat bandingkan gejala rasuah yang menjadi ancaman terhadap kita yang terbesar sekali, maka ralatlah perhimpunan ini, berjayalah perhimpunan ini.
98. Saya tak salahkan orang lain. Saya salahkan kita sendiri. Tak mungkin orang lain menguasai kita jika kita tegas dan tidak membenarkan mereka.
99. Maju mundurnya bangsa kita terpulanglah kepada kita. Ingatlah Tuhan tidak akan ubah nasib kita melainkan kita berusaha mengubah nasib kita sendiri.
100. Oleh itu berusahalah mengubah nasib diri sendiri setelah kita berhimpun di sini untuk membincang masalah yang kita hadapi. Saya percaya perbincangan kita akan membuahkan pemikiran dan tindakan yang boleh menyelamatkan kita.
Wassalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih.

CERITA HARI INI

Jasadnya tidak di terima bumi...
Kisah ini berlaku di sebuah perkampungan kecil di Pahang pada tahun 1973.
Ia nya diceritakan oleh Salleh kepada penulis untuk pedoman semua pembaca
budiman.
Kisah berlaku di sebuah Pekan yang bernama Kampung Pulau Tawar, Jerantut
Seorang lelaki yang bernama Omar (nama sebenar dirahsiakan bagi menjaga
nama baik keluarga tersebut). Omar adalah seorang bomoh di kampung
tersebut. Beliau merupakan seorang bomoh yang agak disegani oleh kerana
setiap kali apabila beliau mengubati setiap penyakit yang pelik, beliau akan berjaya.
Satu hari diwaktu senja ada seorang budak melalui rumah Omar budak itu
adalah Salleh pencerita kisah ini. Salleh terdengar seseorang sedang bercakap dalam bahasa yang agak pelik dan tidak pernah didengarinya sebelum ini.
Salleh cubamengintai dari celah lubang dinding yang agak usang. Beliau melihat Omar bercakap mengadap sekeping cermin. Oleh kerana lubang tersebut
agak kecil Salleh tidak nampak keseluruhan cermin tersebut. Salleh cuba
mencari lubang yang agak besar. Akhirnya dia menjumpai lubang yang lebih
besar.
Melalui lubang tersebut, Saleh dapat melihat bayangan pada cermin tersebut bukanlah Omar tetapi sekujur tubuh yang sungguh ngeri wajahnya.
Matanya kelihatan tersembul dan pipinya kelihatan berlubang. Tubuh
makhluk itu dibaluti oleh kain putih yang berwarna coklat seperti warna tanah.
Tiba-tiba Salleh melihat mahkluk itu seperti memandang kearahnya. Bulu romanya meremang. Tanpa membuang masa Salleh terus melarikan diri.
Sampai saja dirumah be liau terus menemui bapanya dan menceritakan
kepada bapanya. Bapanya sekadar tersenyum seraya memberitahu ramai orang
kampung sudah lama mengetahui perihal Omar. Bapanya mengatakan bahawa Omar menggunakan hantu peliharaannya untuk merasuk orang dan apabila orang tersebut sakit beliau akan datang dan mengubati orang tersebut.
Dengan cara ini beliau akan lebih mendapat duit dan orang kampung akan
menghormatinya. Mereka hanya menunggu masa untuk membuktikan pada orang kampung.
Pada malam tersebut Salleh berasa seperti tidak sedap badan, tubuhya seperti merasa lemah. Mungkin kerana terkejutkan peristiwa yang dilihatnya tadi membuatkan dia rasa begitu. Selepas makan malam, Salleh terus masuk
tidur.
Apabila dia cuba hendak melelapkan mata dia terbau seperti bau bangkai di dalam biliknya. Dia cuba membuka matanya tetapi kelopak matanya berasa amat berat sekali.
Salleh cuba menjerit untuk memanggil bapanya tapi suara tersekat dikerongkong sahaja. Dia cuba membaca ayat suci yang diingatinya. Akhirnya
beliau berjaya juga menjerit memanggil bapanya, Sebelum jatuh pengsan.
Apabila Salleh membuka matanya didapati rumahnya penuh dengan orang dan
mendengar orang menyebut nama Omar. Dia memandang ke arah bapanya yang
sedang menghampirinya sambil tersenyum dan meminta dirinya supaya bertenang kerana segalanya telah berakhir. Dia kembali terlelap.
Pagi besoknya apabila dia tersedar Salleh melihat bapanya berjalan diiringi
ibunya dengan pakaian seperti orang ingin ke masjid. Dia bertanya bapanya
apa yang berlak u. Bapanya menyuruh salled bersiap2 utk pergi menziarahi
kubur Omar. Salleh terkejut mendengarnya dan penuh dengan persoalan
bermain dibenaknya sambil mengorak langkah kebilik mandi.
Sesampainya di tanah perkuburan Salleh melihat orang sedang menggali
kubur. Tiba-tiba dia tedengar orang didalam lubang bertempik apa ni!!! Salleh
berlari untuk melihat dengan lebih dekat tetapi dihalang oleh bapanya. Salleh melihat beberapa orang dewasa seperti mengangkat sesuatu yang berat dari lubang tersebut.
Sebaik sahaja objek tersebut berjaya dikeluarkan dari lubang tersebut,
Mereka semua terpegun melihat UBI KAYU yang sangat besar.
Jadi sesiapa yang ingin beli UBI tersebut bolehlah menghubungi saya di talian bebas tol :
1-800-88-88-88
Kerepek Ubi Pedas - RM 2.00 sebungkus
Kerepek Ubi Masin - RM 2.30 sebungkus
Kerepek Ubi - RM 1.50 sebungkus
Kerepek Ubi Mentah - RM 0.50 sebungkus
Penghantaran akan dibuat kepada kawasan di Lembah Kelang sahaja. Cukai
perkhidmatan sebanyak 2% akan dikenakan. KEPEK..KEPEK.. UBI ...... UBI... SAPER NAK
BELI
UBIIIII.. hehehehehe kekeke.. jangan marah... :-)

MY FRIEND'S WEEDING



Gambaq beramai2 lepas abih sanding...pengantinnyer???

huhuuhuhu dok sebok dengan sesi photografi..alih2 kawan2 yg kongker pelamin tu..hahaha







muka penat lepas buat2 sebok dekat kenduri tu...muka budak jadi pengapit dok seblah aku...kononnyer ambik berkat la...hahahha





hang tuah kena tikam ngan hang jebat...curi keris pengantin lelaki...larrriikkk..hahahah..

motif....haruska???hahahha






Monday, June 08, 2009

Cerita Lagi

Hari ni bngun pg dng penuh keceriaan, walau pun smlm agk stress dgn keadaan kt opis, tp demi memenuhi matlamat hidup terpaksa gak wat2 ceria walau pun pd hakikatnya hampeh...hahahah....bgun pagi bca palk mesej dr yg tersnyang langsung tersengeh tersendirian..hahaha tak tau nk ungkap betapa bahagianya aku..terasa episod kedukaan dah berlalu..fuh lega gila..hahah..sambil pala otak ni dok pikiaq kwan2 kebnyakan dah kawin..mud dah kawin joe plak nk bertunang..herm...best gak tgk depa, rasa mcm esok ja nk kawin..hahahaha motip sangtkan..lariiikkkk...duit pun x cukup lagi..ada hati nak kawin ...kannnnnn...

Semalam antar Xinan n mama dia naik bas g kl umah kak dia, langsung tetiba dapat call dari si sim. tnya kat mana...sim bg tau si J @ fuad kat sanway carnival ngn member2 yg leng tgk wayang.kalau nak join depa abis wayang around kul 12 lebey...hteruus sentap saaatttt...motip sangat x cakap powng nk tgk wayang...teruuus text ayat sentp kat si Fuad tu...harus la terasa gila...kuaq x bagi tau pown...takk sampai 5 minit terus fuad call, konon2nya nak pujuk la...harus la jual mahalllll...ahahahhaha...tp jenis aku ni x tau nak menyentap lama2...dia ajak la aku join depa kt kasim mustapa, tp masa tu dah lewat...dah kul 12..esok nak keja...so aku amik keputusan x join.

sebelum aku hantar xinan p kl, aku ada la lepak umah dia...time tu dia baru balik dari perak...p kenduri si Mud ngan isma...sedey gak x boleh join..dia jadi pengapit...ikut ati memang nak ikut depa, tp keadaaan tak mengizinkan..yer la cuti dah tak dak...kalau nak ambik gak kena la unpaid..memang rugi giler kan....kalau ikut plan aku akan ikut dia g KL, tp x jadi...sebab ada hal2 yang tak dapt di elakkan...memang frast lagi...tiket dah beli utk dua org,dia yg tolong belikan...tp last2 minit sekali lagi plan bertukar...tanpa di rancang, tetiba ank buah dia gaduh nak balik kl...dia yang dah bengang dengan perangai ank buah dia tu terusss call syarikat bas tnya pasal tiket bas utk lg tiga org...tiket tu ada memang la ada tp kerusi asing2 n jauh...langsung tukar bas lain yang ada kerusi yg boleh duduk sekali.bas tu dalam kul 12. terus mak dia pun kena ikut...ala2 macam bidan terjun, aku ngan dia terus balik umah aku, ambik keta.time tu sham pun ada la,dia aku tgk letey gila, macam dia plak yg bersanding...mula2 dia nak ikut hantar xinan ngn aku g kl, tetapi memandangkan plan memang dah berubah gila, dia x jadi....langsung balik umah..cian gak kat dia...lepas amik keta, aku ngan xinan sampai balik umah dia dlm kul 10.45 mlm...memang rashing gilerrr...aku terus amik towel dalam bilik, terus g mandi semntara dia solat...lepas mandi n solat, mak dia pulak suruh makan dulu..nasi dah sedia terhidang...kami pun apa lagi makan dulu..cepat gila makan..x sampai 5 minit makn...yer la time tu pun dah dekat kul 11.20 mlm... tkut x sempt plak... mama dia suruh aku stay umah tu,tp aku x mau sebab aku ni jenis penakut sket...huhuhuhu..motip nak duduk umah tu sorng2...x keluar bilik la aku jawabnya..hahahahah...

Sunday, June 07, 2009

Photos or Paintings

PHOTO’S OR PAINTINGS?





















Look like photo’s...
but these are actual PAINTINGS!




UNBELIEVABLE!



But It is true






Born in 1976 in Teheran. From an early age he was fascinated with paintings. Age 15 he studied with Morteza Katouzian, de greatest realist painter in Iran & since had many successful showings of his paintings. The most important exhibition to date was the “Exhibition of Realist painters of Iran” in the Contemporary Museum of Art in Teheran(1999) and the “Group Exhibition of KARA Studio Painters” in the SABZ galerie(1998) and the SA'AD ABAD Palace(2003).

He is consired to be the best realist painter in the world!




Iman Maleki



































Unbelievable technique and talent...





























Bermula Episod Baru Dalam Hidup ku...

Salam, hari ni baru aku bersekempatan untuk menulis balik blog aku setelah sekian lama aku dah up date. huhuhu...tetiba jer ayat2 DBP terkerlar kan...hahahhaa.....hurm....taun 2009 ni taun yg paling mencabar bagi aku...hahahahhaha...bermula dgn saat keputusan aku yang semua org terkejut dan bermula dari saat itu hidup aku 100% berubah...hahaha...sebenarnya aku x pernah myesali keputusan ku..cume aku kesali tidak dpt myempurnakan idup org yg pernah menyayangi....aku tahu keputusan ni memang azab giler babi, tp tak pa demi kebaikkan suma aku pasrah...hahaha...aku akan update blog ni hari-hari kot...bukan x dak kerja kan tapi yo la, sajak syok2 nak tulieh...boring giler kt opis ni kan, tiap-tiap hari buat keja yang sama, so aku pun cari la kelainan kan...ha...amik, tulih bolg ari-ari...huhuhu...blog ni akan jadi blog cacamerba...ada kisah pasal idop aku, ada kisah pasal politik, ada kisah pasal ekonomi..suma ada...

Rumah Berusia <700 DI Iran





























Thursday, January 01, 2009

Goodb bye 2008 And Welcome 2009

2008 telah berakhir pada tanggal 31 December 2008 tepat jam 00:00 tegahmalam dan tahun 2009 pun menjelma tiba. Sepanjang dalam tempoh 2008 pelbagai kenangan suka dan duka telah di lalui, pelbagai kejadian yang menggembarkan negara dan pelbagai kesukaran terpaksa kita tempuhi dengan penuh tabah dan cekal. 2008 telah banyak mengajar kita erti suka dan duka dan juga telah mematangkan kehidupan kita. Dari segi politik 2008 telah membangunkan kita dari tidur yang panjang setelah di landa sunami politik yang besar. Namun kehadiran 2009 bukan sahaja menandakan umur kita semakin meningkat, tetapi kita seharusnya lebih matang dalam membuat sebarang keputusan. Hadapilah 2009 dengan penuh kematangan dan keteguhan. Pasangla azam baru dan cuba penuhkan azam tersebut.