Monday, October 05, 2009

Pembacaan AL-Quran

Al-Quran secara umumnya bermaksud kalam Allah taupun kata-kata Allah yang diturunkan secara wahyu kepada Nabi Muhammad S.A.W. melalui Malaikat Jibril dalam pelbagai cara dan bentuk untuk disampaikan kepada Umat Manusia sebagai panduan Hidup.

Membaca Al-Quran dianggap sebagai beribadat dan diberi ganjaran pahala oleh Allah SWT. Al-Quran juga merupakan sebuah kitab yang lengkap yang meliputi pelbagai sudut kehidupan dan isi alam. Di dalam A-Quran juga ada menceritakan pelbagai perkara-perkara yang berkaitan dengan Alam Ghaib dan juga perkara-perkara yang sudah berlaku, sedang berlaku dan akan berlaku. Di dalam AL-Quran juga ada menceritakan perkara2 yg berkaitan dengan Sains, Astronomi, geografi dan sebagainya.

Allah SWT memelihara Al-Quran sehingga ke Hari Qiamat dan akan mengangkat kembali Al-quran apabila menjelangnya hari Qiamat. Al-Quran juga merupakan mukjizat yang dikurniakan oleh Allah kepada kekasih-Nya yang diberi peluang kepada manusia untuk melihat,membaca dan mengamalkan sehingga Hari Qiamat. Barang siapa yang menjadikan AL-Quran sebagai teman, maka ia akan diberi kesenagan di Hari Akhirat kelak.

Penggunaan Al-Quran bukan sahaja pada masa-masa tertentu, tetapi Al-Quran mestilah digunakan setiap masa tidak kira tempat dan keaadan sebagai panduan dan rujukan serta pedoman. AL-Quran juga boleh digunakan untuk melembutkan hati orang bukan Islam untuk memeluk agama Islam. Di zaman Rasulullah S.A.W. pernah terjadi pada suatu ketika, seseorang yang amat ditakuti kerana kekejamannya dalam memerangi islam telah memeluk Islam sebaik sahaja mendengar Bacaan Suci Ayat Al-Quran. Sebaik sahaja beliau memeluk Islam, beliau telah mengishtiharkan tentang pengislamannya itu kepada umum bahkan mencabar sesiapa yang berani menentangnya.Keberaniannya itu menyebabkan dirinya digelar "Singa Allah".

Melihat kepada situasi pembacaan Al-Quraan di Malaysia, Al-Quran dibaca mengikut musim. Sebagai Contohnya, Ketika Tilawatul Quran, bulan Ramadhn dan Malam Jumaat.Bulan Ramadhan la yang paling ketara sekali pembacaan al-quran kerana gandaan pahala yang dijanjikan oleh Allah selain malam Lai-Latul Qadar. Tetapi malangnya pembacaan Ayat-ayat suci Al-Quran kini seolah-olah dipermain-mainkan oleh individu-individu tertentu atas kepentingan sesuatu bagi mencapai sesuatu. Memang tidak ada salahnya untuk mereka yang bukan Islam membaca Ayat Suci Al-Quran, malah Islam tidak larang org bukan Islam untuk memahami Al-Quran kerana secara tidak langsung mereka dapat memahami prinsip islam dengan lebih jelas dan mudah-mudahan mereka tertarik dengan islam. Malah ada beberapa orang saintis terkemuka barat telah memeluk Islam sebaik sahaja mereka membuat perbandingan hasil penemuan kajian mereka dengan penerangan yang telah ada dalam AL-Quran seperti kejadian manusia, kejadian Planet-Planet dan sebagainya. Malah surah Yasin yang dianggap nadi AL-Quran banyak menceritakan perkara-perkara yang berkaitan dengan sains. Tetapi senario yang berlaku sekarang berbeza, ayat-ayat suci Al-Quran dibaca oleh mereka yang bukan Islam dikhalayak ramai bagi memenuhi agenda masing-masing dan juga dikatakan untuk menguatkan hujah mereka berpidato. Ini yang tidak digalakkan dan harus di cegah. Pembacan Al-Quran di khalayak umum seharusnya dilakukan oleh mereka yang benar-benar arif mengenai pembacaan al-Quran yang betul kerana bacaan dan alunan mestilah selari. Jika dilihat secara logiknya dalam kita menunaikan solat Fardhu Subuh, Maghrib dan Isya' hanya imam sahaja yang membaca bacaan Al-Quran secara kuat manakala makmum bacaan mereka hanya sekadar untuk diri sendiri. Untuk menjadi seorang Imam, seseorang itu mestilah mengetahui cara bacaan yang betul kerana ayat-ayat suci Al-Quran dipenuhi oleh hukum-hukum tajwid, nahu dan sebagainya yang memerlukan proses pembelajaran secara formal (berguru). Islam menuntut umatnya membaca bacaan yang betul dalam sembahyang terutama Surah Al-Fatehah kerana Sembahyang menjadi tidak sah jika bacaan Al-Fatihah tidak betul kerana ia dikuatiri membawa maksud yang berbeza. Jika Imam yang mengimamkan solat contohnya, membaca Al-Fatihah dengan tidak betul, maka sesi sembahyang keseluruahan adalah TIDAK SAH. Contoh-contoh ini menunjukan betapa perlunya mereka yang hendak membaca Al-Quraan di hadapan khalayak ramai mestilah memahami dan mengetahui hukum-hukum tajwid dengan betul dan sempurna kerna Al-Quraan penuh dengan ayat-ayat dan syair-syair yang tersangat indah dan penulisannya tidak mampu ditandingi sehingga ke akhir zaman malah manusia tidak akan merasa jemu membacanya.

Ingatlah, Rasullulah Pernah bersabda : Di Akhir zaman kelak, akan terdapat golongan yang menjadikan Agamaku sebagai alat untuk kepentingan mereka.

-Na’u zubillah minzalikh…

Thursday, October 01, 2009

Mimpi...

Semalam aku ada hal mustahak yg perlu diselesaikan kt tempat keja..sejak akhir2 ni aku agak bz sekt dekat sini,keja makin bertambah...aku terpaksa cancel acara swiming yg dirancang bersama member baik aku sbb hal tersebut..sampai umah lebey kurang pukul 8.40 malam aku tgk ada msg dr endy jemputan ke majlis rumah terbuka dekat umah dia. Memandangkan program swiming aku dah batal sebb urusan keja td,so aku rasa mmber aku tu dh pun p la swiming dgn member2 yg lain.so aku pun mandi2 p la p umah terbuka anjuran kawan aku yg sorg lagi. secara tidak sengaja, aku telah tertinggal Hndphone aku, balik2 tudia punya bnyak number masuk. Number si Fuad pun ada gak. Tp aku x leh call disebb kan x dak credit. berbalik kepada cerita td, p sana aku tgk punya ramai kawan2 ada, hurm...aku pun masuk,makan pun x berapa selera sbb penat sangat.. endi paksa gak suruh aku makan,coz dia yg masak,untuk mnjaga hati, aku pun makan la sikit..aku minta diri untuk balik awal sbb keletihan dan perlukan rehat.Walaupun ada mmber yg suruh aku sty lebih lama,tp aku dah x mau sbb letih. Balik rumah, mandi on9 kejap aku x sedar yg aku tertidoq...Intro punya panjang...heheheh..

Semalam aku bermimpi, mimpi yg memberikan aku kebahagiaan sangat2 walaupun sementara..segala perjalanan dalam mimpi tu aku ingt satu per satu..aku mimpi, aku terserempak dgn ex aku, dia bg tau kt aku yg dia baru saja bernikah bulan lepas, walaupun hati aku bagai diguris2 tp aku cuba berkelakuan tenang..then dia ajak aku naik motor seperti yg kami sering buat dulu..kami jalan2..ronda2..best sangt..aku rasa bahagia..lepas tu sampai kt satu taman, aku stop moto, dan duduk dekat moto..dia bangun dan berdiri depan moto..dia pegang tangan aku, dia kata dia rindu kt aku,rindu sngt2...lepas tu dia peluk aku dan menagis..dia kata sampai sekarang dia still sayangkan aku...aku pun turut menagis..lepas tu aku terjaga..aku duduk berakstghfar dan menagis sorang2.. aku akui, aku still rindu n sayangkan dia..sangat2..sebab tu sampai sekarng aku susah nk buka hati aku kt org lain..tp aku akn cuba..aku akan cuba untuk membukanya..demi meneruskan kehidupan yg akan datang..