Wednesday, March 12, 2008

PRU - 12

Pilihanraya Umum ke 12 (PRU-12) telah selamat diadakan.Keputusann untuk PRU-12 sebenarnya telah dapat dijangkakan berikutan pelbagai pekara yang berlaku sejak akhir-akhir ini. Cuma apa yang mengejutkan dan yang tidak dapat dijangkakan ialah kemenangan pihak pembangkang yang memenangi banyak kerusi DUN dan Parlimen serta berjaya membentuk sebuah kerajaan di lima buah negeri iaitu Kelantan,Kedah,Pulau Pinang,Perak dan Selangor telah memberi tamparan yang hebat kepada pihak Barisan Nasional.PRU-12 juga sekali lagi membuat kejutan apabila jentera BN terpaksa menerima kekalahan setelah beberapa pemimpin kanan parti komponen BN juga kalah ditangan pembangkang."Gelombang Tsunami" telah diberikan dalam pilihan raya kali ini apabila kejutan demi kejutan berlaku.Perkara ini perlu diberi perhatian kerana rakyat mula menunjukan protes terhadap kerajaan.Fenomena ini sebenarnya merupakan perkara biasa yang berlaku setiap kali berlakunya proses peralihan pucuk pimpinan parti dan hal perlu dikaji dan diperbaiki sehingga ke akar umbi bagi menarik semula kepercayaan rakyat terhadap jentera BN.Sebenarnya apa yang terlintas difikiran penulis ialah terdapat beberapa fakor penyebab mengapa rakyat memilih pihak pembangkang dalam PRU kali ini.Faktor paling utama ialah kemarahan rakyat akibat kenaikan harga barang dan harga minyak.Hal ini memberikan kelebihan kepada pihak pembangkang bagi menarik undi.Walaupun Jentera BN menjelaskan bahawa Harga Minyak merupakan isu dunia tetapi pihak pembangkang telah melobi isu ini habis-habisan sehingga rakyat terpengaruh dengan dakyah pembangkang.Selain isu minyak, pembangkang juga telah melakukan serangan peribadi keatas pemimpin BN bagi menarik sokongan rakyat kepada mereka.Selain melalui ceramah yang diadakan oleh pihak pembangkang, media alternatif juga telah digunakan dengan sebaiknya oleh pembangkang.Pelbagai bukti telah ditunjukan oleh pembangkang.Walau pun bukti yang dikemukakan oleh pihak pembangkang melalui media alternetif belum diketahui kesahehanya,namun sikap pemimpin BN sendiri yang diam dan tidak menafikan perkara tersebut menyebabkan rakyat terpengaruh dengan "gosip" tersebut.Pada pandangan penulis,pemimpin BN seharusnya sentiasa membaca berita-berita yang dikeluarkan oleh media Alternatif agar mereka mengetahui isu-isu yang dikeluarkan oleh media tersebut dan seterusnya menafikan berita tersebut melalui media semasa.Hal ini adalah amat penting kerana pemikiran rakyat mengatakan bahawa "pemimpin yang baik merupakan peimpin yang bebas dari segala perkara yang negatif".Justeru itu penafian terhadap berita yang dikeluarkan oleh media alternatif amat perlu dalam memastikan rakyat sentiasa percaya kepada pemerintahan BN.Selain itu sikap beberapa pemimpin BN sendiri yang "bongkak" ketika menjawab soalan-soalan yang berbangkit membuatkan rakyat muak dan peluang ini digunakan oleh pihak pembangkang untuk meraih undi.Penulis berharap jentera BN berusaha kembali bagi memenangi hati rakyat dan menyatukan kembali Masyarakat Melayu yang kini telah berpecah kepada 3 Puak serta mengembalikan semangat kebangsaan dalam diri orang Melayu melalui UMNO.Penulis juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan TAHNIAH kepada PM kerana telah berjaya membentuk kembali kerajaan dan berdoa agar beliau sentisa memperbaiki kelemahan yang ada.Penulis juga sentiasa percaya kepada pemerintahan BN kerana telah terbuti BN telah membawa perubahan yang besar kepada Malaysia sepanjang 50 tahun kemerdekaan.TAHNIAH KEPADA PEMIMPIN BN!!