Monday, May 26, 2008

PAK LAH VS TUN

PAK LAH TUN Dr Mahathir

Arena politik di negara ini kelihatan amat membimbangkan.Pengumuman keluar parti yang telah diumumkan oleh bekas Perdana Menteri serta bekas Pesident UMNO selama 22 tahun itu amat mengejutkan dan mendukacitakan banyak pihak.Pertelagahan yang berlaku antara Tun Dr. Mahathir dengan Datuk Seri PM menunjukan betapa besarnya masalah yang berlaku antara mereka.Permasalah ini sebenarnya membawa banyak keburukan kepada BN khususnya UMNO itu sendiri.Permasalahan ini pada hemat penulis sudah sampai ke kemuncak yang memerlukan campurtangan kuasa tertinggi yang menjadi mercu kedaulatan bangsa Melayu itu sendiri.Hanya kuasa tersebut sahaja yang mampu memulihkan keadaan. Semua ini akan membuka ruang kepada sesetengah pihak yang mana hanya menunggu masa untuk "menangkuk di air yang keruh" yang mana akan memberi kesan yang buruk kepada pemulihan UMNO khususnya. Pada pandangan penulis, Datuk Sri Abdullah tidak perlu meletak jawatan tetapi perlu kita perlu mengambil Tun Dr Mahathir sebagai penasihat kepada beliau kerana pengaruh Tun sebenarnya amat kuat dan pengalaman Tun yang banyak sepanjang 22 tahun memerintah negara ini amat berguna demi masadepan negara.Perkara ini boleh diibaratkan seperti tabiat orang melayu itu sendiri yang sentiasa menjadikan pandangan orang-orang tua sebagai pedoman dan sebagai sumber rujukan pertama .Kerana pengalaman yang ada pada mereka terlalu banyak.Pada pandangan penulis, hal ini tidak salah kerana Singapura juga telah melakukan perkara yang sama dengan mengambil bekas PM nya sebagai penasihat. Walaupun pada awalnya Tun tidak mahu campurtangan dalam pentadbiran Pak Lah, tetapi sebagai "orang lama" dan orang yang bertanggungjawab memulihkan semula UMNO dan orang yang berjaya membangunkan Malaysia, setiap perkara yang beliau merasakan tidak kena pasti beliau akan tegur. Begitu juga dengan Pak Lah, beliau juga merupakan seorang pemimpin yang bijak dan disegani.Banyak perkara yang telah berjaya beliau tangani.1 penggal yang diberikan kepada beliau untuk membuktikan kemampuan beliau dalam mentadbir negara merupakan satu tempoh yang terlaku singkat dan tidak adil. Pada pemerhatian penulis setiap kali selepas berlaku perubahan pucuk pimpinan, pasti akan berlaku perkara-perkara yang sebegini.Memang dalam sejarah politik Negara tidak pernah berlaku BN kehilangan 5 negeri, tetapi kita harus ingat banyak lagi perkara2 yang berlaku yang lebih serious daripada ini seperti peristiwa 13 Mei, kejatuhan matawang keperingkat terburuk,serta kehilangan Terangganu kepada pembangkang yang menjadi negeri kedua terlepas daripada BN dalam arena politik negara.Ini merupakan antara peristiwa2 yang berada dalam lipatan sejarah negara.Kita harus memberi peluang kepada Pak Lah untuk membuktikan Kredibiliti kepimpinan beliau. Kita tidak sepatutnya menyalahkan Tun atau Pak Lah, Tun hanya memberi nasihat dan menegur apa yang tidak kena.Manakala Pak Lah sedang berusaha untuk memberikan yang terbaik kepada pembangunan Negara.Kita seharusnya memberi peluang kepada Pak Lah untuk menimba pengalaman sebagai PM dan sentiasa menyokongnya dan dalam masa yang sama, kita perlu menjadikan Bekas PM sebagai Mentor atau penasihat kepada pentadbiran jentera kerajaan.Bukan campur tangan Tun yang penulis maksudkan, tetapi nasihat daripada Tun dalam selok belok dunia pentadbiran negara yang diharapkan seperti nasihat seorang tua kepada yang orang2 muda.Biasanya, setiap nasihat Seorang yang lebih Tua atau lebih berpengalaman amat berguna untuk masa hadapan.Dengan cara ini, barulah kita dapat menamatkan perselisihan faham antara Pak Lah dan Tun Dr Mahathir bin Mohamad.Sekian.