Sunday, October 27, 2013

Kenapa Hudud tidak boleh dilaksanakan di Malaysia?

Dalam memperkatakan tentang perlaksanaan hudud, satu perkara asas mesti dimaklumi semua pihak. Iaitu, Syariat Islam telah meletakkan beberapa syarat yang perlu ada sebelum sesebuah negara melaksanakan hudud.
Justeru, apabila dikatakan ‘suasana semasa tidak kondusif bagi perlaksanaan hudud’, ia bermakna syarat-syarat perlaksanaan hudud itu belum mengcukupi.
Kenyataan ini sama sekali tidak bermaksud hukum hudud itu sendiri ada kelemahan atau kecacatan, sehingga ia tidak boleh dilaksanakan dalam suasana semasa.

Hukum hudud adalah sempurna dan lengkap. Cuma suasana semasa tidak memiliki syarat yang ditetapkan yang membolehkan ia dilaksanakan.
Ringkasnya, kenyataan ‘suasana semasa tidak kondusif bagi perlaksanaan hudud’, bukan mempertikaikan kesempurnaannya dan kewajipan melaksanakannya.
Ia sebaliknya berkenaan ‘ketidaksempurnaan’ suasana semasa. Iaitu tidak memiliki syarat yang ditetapkan bagi membolehkan hukum itu dilaksanakan.
Antara syarat tersebut ialah kewujudan saksi-saksi yang berwibawa.
Bagi mensabitkan jenayah hudud (zina, qazaf, minum arak, mencuri, hirabahdan kesalahan murtad), saksi yang bersifat adil (‘adalah) diperlukan.
Saksi yang adil didefinisikan sebagai, antaranya ‘seorang Islam yang menjauhi dosa-dosa besar, tidak berterusan melakukan dosa-dosa kecil, bersikap baik dan bersopan santun (chivalry), dan boleh dipercayai ketika marah. Dengan makna tidak melampau batas dalam tindak tanduknya ketika marah (Rujuk Feqh al-Manhaji, jld. 3, ms.569)
Ketiadaan saksi yang memenuhi piawaian yang dinyatakan, akan mengakibatkan hukuman hudud tidak boleh dilaksanakan.

Zaman ketiadaan saksi
Persoalannya di sini, wujudkan saksi-saksi seperti yang dinyatakan, pada masa sekarang?
Jika diambil kira kenyataan sesetengah ulama dahulu kala, boleh dikatakan kita mempunyai jawapan yang hampir pasti bagi persoalan ini.
Dalam karyanya, Nisywarul Muhadharah, al-Qadhi al-Tanukhi (356-446 Hijrah) ada memperkatakan tentang realiti manusia di zaman beliau dan zaman sebelumnya.
Beliau mencatatkan dalam karyanya itu, “sesungguhnya hakim [pada zaman sebelum ini], ketika memasuki sesuatu tempat atau kampung, dia [boleh] menemui 40 orang saksi yang kita perakui [kewibawaan mereka] dari segi ‘adalah (sifat adil) dan ketepatan (accuracy). [Tapi] sekarang, [iaitu pada zaman beliau] seseorang hakim, apabila memasuki sesebuah negeri, dia tidak [dapat] menemui melainkan seorang atau dua orang [yang layak menjadi] saksi”.
Demikian realiti manusia pada zaman al-Tanukhi, iaitu sekitar 980 tahun yang lampau. Jika pada zaman beliau tidak boleh ditemui melainkan 1 atau 2 orang yang layak menjadi saksi bagi mensabitkan kes-kes hudud, maka apakah pada zaman kini-yang disifatkan sebagai akhir zaman yang penuh dengan kerosakan-saksi yang memenuhi piawaian yang ditetapkan syarak itu, mudah didapati?
Jawapannya ada pada Mufti Mesir yang diperakui kemantapan ilmu dan kewarakannya, al-Allamah Syaikh Ali Jum’ah (juga ditulis sebagai Ali Gomaa).
Setelah menukilkan kata-kata al-Tanukhi diatas, Syaikh Ali Jum’ah dengan jelas menyatakan bahawa, “zaman kita secara umumnya, boleh disifatkan sebagai [zaman] yang kehilangan kesaksian [saksi-saksi yang berwibawa]”.
Dalam erti kata lain, zaman yang kehilangan saksi-saksi yang berwibawa pada nilaian syarak, yang boleh diterima kesaksian mereka dalam perbicaraan membabitkan kes-kes hudud.
Dalam realiti Negara Mesir, fenomena ketiadaan syarat yang mencukupi bagi melaksanakan hudud, sebenarnya telah lama berlaku, iaitu sejak sekitar 1000 (seribu) tahun yang lampau. Ini dinyatakan sendiri oleh Syaikh Ali Jum’ah.
Oleh sebab itu, jelas beliau, Negara Mesir, sejak lebih kurang 1000 (seribu) tahun yang lampau, tidak pernah melaksanakan hudud disebabkan fenomena yang dinyatakan.

Hudud bukan keutamaan
Oleh kerana zaman kini tidak memiliki ‘kelayakan’ untuk melaksanakan hudud, antaranya kerana tidak memiliki saksi-saksi yang berwibawa, maka menurut Mufti Mesir ini lagi, persoalan hudud bukan sesuatu yang mendesak dan bukan suatu keutamaan.
Lebih dari itu, menurut beliau, membangkitkan isu hudud pada masa sekarang (iaitu tahun 2006, tahun beliau menyatakan pandangan) mendatangkan mudarat dan tidak memberi manfaat.
Sebagai penutup, perlu dinyatakan di sini, Syaikh Ali Jum’ah tidak menyatakan secara jelas bahawa zaman kini tidak kondusif bagi perlaksanaan hudud, seperti yang terpapar pada tajuk tulisan ini.
Tajuk itu sebaliknya adalah rumusan dan kesimpulan penulis daripada dua kenyataan beliau.
Pertama, beliau menegaskan bahawa zaman kini boleh disifatkan sebagai zaman yang ketiadaan saksi yang boleh diterima bagi mensabitkan hukum hudud (seperti yang telah dinyatakan); dan
Kedua, beliau menyifatkan zaman ini sebagai zaman syubhah (penuh keraguan). Manakala prinsip yang terpakai dalam hukum hudud ialah ‘hukuman hudud diabaikan disebabkan kewujudan syubhah’.
Prinsip ini diambil daripada sabda Nabi s.a.w yang bermaksud, ‘abaikanlah [hukuman] hudud dengan sebab [adanya] syubhah’.
Jika demikianlah keadaan zaman kini menurut kaca mata Syaikh Ali Jum’ah, maka bolehlah disimpulkan, perlaksanaan hukum hudud pada zaman kini tidak kondusif disebabkan dua sebab yang dinyatakan.

Friday, September 14, 2012

RUMAH TERBUKA AIDILFITRI IPD TAWAU

Salam dan apa khabar??aku actually baru balik dari umah terbuka kt I.P.D tadi...fuhhh...mmng penat gileeerr...yer la terpaksa buat kerja dari mula sampai habiss...memang penat tp enjoyyy sbb dapat makan...kt sini ada la beberapa keping gambar yang aku nak share dengan korang...














Thursday, September 13, 2012

KEINDAHAN DI WALLACE BAY

Gambaq ni actualy dah lama dh kt dalam laptop aku...dah siap edit dah...tapi itu la aku pun dah lama dah x update blog...tp sekarang ni aku ingat nak aktive balik tulis blog...ye la kan boring punya pasal...hehehe...ok la nak share sikit dengan hampa suma gambaq keindahan di wallace bay, tawau...memang cantik dan menarik....

 Pemandangan Indah di Pengakalan Batu-Batu Tawau


 Bunga di kawasan Balai 


Dalam Boat berhenti sekejap di Sungai Tongkang


Ini sahaja untuk kali ni...aku dh mengantuk gila...saja hilangkan stress study....bye n gud night...

BBQ With my Ex-Shift

Tadi (13.9.2012) shif lama aku buat bbq kt umah Kak Fyona dan husben dia En. Rizal. Aku mula2 tak tau...lapaq punya pasal aku call la si hisham nak ambik moto dia sat p keluaq makan.kebetulan time tu aku kt IPD Tawau dia pon ajak la aku join depa sekali buat bbq tu...aku pun dengan muka tak malunya ambik moto dia (sbb time tu dia dah kt sana) p la umah kak Fyona.Ramai jugak la yg kat sana ada....incharge lama (KPL Razali, SIfu yakni org yg selalu nasihat dan tunjuk ajaq aku pun ada (Kpl Zul), c rozaidi pun ada...budak JPAM pun ada....memasing bawa bini memasing....aku??huhuh..yg bujang sah2 la bawa diri dan perut.Siap Tapaw bawa bilik umah lagi....kt bawah ni ada aku chare pic yg aku ambik....





 KPL ZUL tunggu masa nak makan


Hisham -org yg ajak aku 






 KPL Razali dengan aku bakaq ayam....hehehe








 belakang tu laut...ye la dekat pengkalan merin...








 En. Mustakim pun ada...








 mAKAN time....


last2 yg ni ja tinggai...hahaha

Sorry la sebab kualiti gambaq kurang memuaskan maklum la guna handpone nokia N86 jak....lupa bawa Canon... :P

Lagi Dari Kota Kinabalu


Ini ada lagi buah tangan yang sempat aku edit... gambar yang aku ambil semasa berjalan-jalan di kota kinabalu...tempat memang cantik dan menarik sangat dan sesuai dengan mereka yang suka kepada alam semulajadi... kebanyakkan tempat aku x ingat nama...heheh..tengok la kat bawah ni...


tempat ni tak silap aku dekat kawasan bersejarah di Kundasang

Ini pun tempat yang sama


Lokasi yang sama. Tapi tempat yang berlainan


Ketika di One Borneo Shoping Complex



Pemandangan indah ketika waktu malam di tepi laut


Pendek kata memang best la berjalan-jalan kt sabah ni....semua tempat lagi best...aku akan update lagi pemandangan gunung kinabalu yang diambil dari Kundasang....

Wednesday, September 12, 2012

Pelajaran Baru...

Hari ini aku belajar satu pelajaran baru cara untuk mendapat duit dari blog daripada adik kesayanganku...herry ....hehehe...thnks ye sebab ajar abang ko yg agak lambat masuk ilmu ni...maklum la usia dah meningkat.... :)

Sunday, February 19, 2012

TAHUN BARU SEMANGAT PUN BARU

Rasanye dah lama benar aku tak update blog aku ni...dah jadi semak samun dah.Tapi tahun baru ni (walaupun dah masuk bulan dua kan) rasanyer ada la sikit time untuk edit2 gambar balik...internet slow giler...upload gambar asyik faile....arghhhh...bosaaann!!!


Friday, October 29, 2010

Fashion

Kekadang FB nak tergelak tengok gelagat artis ni...tak kira la tempatan or international artis masing-masing gila berfashion apatah lagi kalau ada event yang gilang gemilang...Kita boleh tengok macam-macam fashion yg cuba diperagakan oleh artis2 kita ni semasa acara seperti Juara Lagu, ABPH, FFIM dan sebagainya berlangsung. Ada yang kelihatan menawan, menarik dan ada yang kelihatan seperti badot.
Kesian dekat 2 orang ni mangsa fashion kot...tp Alia nampak cantik walaupun hijau yang dipakainya agak terang.
Kalau yg kelihatan mcm badut atau tak cantik, alasan yg biasa di beri adalah baju sponser atau mengikut kehendak pereka.
Bercakap pasal FFM, FB ada terbaca tentang ketidakpuasan hati Raja Farah tentang fashion yang diberikan kepadanya ketika berlangsungnya FFM ke 23 yang lalu yang menampakkan nya lebih "COMEL" berbanding biasa. Kenapa baru sekarang Raja Farah complain? huhu...kenapa sebelum beliau peragakan baju tersebut..?
Fashion yang dipakai ni mcm nak sabotaj Raja Farah Je...huhu
betul x...?Tapi kekadang FB fikir balik, adakah kebanyakakn artis kita terutamanya yang baru, mereka ini seolah2 seperti "seekor Lembu Yang Dicucuk Hidung" yang tidak mempunyai hak untuk bersuara tentang pakaian yg direka untuk mereka ini?? Sedihkan..bukan tujuan untuk mengutuk artis, tetapi kalau fashion itu dah membuat diri kita tidak selesa, lebih baik kita pakai baju dari koleksi sendiri asalkan kita lebih selesa dan tidak mendapat kritikan pihak luar. FB puji kepada artis yang bersikap tegas dalam pemilihan pakaian yg direka kepada mereka. Bukan apa, ini untuk menjaga imej mereka daripada mendapat kritikan pihak luar.






Thursday, October 28, 2010

Hobi Baru...


Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Wah..rasa mcm nak bagi ucapan la pulak..hehehe...sekarang ni FB dah ada hobi baru... Minat ni sebenarnya timbul selepas FB kenal dengan sorang mamat ni. Dia bukan fotographer profesional dan bukan juga seorang designer grafic, tapi kekretifan dia menyebabkan FB teruja. Bila pegi je umah dia, mesti FB akan minta nak tengok gambar2 atau poster2 baru. Dari situ la timbulnya minat. Tapi FB tak berpeluang untuk belajar mengedit gambar menggunakan adobe Photoshop sbb masa dekat penang dulu memang bz gila...Sehinggala pada beberapa minggu lepas FB berkenalan dengan sorang mamat ni, FB tak tahu yang dia grafik designer pada mulanya sehingga la FB pegi lepak kt umah dia, baru FB tahu. Apa lagi FB pun terus bagi tau nak belajar untuk Edit gambar menggunakan Adobe Photoshop. dia x keberatan untuk mengajar...memang happy giler lepas tengok dua hasil yang FB dapat...


Ini la hasil pertama yang FB dapat.


Hasil Ke dua FB dapat...






semangat untuk terus belajar semakin membara...huhuhu...lets kita tengok gamabr yang di edit oleh mamat yang bertanggungjawab menimbulkan minat FB dalam mengedit gambar ni...




Cantik sangat....Penuh penelitian....





Ilustrasi yang sangat menarik...


Pengcahayaan yang hampir sempurna...
Menarikan...? FB akan pastikan yang one day FB akan jadi macam ni...heheh