Friday, October 29, 2010

Fashion

Kekadang FB nak tergelak tengok gelagat artis ni...tak kira la tempatan or international artis masing-masing gila berfashion apatah lagi kalau ada event yang gilang gemilang...Kita boleh tengok macam-macam fashion yg cuba diperagakan oleh artis2 kita ni semasa acara seperti Juara Lagu, ABPH, FFIM dan sebagainya berlangsung. Ada yang kelihatan menawan, menarik dan ada yang kelihatan seperti badot.
Kesian dekat 2 orang ni mangsa fashion kot...tp Alia nampak cantik walaupun hijau yang dipakainya agak terang.
Kalau yg kelihatan mcm badut atau tak cantik, alasan yg biasa di beri adalah baju sponser atau mengikut kehendak pereka.
Bercakap pasal FFM, FB ada terbaca tentang ketidakpuasan hati Raja Farah tentang fashion yang diberikan kepadanya ketika berlangsungnya FFM ke 23 yang lalu yang menampakkan nya lebih "COMEL" berbanding biasa. Kenapa baru sekarang Raja Farah complain? huhu...kenapa sebelum beliau peragakan baju tersebut..?
Fashion yang dipakai ni mcm nak sabotaj Raja Farah Je...huhu
betul x...?Tapi kekadang FB fikir balik, adakah kebanyakakn artis kita terutamanya yang baru, mereka ini seolah2 seperti "seekor Lembu Yang Dicucuk Hidung" yang tidak mempunyai hak untuk bersuara tentang pakaian yg direka untuk mereka ini?? Sedihkan..bukan tujuan untuk mengutuk artis, tetapi kalau fashion itu dah membuat diri kita tidak selesa, lebih baik kita pakai baju dari koleksi sendiri asalkan kita lebih selesa dan tidak mendapat kritikan pihak luar. FB puji kepada artis yang bersikap tegas dalam pemilihan pakaian yg direka kepada mereka. Bukan apa, ini untuk menjaga imej mereka daripada mendapat kritikan pihak luar.






No comments: