Wednesday, February 10, 2010

JIMY-SARIMAH : PENGACARA AF8


Norman KRU, Sarimah Ibrahim dan Jimmy Shanley - tiga individu yang telah diberi mandat oleh pihak Astro untuk mengemudikan musim kelapan Akademi Fantasia (AF) dan memastikan ia kekal rancangan realiti paling popular negara.Norman mengikuti jejak langkah Freddie Fernandez (AF1),
Ramli MS (AF2 dan AF6), M.Nasir (AF3), Ramli Sarip (AF4), Roslan Aziz (AF5) dan Datin Seri Tiara Jacquelina (AF7) yang pernah diberi penghargaan menyandang jawatan pengetua AF.

Mampukah Norman memberi nafas baru kepada AF yang telah bermula siaran pada tahun 2003? Itu cabaran yang bakal menanti pengetua yang paling muda dalam sejarah AF pada usia 37 tahun.

Pengunduran AC Mizal selaku pengacara 'Konsert AF' membuka ruang kepada Astro untuk bereksperimen dengan kombinasi dua pengacara. Sarimah dan Jimmy akan bersama-sama mengendalikan 'Konsert AF' yang bakal bermula setiap Sabtu pada 20 Mac depan, jam 9 malam.


Sementara itu, masing-masing akan dipertanggungjawabkan sebuah program 30 minit khas, iaitu 'Diari AF' (setiap Isnin - Jumaat, bermula 15 Mac, jam 7.30 malam) yang dihoskan oleh Jimmy, yang sebelum ini hanya dikenali melalui program 'Trek Selebriti', dan 'Debaran AF' (setiap Ahad bermula 21 Mac, jam 9 malam) oleh Sarimah.



Dari segi tenaga pengajar, rata-ratanya wajah yang sama - Siti Hajar (guru vokal teknikal), Adnan Abu Hassan (guru vokal persembahan), Linda Jasmine (guru tari) dan Fatimah Abu Bakar (kaunselor dan guru bahasa Inggeris).

Namun, ada kelainan yang ditampilkan musim ini dengan penambahan seorang lagi jurulatih, kali ini dalam bidang drama. Dan siapa lagi kalau bukan suami Linda, Que Haidar, pemenang Pelakon Lelaki Drama Terbaik di Anugerah Skrin 2009, yang akan membimbing bakal pelajar dalam bidang itu.



Konsert pertama AF akan bermula pada 13 Mac, jam 9 malam

Tuesday, February 09, 2010

Undi Jangan Tak Undi

Pelbagai ragam dilihat untuk melobi peminat-peminat agar mengundi mereka yang tercalon dalam dalam TOP 5 ABPH-2009. Jom kita tgk....



v






v






v






v






v






v






v








INFO FARAH FAUZANA (FAFAU)

DILAHIRKAN pada 7 Februari 1980 di Hospital Assunta, Petaling Jaya, Selangor. Wanita yang baru saja genap 30 tahun ini mempunyai tiga adik-beradik.
DIKENALI sebagai Fara Fauzana atau Fafau di kalangan peminat, penyampai Hot FM ini turut berkecimpung dalam bidang lakonan dan pengacaraan televisyen serta majlis. Melodi ialah rancangan paling popular kendaliannya.
TAHUN lalu, filem Jin Notti lakonan Fara bersama bintang Akademi Fantasia, Mawi, menemui penonton. Dia juga berlakon siri Fara dan Gadis Cuci.
PEMEGANG Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Perhubungan Awam dari Universiti Teknologi Mara Shah Alam ini sukakan aktiviti memandu kereta, fotografi, bersukan serta beriadah.
WANITA ini pernah menggenggam trofi Pengacara TV Wanita Popular sebanyak empat kali, sejak ABPBH 2005. Dia juga menaiki pentas menerima trofi Penyampai Radio Wanita Popular sebanyak dua kali, pada ABPBH 2007 dan ABPBH 2008.





INFO AKIM


DILAHIRKAN di pada 18 Januari 1991 dengan nama penuh Afiq Hakim Ahmad.
TANPA latihan formal dalam nyanyian, anak ketiga daripada empat adik-beradik ini mula memberanikan diri menyanyi di depan orang ramai pada usia 7 tahun.
BIARPUN tidak menjuarai pertandingan realiti Akademi Fantasia musim ketujuh, Akim dilihat begitu menyerlah berbanding peserta akhir lain, sehingga dicalonkan dalam dua kategori Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2009 dalam da kategori - Artis Baru Lelaki dan Penyanyi Lelaki Popular.
SELEPAS meletup dengan lagu yang dinyanyikannya pada konsert final Af7, Bengang, Akim kini memperkenalkan pula single seterusnya, Inilah Cinta, judul yang dipilih sebagai lagu tema kempen terbaru aiskrim Cornetto Wall's.
TURUT berlakon dalam siri Kau & Aku bersama Mila dan Aril, artis muda lepasan SPM dari Johor Bahru ini meminati penyanyi I'm Yours, Jason Mraz, dan juara American Idol musim ketujuh, David Cook





Johan Jadi Ayah Dah....





Tahniahlah diucapkan pada pemenang tempat ketiga program Raja Lawak musim yang pertama. Siapa lagi kalau bukan si Johan. Sebab, lepas jadi suami orang, sekarang ni dia jadi ayah orang pulak. Senang cerita, Johan telah dikurniakan cahaya mata pertamanya selepas isteri tercintanya, Ozlynnwati selamat melahirkan seorang bayi lelaki comel secara normal di Hospital Prince Court, pada hari Sabtu lepas, kira-kira jam 9.30 malam.



Bayi seberat 4.43 kilogram itu telahpun dinamakan sebagai Ahmad Sodiq Hainana. Maksudnya tak begitu pasti tapi nama itu khabarnya dipilih sendiri oleh Johan. Memang bersemangat betul anak si Johan tu. Sampaikan jari-jemarinya yang comel dan mungil itu itu nampak begitu padat dan berulas-ulas. Pipinya pula jangan cakaplah montel sungguh.Khabarnya, Johan sendiri telah menyambut kelahiran bayi itu selepas berjam-berjam lamanya menemani Wati di dalam bilik kelahiran itu. Malah terpancar kegembiraan di wajahnya tatkala melihat bayi yang penyambung zuriatnya dengan Wati itu selamat dilahirkan ke muka dunia ini. Dengan kelahiran bayi itu akan memberikan lebih semangat untuk Johan bekerja dengan lebih keras lagi di dalam industri hiburan seni ini.

Serina Dah Bunting Pelamin

Bunting pelamin. Itulah yang berlaku kepada pelakon dan pengacara Serina Redzuawan. Dia yang baru sahaja diijabkabulkan dengan pasangannya, Gavin Edward O'Luanaigh atau nama Islamnya, Salahudin Ghafar pada 1 Januari lalu kini sah hamil lima minggu.




Nampaknya hajat Serina untuk menimang cahaya mata dengan cepat telah dimakbulkan Allah. Tambah manis, berita gembira ini diperolehi ketika Serina dan Gavin masih dalam suasana berbulan madu. Maklumlah usia perkahwinan mereka belum pun sampai tiga bulan. Mengimbas detik-detik dia merasakan dirinya hamil, Serina memberitahu ia berlaku ketika dia sedang sibuk menjalani penggambaran program ‘Jalan-Jalan Cari Makan’ (JJCM) musim terbaru. “Masa penggambaran itu saya rasa kurang selesa dan hendak muntah-muntah.



Pelik juga jadi begitu sebab sebelum itu saya tiada masalah walaupun perlu makan hidangan yang banyak dalam masa sehari. Selepas penggambaran selesai, saya ke farmasi untuk beli ‘pregnancy test’ kerana ingin buat ujian sendiri. Sebaik sampai di rumah saya terus buat ujian dan keputusannya positif. Gembira dengan hasil ujian it, saya mula berfikir bagaimana cara untuk memberitahu suami dan juga ayah. “Akhirnya saya belikan kad ucapan untuk suami dan beritahu yang dia bakal bergelar bapa. Kepada ayah pula, saya memilih untuk beritahu dia secara SMS. Baik Gavin mahupun ayah, masing-masing cukup gembira dengan berita baik ini. Sebagai tanda kasih, sayang dan cintanya kepada saya, Gavin akan membawa saya bercuti ke Perth selama seminggu bermula esok.



Kiranya, ini adalah hadiah kehamilan saya,” cerita Serina bersemangat. Sudah mula mengidam
Oleh kerana ini kehamilan pertama Serina sudah pasti ramai yang ingin tahu bagaimana dia melalui pengalaman baru ini. Menurut Serina, buat masa ini dia tidak mengalami sebarang alahan atau ‘morning sickness’. “Setakat ini saya tidak menghadapi sebarang alahan. Mungkin sebab baru lagi. Tak tahulah kalau selepas ini saya ada masalah itu. Harap-harap tidaklah. Risau juga sebab penggambaran JJCM masih belum habis lagi. Selain itu, saya juga harap sangat-sangat agar saya tidak alah dengan makanan. Susah pula nanti nak mengacara,” ujar Serina yang mengaku sudah mula mengidam. Baru-baru ini dia teringin sangat minum Coca-Cola, sedangkan minuman itu tidak digemarinya.


Dalam masa yang sama, Serina juga cuba tidak terlalu lasak memandangkan ini kehamilan pertamanya. “Memandangkan saya ini seorang yang lasak, untuk kehamilan ini saya cuba untuk tidak terlalu lasak. Takut juga terjadi perkara yang tidak diingini nanti. Lebih-lebih lagi ini kehamilan pertama. Sebagai persediaan, saya sudah minta tip dan panduan daripada rakan-rakan artis yang telah bergelar ibu. Mereka banyak membantu. Saya juga akan dapatkan buku panduan untuk mengetahui lebih lanjut tentang kehamilan,” tambah Serina lagi. Bahagia disamping suami
Menyentuh sedikit tentang kehidupannya selepas bergelar isteri, Serina memberitahu yang kehidupannya kini cukup bahagia. Malah, dia berasa cukup beruntung kepada mendapat seorang suami yang cukup memahami dirinya. “Gavin seorang suami yang saya idam-idamkan selama ini. Dia faham dengan kerjaya saya. Kalau dia tengok saya penat selepas habis ‘shooting’, dia dengan rela hati akan masak untuk saya. Dia tidak kisah membantu dalam urusan rumahtangga. Sebab itu saya rasa bertuah sangat. Biarlah suami saya tidak kaya-raya harta benda, tetapi dia kaya dengan kasih sayang,” luah Serina sambil tersenyum. Kepada peminat Serina, jangan lupa saksikan kemunculan Serina dalam JJCM musim terbaru bermula 14 Februari ini. Serina akan muncul dengan imej terbarunya, berambut pendek. Mengulas tentang imej terbarunya itu, Serina menjelaskan dia sengaja memotong pendek rambutnya bagi menampilkan kelainan. Dia tidak mahu penonton melihat Serina yang berambut panjang seperti dalam drama-drama lakonan dan program-program yang pernah dihoskan olehnya sebelum ini.


Monday, February 01, 2010

Saman



Sejak akhir2 ni selalu dok dengaq kes saman menyaman ni. Sana sini dok dengaq..dan yang terbaru kes Fahrin nak saman si Linda..Yang menyedihkan, time Fahrin membuat sidang akhbar untuk mengumumkan hal tersebut,
beliau sehingga menitiskan air mata. Apa yang berlaku antara mereka, hanya mereka dan yang maha Esa sahaja yang mengetahui perkara yang sebenar. Masa dok baca beberapa artikel ni pasal artis, terjumpa la satu artikel yang berkaitan kes saman dari Fahrin. Jom kita baca!!!!!!!!!!!!!




Penyampai radio, Linda Onn atau nama sebenarnya Rozlindah Onn, 32, tetap bertegas dengan keputusannya dan enggan meminta maaf kepada Fahrin Ahmad berikutan kata dua yang diberikan bekas kekasihnya itu, Isnin lalu. Bukan Linda ingin mencari pasal atau sengaja membesar-besarkan hal. Baginya, kenyataan yang diberikan pada akhbar Sinar Harian itu adalah perkara yang sebenar.Linda bersedia untuk menghadapi kes saman itu demi kebenaran. Dia tidak perlu membalas sebarang kenyataan dan bercerita lanjut kerana semua urusan berhubung kes itu sudah diserahkan kepada peguamnya, Datuk Hazman Ahmad.
"Seperti yang telah diketahui umum, saya sudah serahkan segala urusan kes ini kepada peguam. Saya tidak mahu bercerita panjang tentang perkara ini lagi. Semua kenyataan yang saya berikan sebelum ini adalah untuk menjawab pertanyaan yang diajukan oleh wartawan. Tiada guna saya mengada-adakan cerita atau membuat fitnah terhadapnya. Saya hanya menyatakan perkara yang sebenar. Kebenaran akan terbukti nanti," ujar Linda penuh keyakinan.

Fasha ohhh Fasha

Semalam time bukak facebook, adala ternampak satu lagi facebook yang bertajuk "i hate eby abadi" Tak tau la apa tujuan dan siapa dalang disebalik kewujudan facebook2 ni yang bertujuan untuk menjatuhkan seseorang artis tu.. tak baik tau...sebelum ni ada gak terjumpa facebook "i hate memey" dan "i hate fasha sandha". Tak tau la apa nak jadi...Bercakap pasal si Fasha ni baru teringat



baru2 ni masa dok syok punya on9 internet, masuk la satu blogpage ni, tetiba dalam bolg tu terpampang muka Fasha dalam sebuah kelab di Kuala Lumpur. Siap smoking lagi....Tak tau la apa yang nak jadi. Bukan nak kata apa kan, sebab kita ni sentiasa buat kesilapan, tp apa yang dikesalkan perbuatan si Fasha tu seolah2 menggambarkan gosip yang melanda dirinya tu seolah2 benar... Perbuatan Fasha yang smoking di khalayak ramai tu akan menjatuhkan lagi imej dia yang sedia tercalar.....

Grammy Awards


Grammy Awards baru sahaja berlalu.Bertarikh 31 January dan bertempat di Staples Center, Los Angeles sungguh meriah dengan persembahan artis-artis popular seperti Black Eyed Peas, Taylor Swift dan Stevie Nicks, Roberta Flack dan Maxewll dan lain2 lg. Satu tribute khas telah diadakan bagi memperingati sumbangan dan jasa mendiang Michale Jackson (MJ) kepada revolusi industri music Dunia.
Walaupun x p sana, tapi dapat merasakan kemeriahan anugerah kerana tengok dalam internet sajorkkkkkk!!

Pemenang Anugerah Grammy....

Rakaman Terbaik: “Use Somebody,” Kings of Leon

Album Terbaik: “Fearless,” Taylor Swift

Lagu Terbaik: “Single Ladies (Put A Ring On it),” Beyonce Knowles

Artis Baru: Zac Brown Band

Album Vokal Pop: “The E.N.D.”, The Black Eyed Peas

Persembahan Vokal Pop Wanita: “Halo,” Beyonce Knowles

Persembahan Vokal Pop Lelaki: “Make It Mine,” Jason Mraz

Album Rock: “21st Century Breakdown,” Green Day

Lagu Rock: “Use Somebody,” Kings of Leon

Album R&B: “BLACKsummers’night, “Maxwell

Lagu R&B: “Single Ladies (Put A Ring On It),” Beyonce Knowles

Album Rap: “Relapse,” Eminem

Lagu Rap: “Run This Town,” Jay-Z, Rihanna and Kanye West

Paduan Terbaik Rap/Sung: “Run This Town,” Jay-Z, Rihanna and Kanye West

Album Country: “Fearless,” Taylor Swift

Persembahan Vokal Country Wanita: “White Horse,” Taylor Swift

Persembahan Vokal Country Lelaki: “Sweet Thing,” Keith Urban



















MY STAR LG MUSIM KE 3

MY Star LG musim ke 3 dah pun menutup tirai setelah 4 bulan bersiaran. Memang best la...Terpukau dengan persembahan Tom. Memang best giler. Sebenarnya jarang ikut sangat, tapi malam final tu sebab Dato' Siti Nurhaliza diundang membuat persembahan..sebab tu la tengok...hehehe.
juri pun memang sporting gilerrrr...bila tengok persembahan yang Tom tunjukkan memang patut la pun dia menang.Tahniah diucapkan kepada TOM!!!