Monday, February 01, 2010

Saman



Sejak akhir2 ni selalu dok dengaq kes saman menyaman ni. Sana sini dok dengaq..dan yang terbaru kes Fahrin nak saman si Linda..Yang menyedihkan, time Fahrin membuat sidang akhbar untuk mengumumkan hal tersebut,
beliau sehingga menitiskan air mata. Apa yang berlaku antara mereka, hanya mereka dan yang maha Esa sahaja yang mengetahui perkara yang sebenar. Masa dok baca beberapa artikel ni pasal artis, terjumpa la satu artikel yang berkaitan kes saman dari Fahrin. Jom kita baca!!!!!!!!!!!!!




Penyampai radio, Linda Onn atau nama sebenarnya Rozlindah Onn, 32, tetap bertegas dengan keputusannya dan enggan meminta maaf kepada Fahrin Ahmad berikutan kata dua yang diberikan bekas kekasihnya itu, Isnin lalu. Bukan Linda ingin mencari pasal atau sengaja membesar-besarkan hal. Baginya, kenyataan yang diberikan pada akhbar Sinar Harian itu adalah perkara yang sebenar.Linda bersedia untuk menghadapi kes saman itu demi kebenaran. Dia tidak perlu membalas sebarang kenyataan dan bercerita lanjut kerana semua urusan berhubung kes itu sudah diserahkan kepada peguamnya, Datuk Hazman Ahmad.
"Seperti yang telah diketahui umum, saya sudah serahkan segala urusan kes ini kepada peguam. Saya tidak mahu bercerita panjang tentang perkara ini lagi. Semua kenyataan yang saya berikan sebelum ini adalah untuk menjawab pertanyaan yang diajukan oleh wartawan. Tiada guna saya mengada-adakan cerita atau membuat fitnah terhadapnya. Saya hanya menyatakan perkara yang sebenar. Kebenaran akan terbukti nanti," ujar Linda penuh keyakinan.

No comments: