Tuesday, February 09, 2010

Johan Jadi Ayah Dah....





Tahniahlah diucapkan pada pemenang tempat ketiga program Raja Lawak musim yang pertama. Siapa lagi kalau bukan si Johan. Sebab, lepas jadi suami orang, sekarang ni dia jadi ayah orang pulak. Senang cerita, Johan telah dikurniakan cahaya mata pertamanya selepas isteri tercintanya, Ozlynnwati selamat melahirkan seorang bayi lelaki comel secara normal di Hospital Prince Court, pada hari Sabtu lepas, kira-kira jam 9.30 malam.



Bayi seberat 4.43 kilogram itu telahpun dinamakan sebagai Ahmad Sodiq Hainana. Maksudnya tak begitu pasti tapi nama itu khabarnya dipilih sendiri oleh Johan. Memang bersemangat betul anak si Johan tu. Sampaikan jari-jemarinya yang comel dan mungil itu itu nampak begitu padat dan berulas-ulas. Pipinya pula jangan cakaplah montel sungguh.Khabarnya, Johan sendiri telah menyambut kelahiran bayi itu selepas berjam-berjam lamanya menemani Wati di dalam bilik kelahiran itu. Malah terpancar kegembiraan di wajahnya tatkala melihat bayi yang penyambung zuriatnya dengan Wati itu selamat dilahirkan ke muka dunia ini. Dengan kelahiran bayi itu akan memberikan lebih semangat untuk Johan bekerja dengan lebih keras lagi di dalam industri hiburan seni ini.

No comments: