Wednesday, February 10, 2010

JIMY-SARIMAH : PENGACARA AF8


Norman KRU, Sarimah Ibrahim dan Jimmy Shanley - tiga individu yang telah diberi mandat oleh pihak Astro untuk mengemudikan musim kelapan Akademi Fantasia (AF) dan memastikan ia kekal rancangan realiti paling popular negara.Norman mengikuti jejak langkah Freddie Fernandez (AF1),
Ramli MS (AF2 dan AF6), M.Nasir (AF3), Ramli Sarip (AF4), Roslan Aziz (AF5) dan Datin Seri Tiara Jacquelina (AF7) yang pernah diberi penghargaan menyandang jawatan pengetua AF.

Mampukah Norman memberi nafas baru kepada AF yang telah bermula siaran pada tahun 2003? Itu cabaran yang bakal menanti pengetua yang paling muda dalam sejarah AF pada usia 37 tahun.

Pengunduran AC Mizal selaku pengacara 'Konsert AF' membuka ruang kepada Astro untuk bereksperimen dengan kombinasi dua pengacara. Sarimah dan Jimmy akan bersama-sama mengendalikan 'Konsert AF' yang bakal bermula setiap Sabtu pada 20 Mac depan, jam 9 malam.


Sementara itu, masing-masing akan dipertanggungjawabkan sebuah program 30 minit khas, iaitu 'Diari AF' (setiap Isnin - Jumaat, bermula 15 Mac, jam 7.30 malam) yang dihoskan oleh Jimmy, yang sebelum ini hanya dikenali melalui program 'Trek Selebriti', dan 'Debaran AF' (setiap Ahad bermula 21 Mac, jam 9 malam) oleh Sarimah.



Dari segi tenaga pengajar, rata-ratanya wajah yang sama - Siti Hajar (guru vokal teknikal), Adnan Abu Hassan (guru vokal persembahan), Linda Jasmine (guru tari) dan Fatimah Abu Bakar (kaunselor dan guru bahasa Inggeris).

Namun, ada kelainan yang ditampilkan musim ini dengan penambahan seorang lagi jurulatih, kali ini dalam bidang drama. Dan siapa lagi kalau bukan suami Linda, Que Haidar, pemenang Pelakon Lelaki Drama Terbaik di Anugerah Skrin 2009, yang akan membimbing bakal pelajar dalam bidang itu.



Konsert pertama AF akan bermula pada 13 Mac, jam 9 malam

No comments: