Tuesday, February 09, 2010

Undi Jangan Tak Undi

Pelbagai ragam dilihat untuk melobi peminat-peminat agar mengundi mereka yang tercalon dalam dalam TOP 5 ABPH-2009. Jom kita tgk....



v






v






v






v






v






v






v








INFO FARAH FAUZANA (FAFAU)

DILAHIRKAN pada 7 Februari 1980 di Hospital Assunta, Petaling Jaya, Selangor. Wanita yang baru saja genap 30 tahun ini mempunyai tiga adik-beradik.
DIKENALI sebagai Fara Fauzana atau Fafau di kalangan peminat, penyampai Hot FM ini turut berkecimpung dalam bidang lakonan dan pengacaraan televisyen serta majlis. Melodi ialah rancangan paling popular kendaliannya.
TAHUN lalu, filem Jin Notti lakonan Fara bersama bintang Akademi Fantasia, Mawi, menemui penonton. Dia juga berlakon siri Fara dan Gadis Cuci.
PEMEGANG Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Perhubungan Awam dari Universiti Teknologi Mara Shah Alam ini sukakan aktiviti memandu kereta, fotografi, bersukan serta beriadah.
WANITA ini pernah menggenggam trofi Pengacara TV Wanita Popular sebanyak empat kali, sejak ABPBH 2005. Dia juga menaiki pentas menerima trofi Penyampai Radio Wanita Popular sebanyak dua kali, pada ABPBH 2007 dan ABPBH 2008.





INFO AKIM


DILAHIRKAN di pada 18 Januari 1991 dengan nama penuh Afiq Hakim Ahmad.
TANPA latihan formal dalam nyanyian, anak ketiga daripada empat adik-beradik ini mula memberanikan diri menyanyi di depan orang ramai pada usia 7 tahun.
BIARPUN tidak menjuarai pertandingan realiti Akademi Fantasia musim ketujuh, Akim dilihat begitu menyerlah berbanding peserta akhir lain, sehingga dicalonkan dalam dua kategori Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2009 dalam da kategori - Artis Baru Lelaki dan Penyanyi Lelaki Popular.
SELEPAS meletup dengan lagu yang dinyanyikannya pada konsert final Af7, Bengang, Akim kini memperkenalkan pula single seterusnya, Inilah Cinta, judul yang dipilih sebagai lagu tema kempen terbaru aiskrim Cornetto Wall's.
TURUT berlakon dalam siri Kau & Aku bersama Mila dan Aril, artis muda lepasan SPM dari Johor Bahru ini meminati penyanyi I'm Yours, Jason Mraz, dan juara American Idol musim ketujuh, David Cook





No comments: