Sunday, January 31, 2010

Sejarah ABPH




MUNGKIN senang melihat kemajuan ABPBH pada hari ini. Namun adakah generasi muda hari ini mengetahui serba ringkas sejarah kewujudan majlis penganugerahan yang hebat ini?
Semuanya tercetus pada 1987, hasil idea bernas bekas Pengarang Kumpulan Berita Harian, Datuk A Nazri Abdullah bersama beberapa orang penting dalam dunia hiburan ketika itu terutamanya Pengarang Unit Hiburan (dulu dikenali sebagai Pusparia), Nordin Mohamad serta wartawan hiburan Berita Harian, Zubairi Zabidin. Dengan dibantu Pengurus Promosi Kumpulan New Straits Times (NST), Oliver Jackson mereka mula mencari penaja untuk menyokong anugerah yang memberi peluang kepada pembaca memilih calon artis pujaan masing-masing menerusi undian di akhbar ini.
Dari situlah munculnya Anugerah Pelakon/Penyanyi Popular 1987 (APPP87) - Nescafe Classic yang berlangsung di Dewan Bunga Raya, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 1 Disember 1987, jam 8.30 malam.
Hanya tujuh kategori dipertandingkan iaitu: Pelakon Lelaki Popular yg dimenangi Eman Manan, Pelakon Wanita Popular (Fauziah Ahmad Daud), Pelakon Pembantu Lelaki Popular (Ahmad Tarmimi Siregar), Pelakon Pembantu Wanita Popular (Marlia Musa), Penyanyi Lelaki Popular (Shidee), Penyanyi Wanita Popular (Francissca Peter), dan Penyanyi Berkumpulan Popular (Search).
Hampir 380,000 borang undian diterima daripada pembaca akhbar ini pada tahun pertama. Artis yang mendapat undian terbanyak ialah Fauziah Datuk Ahmad Daud (284,813 undi), diikuti Fran (246,838 undi).
Acara malam kemuncak dihoskan Allahyarham Seniman Datuk Ahmad Daud. Artis yang membuat persembahan ialah seperti Ben Nathan, Mastura & Ally Noor, The Stripe dan penari Maya Studio.
Antara finalis lain ialah Zaiton Sameon, Raja Ema, Noorkumalasari, Jacqueline Mitchell, Mustaffa Noor, Sabree Fadzil, Sharifah Aini, Azlina Aziz, Ibnor Riza, Khatijah Ibrahim, Nassier Wahab, Sons of Adam, Alleycats, Freedom, Julie Dahlan, Norlida Ahmad dan Fauziah Nawi. Ketika itu tiada siaran langsung menerusi kaca TV atau radio.
Impak daripada kejayaan pertama, APPP88 pula dianjurkan. Masih ditaja Nescafe Classic, ia turut mengekalkan tujuh kategori yang sama. Pemenang pada tahun kedua ialah Sabree Fadzil (Pelakon Lelaki Popular), Aznah Hamid (Pelakon Wanita Popular), Ridzuan Hashim (Pelakon Pembantu Lelaki Popular), Raja Ema (Pelakon Pembantu Wanita Popular), Jay Jay (Penyanyi Lelaki Popular), Ramlah Ram (Penyanyi Wanita Popular) dan Gersang (Penyanyi Berkumpulan Popular).
Acara kemuncak berlangsung di Hotel Holiday Villa, Subang Jaya Selangor, pada 10 Disember 1988, jam 8 malam. Ia dihoskan N D Lala dan Charmaine Agustine. Ia juga belum ke udara secara langsung dan pertama kali dirakamkan oleh TV3 untuk siaran Hari Krismas pada 25 Disember 1988.
Kemudian barulah muncul APP89 yang dianjurkan dengan kerjasama RTM dan SALEM. Ia berlangsung di Angkasapuri, pada 13 Januari 1990, jam 8.30 malam. Hosnya adalah DJ Ainul Jamal dan Sharifah Sakinah Al Junid.
Dari situ APPP terus bergerak laju dari setahun ke setahun. Perubahan besar berlaku pada 1990 apabila ia memperkenalkan kategori Artis Paling Popular yang kini menjadi Bintang Paling Popular.
Pemenang pertama adalah Aishah diikuti Zainalabidin (1991), Eman Manan (1992), Sofia Jane (1993), M Nasir (1994), Ziana Zain (1995), Siti Nurhaliza (1996 - 2001), Rosyam Nor (2002), Saiful Apek (2003), kembali kepada Siti Nurhaliza (2004), Mawi menang tiga tahun berturut-turut (2005, 2006 dan 2007) dan Nabil dari program Raja Lawak terbitan Astro memenanginya pada tahun 2008.

Faizal Tahir Ambil Pil Pradaxa???

"Setiap hari, saya terpaksa telan pil Pradaxa bernilai RM13 sebiji. Saya juga adalah orang yang terawal menggunakan ubat ini," keluh Faizal Tahir, 32 ketika ditemui di sidang media konsert Satu Suara di Istana Budaya, baru-baru ini.Penyanyi popular yang digelar Superman Malaysia itu tepaksa menjelaskan situasi dan keadaan dirinya setelah disahkan menghidap penyakit DVT yang boleh mengundang maut. Akibat daripada penyakit itu, Faizal tidak mampu bergerak banyak.

Menurut Faizal, dia sememangnya berhasrat ingin berehat seketika daripada terus aktif menceburi dunia nyanyian. Tapi, komitmennya terhadap konsert terbabit membuatkan dia tidak dapat berbuat demikian. "Saya mendapat tawaran untuk menjayakan konsert ini sebelum saya menyertai Anugerah Juara Lagu (AJL) yang lepas lagi. Masa itu, saya masih belum disahkan menghidap penyakit ini,” kata Faizal.
Dia bagaimanapun mengakui tidak berasa kesal dengan apa yang berlaku ke atas dirinya. "Setiap perjara yang saya buat, saya lakukan dengan gerak hati saya dan apa jua musibah yang berlaku adalah ketentuan dari yang Maha Esa. "Kalau boleh saya tidak mahu terlalu bergantung dengan pil tahan sakit ini kerana saya tahu ia boleh memudaratkan kesihatan. "Tapi, apa boleh buat, itu saja yang mampu saya lakukan. Selain ubat, saya juga terpaksa menjalani rawatan fisioterapi. Namun, jadual yang padat menyukarkan saya menjalani rawatan tersebut," katanya. .Faizal turut menyedari hakikat
sebenar bahawa sakit yang dialaminya iaitu DVT boleh membawa maut. "Saya minta sangat-sangat supaya dijauhkan dari berlakunya perkara-perkara yang tak diingini. Kalau terjadi apa-apa dan terpaksa menarik diri pada saat- saat akhir persembahan, saya harap penganjur akan faham dan mengerti. "Setakat ini, famili saya pun tak cakap apapun, tapi isteri dan anak saya sering memarahi saya kerana kurang menjaga kesihatan," katanya.Sambung Faizal lagi, dia juga enggan memberitahu pihak media siapakah orang yang paling layak menggantikan tempatnya sekiranya sakitnya itu bertambah kronik kelak."Buat masa ini, saya mengalami kesakitan di bahagian kaki. Sebab itu saya terpaksa menyanyi secara duduk. Tapi, kesannya tetap dirasai di seluruh badan saya," katanya. Faizal bagaimanapun tidak dapat menyembunyikan perasaan teruja untuk beraksi dalam konsert ini. "Tidak kira besar atau kecil sesuatu konsert persembahan itu, bagi saya ia tetap rezeki yang datang secara bergolek. Saya akan cuba lakukan yang terbaik tetapi dengan penyakit yang saya harapi ini, sedikit-sebanyak ia akan turut membantutkan kepuasan saya dalam membuat persembahan," katanya. Faizal turut memberitahu yang dia menyukai lagu Dato' Siti berjudul Dialah Di Hati. "Lagu itu bagi saya sangat unik. Tapi, jangan tanya apakah lagu Dato Siti yang bakal saya nyanyian bersama Aizat nanti. Jawapannya rahsia. Yang pasti, ia bukanlah berentak tradisional atau pop, sebaliknya moderate.

Teguran

Tadi dok la kelebek web blog2 yang ada dekat malaysia.Terjumpa la

artikel ni dalam satu web site dan terbaca la comment2 yang berkaitan

dengan nya berkaitan dengan tulisan yang telah ditulis oleh Aznil Hj.Nawawi




Memang sungguh mengejutkan dan memalukan. Ramai yang mengkritik daripada yang membela. Bukan nak membela ke apa ke

kan, tapi apa yang ditulis oleh Aznil atau lebih mesra dengan panggilan Pak Nil memang ada kebenarannya. Untuk membuat teguran, kita tidak perlu melihat keadaan, kedudukan atau taraf seseorang itu. Setiap

manusia melakukan kesalahan dan setiap manusia juga mempunyai hak

untuk menegur antara satu sama lain atas dasar saudara seagama.
Dalam islam, sikap toleransi, bertolak ansur, hormat menghormati dan bertegur sama amat dititikberatkan sekali. Isteri boleh menegur suami,

anak boleh menegur bapa, murid boleh menegur guru, rakyat boleh menegur pemimpin asalkan teguran tersebut membawa kebaikan dan

kemaslahatan keseluruham ummah. Tidak nampak ia menjadi satu kesalahan LANGSUNG apabila Aznil haji Nawawi membuat teguran kepada Nik Aziz kerana teguran beliau itu membawa kepada kebaikan. Malah selepas membaca tulisan Pak Nil, memang dapat merasakan semua org perlu berfikir sedemikian demi perpaduan dan kekuatan islam itu sendiri.








Saturday, January 30, 2010

Geram!!!

hari ni punya la geram...nak keluaq...tengok2 taya moto pecah!!!

wargggghhh!!!!!!!!!!!!!!!! sapa punya angara ni....sakit hati

betul...semalam time naik ok lagi...tak pasal2 kena wat keluaq

duit sedekah dekat uncle pomen...hurm....





kegigihan mak cik ni patut di beri pujian...wooohh!!!
gigih sungguh no!!!


Wayang

Semalam member ajak p tengok wayang, kami p secara gamble..time tu dah pukul

dekat pukul 10.45pm dah
...gila dak...masa p tu tak tau nak tengok cerita

apa...yang si a
bg arip tu kata "ala, kalau ada tiket kita tengok, kalau tak dak kita

balik. Aiyo...mak kau, kalau dekat tak pa, ni mai dari SP boleh kata mcm tu,

berani mati sangat kan.sampai sanway carnival kita org terus menapak menuju

ke GSC. Aku kata dalam nada yang melawak, kalau x dak cerita apa, kita just

tengok filem 2 hati 1 jiwa. Tengok2 semua bangkang...aiyo..apa sudah jadi...????

Semua pakat tak mau tengok...Adakah diorng dah x sokong ka filem

malaysia??herm...tp kalau fikir balik memang patut pun...kami bayar untuk

mendapatkan kepuasan...tp kalau filem yg dihasilkan macam ngan pa

lagi..memang la org x akan p tengok.Filem tu seolah2 di hasilkan tanpa penelitian

yang sempurna..banyak benda2 yang terlepas pandang.Adalah tengok dalam

treler..memang macam hampeh...Kepada pengiat seni tanah air, tolong la buat

satu perubahan demi kemajuan industri perfilimen tanah air...last2 kami buat

keputusan tengok filem the SPY NEXT DOOR.
Memang best.nak cerita banyak pun x guna, tapi kalau p tengok memang tak rugi

sebab ada unsur comedy yang spontan disebalik unsur suspen.Part last ada

diselitkan unsur sedih. dan yang paling best, unsur kekeluargaan berjaya dijonjolkan dalam cerita tersebut.Bagi 5 bintang daripada 10 bintang. tak boleh

menandingi avatar yang dah tengok sebanyak 3 kali
..hehehe









Mula Update

memang dah lama rasanya tak update ni..dah bersawang pun...bukan malas atau apa kan, tapi broadband kena potong...aiyo...!!!tertulis..(abaikan).Last update rasanya on OCTOBER kot.Lani dah masuk tahun baru. hehehe...baru terhegeh-hegeh nak update. Azam baru untuk tahun ni, nak banyakan gambar daripada penulisan.