Sunday, January 31, 2010

Teguran

Tadi dok la kelebek web blog2 yang ada dekat malaysia.Terjumpa la

artikel ni dalam satu web site dan terbaca la comment2 yang berkaitan

dengan nya berkaitan dengan tulisan yang telah ditulis oleh Aznil Hj.Nawawi




Memang sungguh mengejutkan dan memalukan. Ramai yang mengkritik daripada yang membela. Bukan nak membela ke apa ke

kan, tapi apa yang ditulis oleh Aznil atau lebih mesra dengan panggilan Pak Nil memang ada kebenarannya. Untuk membuat teguran, kita tidak perlu melihat keadaan, kedudukan atau taraf seseorang itu. Setiap

manusia melakukan kesalahan dan setiap manusia juga mempunyai hak

untuk menegur antara satu sama lain atas dasar saudara seagama.
Dalam islam, sikap toleransi, bertolak ansur, hormat menghormati dan bertegur sama amat dititikberatkan sekali. Isteri boleh menegur suami,

anak boleh menegur bapa, murid boleh menegur guru, rakyat boleh menegur pemimpin asalkan teguran tersebut membawa kebaikan dan

kemaslahatan keseluruham ummah. Tidak nampak ia menjadi satu kesalahan LANGSUNG apabila Aznil haji Nawawi membuat teguran kepada Nik Aziz kerana teguran beliau itu membawa kepada kebaikan. Malah selepas membaca tulisan Pak Nil, memang dapat merasakan semua org perlu berfikir sedemikian demi perpaduan dan kekuatan islam itu sendiri.








No comments: