Sunday, January 31, 2010

Faizal Tahir Ambil Pil Pradaxa???

"Setiap hari, saya terpaksa telan pil Pradaxa bernilai RM13 sebiji. Saya juga adalah orang yang terawal menggunakan ubat ini," keluh Faizal Tahir, 32 ketika ditemui di sidang media konsert Satu Suara di Istana Budaya, baru-baru ini.Penyanyi popular yang digelar Superman Malaysia itu tepaksa menjelaskan situasi dan keadaan dirinya setelah disahkan menghidap penyakit DVT yang boleh mengundang maut. Akibat daripada penyakit itu, Faizal tidak mampu bergerak banyak.

Menurut Faizal, dia sememangnya berhasrat ingin berehat seketika daripada terus aktif menceburi dunia nyanyian. Tapi, komitmennya terhadap konsert terbabit membuatkan dia tidak dapat berbuat demikian. "Saya mendapat tawaran untuk menjayakan konsert ini sebelum saya menyertai Anugerah Juara Lagu (AJL) yang lepas lagi. Masa itu, saya masih belum disahkan menghidap penyakit ini,” kata Faizal.
Dia bagaimanapun mengakui tidak berasa kesal dengan apa yang berlaku ke atas dirinya. "Setiap perjara yang saya buat, saya lakukan dengan gerak hati saya dan apa jua musibah yang berlaku adalah ketentuan dari yang Maha Esa. "Kalau boleh saya tidak mahu terlalu bergantung dengan pil tahan sakit ini kerana saya tahu ia boleh memudaratkan kesihatan. "Tapi, apa boleh buat, itu saja yang mampu saya lakukan. Selain ubat, saya juga terpaksa menjalani rawatan fisioterapi. Namun, jadual yang padat menyukarkan saya menjalani rawatan tersebut," katanya. .Faizal turut menyedari hakikat
sebenar bahawa sakit yang dialaminya iaitu DVT boleh membawa maut. "Saya minta sangat-sangat supaya dijauhkan dari berlakunya perkara-perkara yang tak diingini. Kalau terjadi apa-apa dan terpaksa menarik diri pada saat- saat akhir persembahan, saya harap penganjur akan faham dan mengerti. "Setakat ini, famili saya pun tak cakap apapun, tapi isteri dan anak saya sering memarahi saya kerana kurang menjaga kesihatan," katanya.Sambung Faizal lagi, dia juga enggan memberitahu pihak media siapakah orang yang paling layak menggantikan tempatnya sekiranya sakitnya itu bertambah kronik kelak."Buat masa ini, saya mengalami kesakitan di bahagian kaki. Sebab itu saya terpaksa menyanyi secara duduk. Tapi, kesannya tetap dirasai di seluruh badan saya," katanya. Faizal bagaimanapun tidak dapat menyembunyikan perasaan teruja untuk beraksi dalam konsert ini. "Tidak kira besar atau kecil sesuatu konsert persembahan itu, bagi saya ia tetap rezeki yang datang secara bergolek. Saya akan cuba lakukan yang terbaik tetapi dengan penyakit yang saya harapi ini, sedikit-sebanyak ia akan turut membantutkan kepuasan saya dalam membuat persembahan," katanya. Faizal turut memberitahu yang dia menyukai lagu Dato' Siti berjudul Dialah Di Hati. "Lagu itu bagi saya sangat unik. Tapi, jangan tanya apakah lagu Dato Siti yang bakal saya nyanyian bersama Aizat nanti. Jawapannya rahsia. Yang pasti, ia bukanlah berentak tradisional atau pop, sebaliknya moderate.

No comments: