Wednesday, August 23, 2006

FUNNY

Askar

Ada seorang lelaki tua berambut panjang.. bermisai lebat dan berjanggut panjang pergi kesebuah kedai gunting.. Wajahnya yang kusut masai itu umpama baru keluar dari persembunyian di hutan.. Lelaki tua : "Saya nak gunting rambut.. cukur misai dan janggut.."Tukang gunting : "Rambut nak fesyen apa?"Lelaki tua : "Potong pendek aje semuanya"Tukang gunting itu mula memotong semua rambut.. misai dan janggut lelaki itu hingga selesai.. Tukang Gunting : "Pakcik... pakcik ni dulu seorang askar ya??"Lelaki tua : "Iya.. mana kamu tahu nak....?"Tukang gunting : "Saya baru saja berjumpa dengan topi askar di dalam rambut pakcik"

Nangka Beracun


Seorang petani sangat kesal dengan sikap budak-budak nakal yang selalu mencuri nangka di kebunnya. Akhirnya ia mendapat idea... Di tengah-tengah kebunnya diletakkan papan tanda yang besar bertulis.. 'AWAS.. SATU DARI NANGKA-NANGKA INI TELAH DISUNTIK DENGAN RACUN'Keesokan harinya.. petani itu tersenyum kerana mendapati nangka-nangkanya itu tidak dicuri lagi..Seminggu selepas itu.. Petani ini pergi kekebunnya untuk memetik nangka-nangkanya untuk dijualkan.. Memang jelas kelihatan tiada nangkanya yang hilang... tetapi dia sangat terkejut kerana disebelah papan tandanya terdapat satu lagi papan tanda yang baru bertulis.. 'KINI ADA DUA NANGKA YANG DISUNTIK RACUN'

Pelupa


Sepasang atuk dan nenek yang akhir-akhir ini menjadi pelupa dalam segalahal.. akhirnya pergi menemui doktor.. Dokter mengatakan bahawa secarafizikal mereka sihat saja. Doktor menyarankan agar mereka membiasakan diri untuk menulis apa saja untuk membantu mereka mengingat segalaperkara.Suatu malam kedua atuk dan Nenek tersebut sedang menonton TV...Tiba-tiba si atuk berdiri..Nenek : "Mahu kemana?" Atuk : "Oh aku mahu ke dapur untuk mengambil segelas air"Nenek : "Kalau begitu.. tolong bawakan aku AISKRIM VANILA"Atuk : "OK .."Nenek : "Eh tunggu.. sebaiknya abang tulis dulu supaya tidak lupa" Atuk : "Ah tidak perlu.. aku ingat... Aiskrim vanila kan?"Nenek : "Kalau begitu tambahkan strawberry dan krimnya"Atuk : "Beres .. !!"Nenek : "Ah sebaiknya tulis semua pesananku itu..nanti pasti abang akan lupa semuanya"Atuk : "Jangan Bimbang.. aku masih ingat.. Aiskrim vanila.. strawberrydan krimnya bukan?"Dua puluh minit kemudian Si Atuk datang dan memberikan kepada neneksepiring daging dan beberapa biji telur rebus. Nenek : (Dengan wajah terkejut) "Nah, Aku dah kata..abang akan lupapesananku... sepatutnya ditulis dulu"Atuk : "Iya ke..? salah ke..? Apa yang kamu pesan tadi?"Nenek : "ROTI BAKAR ISI JAM STRAWBERRY."

Menu Restoran Itali


Seorang pemuda membawa teman wanitanya ke sebuah restoran Itali yang sangat terkenal. Dia sendiri pun belum pernah masuk sebelum ini.. tapi demi mengambil hati teman wanitanya.. dia memberanikan diri untuk makan di restoran itu... Setelah mereka duduk dan memakan anggur yang disajikan.. si lelaki mengambil menu... Kerana bingung melihat nama-nama aneh masakan Itali.. dia memilih sembarangan..."Waiter.. bawakan kami makanan Giuseppe Spomdalucci untuk 2 orang" kata lelaki tadi.. "Maaf.. encik" jawab waiter"Itu nama pemilik restoran ini"

No comments: