Sunday, October 22, 2006

TIDAK GEMBIRA TETAPI BERPUAS HATI







Seperti yang dinanti-nantikan banyak pihak - Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengadakan pertemuan dengan Tun Dr Mahathir Mohamad petang tadi.
Pertemuan berlangsung lebih dua jam di kediaman rasmi Perdana Menteri di Sri Perdana - Putrajaya.
Kereta Mercedez yang membawa Tun Dr Mahathir bernombor plat pendaftaran JCJ 3 memasuki kediaman rasmi Perdana Menteri kira-kira jam tiga 15 minit petang tadi.
Tun Dr Mahathir ditemani anaknya Datuk Mokhzani.
Dalam satu sidang media selepas pertemuan itu Tun Dr Mahathir memberi huraian berikut mengenai hasil pertemuannya.
Jelas beliau ia berlangsung lebih dua jam dan beliau berpeluang menyampaikan semua yang terbuku dihatinya.
Menurut Tun Dr Mahathir beliau bercakap lebih satu setengah jam dalam pertemuan empat mata itu.

No comments: