Wednesday, June 10, 2009
Politik-Antara iman,islam dan dunia
ISLAM menuntut penganutnya menjadi ahli politik yang handal walaupun tanpa kedudukan, jawatan dan kerusi empuk direbutkan dengan rakus oleh sesetengah pihak yang terseleweng matlamat agamanya. Pembabitan secara langsung atau tidak dalam politik adalah tanggungjawab setiap Muslim sebagai penegak keadilan agama Allah dan Rasul-Nya.Politik sebahagian daripada agama dan ia tuntutan iman. Keimanan mewajibkan seseorang menegakkan amar makruf nahi munkar. Sesiapa yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, dia wajib menjadikan politik sebagai medan dakwah dan ibadah demi menegakkan yang hak dan mencegah yang batil. Politik adalah kerja mulia dan jihad terbaik kerana berkaitan secara langsung dengan pentadbiran urusan makhluk. Kalau ia diurus dalam bentuk yang terbaik, maka akan tertegak kalimah Allah di atas bumi ini.Hadis Rasulullah SAW diriwayatkan Imam Muslim bermaksud: “Tidak ada seorang Nabi pun yang diutuskan Allah SWT di kalangan umat sebelumku melainkan wujud daripada golongan hawariyun (pembantu) dan sahabat yang mengambil sunnahnya dan mematuhi perintahnya. Kemudian dia meninggalkan selepas pengganti yang berkata apa yang tidak mereka kerjakan dan melakukan apa yang tidak diperintahkan. “Sesiapa berjihad menentang mereka dengan tangan, dia adalah seorang mukmin. Sesiapa berjihad menentang mereka dengan lidah, dia adalah mukmin, sesiapa yang berjihad menentang mereka dengan hati maka dia adalah mukmin dan tidak ada di sebalik itu iman walaupun sebesar biji sawi.”Tidak ada iman dalam diri seseorang jika hatinya tidak bersuara dan menentang apabila melihat kezaliman. Seorang mukmin dituntut sentiasa menjadi ahli politik yang sekurang-kurangnya memiliki kemahuan mengubah dengan hati atau jihad dengan hati apabila melihat kezaliman bermaharajalela.Di samping itu dia perlu sentiasa berhati-hati terhadap kejahatan dirinya mudah terpengaruh dengan mengharap ganjaran dunia yang hina sehingga boleh mencacatkan niat suci dan ikhlas semata-mata kerana Allah SWT. Sikap mengambil berat terhadap nasib rakyat perlu dijiwai dengan niat ibadah sambil menghadirkan rasa takut melakukan khianat terhadap mereka seperti hadis yang bermaksud: “Sesiapa yang tidak mengambil berat perihal urusan orang mukmin lain, maka dia bukan daripada kalangan mereka. Sesiapa yang tidak menjadi penasihat untuk Allah, Rasul-Nya, pemimpin umatnya dan orang awam, maka dia bukan daripada kalangan mereka. Pemilik kekayaan yang di sisinya ada orang tertidur kelaparan, maka Allah dan Rasul-Nya berlepas diri daripadanya (tidak diakui umat Muhammad).” (Hadis riwayat Al-Tabrani)Sesiapa yang menjadikan Islam asas pegangan politik tetapi menutup pintu rumahnya daripada keperitan kemiskinan yang dideritai rakyat dan menutup mata daripada ketidakadilan yang dideritai umat, sesungguhnya perjuangan itu bukan berasas roh politik Islam.Al-Imam Ibnu Al-Qayyim menyatakan ulasannya mengenai politik sebagai sebahagian daripada syarak:“Sesungguhnya politik adil tidak bertentangan dengan apa yang dinyatakan syarak, bahkan ia selari dengan apa yang dibawanya dan satu juzuk daripadanya. Kami menamakannya sebagai politik seperti yang kamu istilahkan. Sesungguhnya ia keadilan Allah dan Rasul-Nya.” (Al-Turuq al-Hukmiyah Fi al-Siyasah al-Syar’iyyah) Ramai ahli politik Muslim mengaku hanya diri dan partinya yang membela agama Islam, bangsa dan negara tetapi amalan dan kerja politiknya bertentangan dengan nilai Islam. Apakah mereka mempolitikkan Islam sebagai jenama saja demi mengaut keuntungan dunia dan demi meraih undi semata-mata?Pada hakikatnya, rakyat mampu menilai sejauh mana khidmat pemimpin politik walaupun tanpa perlu mereka menjual agama dan semangat perkauman jahiliah yang dihembuskan dengan penuh kebencian. Politikus Islam adalah mereka yang dekat di hati rakyat, merasai sendiri nadi yang berdenyutkan penderitaan mereka, berasa kesakitan mereka dan bukan ungkapan retorik basi yang memualkan dan omong kosong saja.Bagaimana umat boleh menjadi yang terbaik jika hanya disuap dengan kata manis berfalsafah yang tidak praktikal, bahkan kadangkala meminjam ayat al-Quran dan hadis Nabi SAW tanpa hak, tetapi mereka yang petah bercakap itu tak mampu mengurus masalah kemiskinan dan kebodohan rakyat, gejala sosial yang meruncing, hak rakyat yang belum dipenuhi dan pentadbiran tenggelam dalam rasuah.Mereka menganggap isu itu seperti angin bertiup sepoi bahasa, sedangkan isu sebenar umpama puting beliung yang boleh meranapkan segalanya. Ke manakah masa depan agama, bangsa dan negara mahu dikemudi, jika parti politik yang mengaku berasaskan Islam dan perjuangannya saling bertelingkah sesama sendiri?Mengapa membiarkan semangat satu agama, bangsa dan negara itu hancur berkecai oleh ego yang melampau? Mengapa tidak ditonjolkan akhlak Islam murni dalam mencari penyelesaian terhadap isu umat Islam, sedangkan Nabi Musa AS dan Nabi Harun AS disuruh bersikap lemah-lembut ketika menasihati Firaun yang sudah dilaknat al-Quran akibat kekejamannya. Seperti firman Allah SWT bermaksud: “Sesungguhnya Firaun berbuat sewenang-wenang di muka bumi dan menjadikan penduduknya berpecah-belah dengan menindas segolongan daripada mereka, menyembelih anak lelaki mereka dan membiarkan hidup -anak perempuan. Sesungguhnya Firaun termasuk orang yang berbuat kerosakan.” (Surah Al-Qasas ayat: 4)Nabi Musa AS dan Nabi Harun AS menggunakan pendekatan politik bijaksana yang mengutamakan kompromi sebelum menyatakan dakwah ketika menghadapi Firaun seperti dirakamkan dalam al-Quran bermaksud: “Pergilah kamu berdua kepada Firaun, Sesungguhnya dia melampaui batas. Kemudian hendaklah kamu berdua berkata kepadanya dengan lemah lembut, mudah-mudahan dia beringat atau takut.” (Surah Taha ayat: 43-44)Jika sesama parti politik Islam saling menghentam, berbalah sepanjang jalan tanpa mahu melihat konsep syura dan perundingan yang menjadi pilihan Rasul SAW ketika fasa dakwah pembinaan negara Islam yang termaktub dalam piagam hak asasi manusia pertama di Madinah dan dalam setiap langkah yang diambil baginda SAW, maka dikhuatiri ada pihak membenci Islam menangguk di air keruh. Akhirnya umat Islam juga yang rugi.Allah berfirman menggesa umat Islam bersatu padu dan berwaspada dengan musuh dalam selimut bermaksud: “Janganlah orang Mukmin mengambil orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang Mukmin. Siapa berbuat demikian, nescaya lepaslah ia daripada pertolongan Allah kecuali kerana (siasat) memelihara diri daripada sesuatu yang ditakuti daripada mereka (kafir) dan Allah memperingatkan kamu terhadap diri-Nya (seksa) dan hanya kepada Allah kamu kembali.” (Surah Ali Imran ayat: 28)Konsep syura dalam Islam tidak memandulkan demokrasi, kebebasan bersuara dan hak membangkang dengan hujah dan fakta yang bertanggungjawab, bahkan semua itu menjadi tunjang bagi pelaksanaan syura dalam politik bercirikan Islam. Pemimpin politik Muslim tidak teragak-agak menyatakan bantahan jika sesiapa melakukan kezaliman walaupun dari kalangan ahli parti sendiri.Begitu juga apabila pihak lawan mengemukakan cadangan dan idea bernas dan benar demi kesejahteraan rakyat dan ia tidak bercanggah dengan syarak, mereka mesti sepakat dalam hal ini tanpa memandang kepada perbezaan parti. Bersatu untuk kebenaran dan sama membanteras kezaliman tanpa pandang bulu, tiada sedikitpun fanatisme parti antara mereka antara sifat politik Islam.Amalan ini adalah gaya kepemimpinan Khalifah Rasulullah SAW. Abu Bakar ra ketika dilantik sebagai Amirul Mukminin berkata: “Wahai manusia aku dilantik untuk memerintah kamu, sedangkan aku bukan orang paling baik daripada kalangan kamu. Jika kamu melihat aku di atas kebenaran maka sokonglah aku. Jika aku di atas kebatilan, betulkan aku, taati aku selagi aku mentaati Allah dalam urusan kamu. Jika aku menderhakai Allah, maka tiada taat lagi untukku.”Khalifah selepasnya, Umar al-Khattab ra pula berkata: “Semoga Allah merahmati seseorang yang menunjukkan kepadaku keaiban diriku. Wahai sekalian manusia! Sekiranya kamu melihat aku menyeleweng daripada kebenaran maka perbetulkanlah aku.” Lalu seorang lelaki bingkas berdiri dan berkata: “Wahai Ibnul Khattab. Demi Allah jika kami melihat kamu melakukan penyelewengan maka kami akan perbetulkannya dengan mata pedang kami.” Umar akur dan memuji tindakan lelaki ini.Sesungguhnya menasihat pemimpin yang tersilap adalah kewajipan rakyat bahkan ia perintah Allah Taala dalam firman-Nya yang bermaksud: “Dan itulah (kisah) kaum Ad yang mengingkari tanda kekuasaan Tuhan mereka, dan menderhakai rasul Allah dan mereka menuruti perintah setiap ketua yang bermaharajalela lagi degil dalam keingkarannya.” (Surah Hud: 59)Namun kaedah tidak berhikmah boleh menyumbang kepada perpecahan dan persengketaan lebih teruk. Oleh itu, kembali kepada sistem syura dan kasih sayang sesama Muslim untuk memperbetulkan iklim politik yang kini tenat dihentam gempa tsunami dan semakin kelam berjerebu.Berita Harian ____________ _________ _________ _________ _________ _________ _Amat menyedihkan sekali di akhir zaman ini masih lagi terdapat cendekiawan islam yang sentiasa melakukan dan melaksanakan ijtihad songsangnya, di mana dalil di peroleh dan di cari semata-mata untuk mengaburi ummat agar kepentingan dapat di perolehi, malu ana melihat situasi ini, ialah bagi mereka yang telah berpuluh tahun mengkaji islam, bagi mereka yang berpuluh tahun menjejaki kebenaran, namun masih tidak dapat keluar dari kepompong kapitalis sekularis yang mengongkong minda setiap individu muslim akhir zaman ini.Dengan kepetahan berkata, pejuang demokrasi ini sanggup menyamakan Saidina Abu Bakar dalam kelompok pejuang demokrasi ala syura, demi ALLAH kalian hanyalah pemfitnah kepada kebenaran.Nyatakan kepada kami di mana dalil kebenaran demokrasi? nyatakan kepada kami di mana dalil Rasulullah mengamalkan demokrasi? nyatakan kepada kami di mana bisa demokrasi bisa di ertikan dengan syura ternyata ia hanyalah fitnah semata. Tanpa ada rasa bersalah dan ragu memfitnah sebuah kebenaran yang hak.Kami tidak pernah menolak politk, kami tidak pernah menyatakan tiada politik dalam islam, kami benar dengan politiklah islam bisa tersebar luas. Tapi politik yang bagaimana, apa hubungannya. inilah dia politik sebenar yang mana Hubungan antara politik dan Islam tidak pernah terpisah, namun ianya sering kali disalahertikan dikalangan kaum muslim pada hari ini. Hal ini tidak lain terjadi akibat semakin serabutnya kaum muslim dari pandangan hidup (mabda) Islam yang seharusnya dia berpegang teguh. Keadaan ini diparahkan lagi dengan serangan budaya dan pemikiran Barat, yang kemudian membentuk pandangan muslim terhadap politik. Kemudian muncul paling tidak tiga pandangan tentang Islam dan politik. Pertama, menolak sama sekali, dengan alasan Islam memang tidak mengatur masalah politik; kedua, menerima bahwa Islam mengatur politik, namun hanya pada peringkat nilai dan substansi, bukan amalan praktikal; dan yang ketiga menyatakan dengan tegas bahwa Islam mengatur masalah politik baik dari segi asas (fikrah) sampai turunan yang praktis (thariqah).Dalam kelompok yang ketiga ini juga muncul beberapa pandangan sebagai akibat kekaburan dalam memahami aktiviti politik. Seperti tudingan atau tuduhan yang tidak ikut memilih di pilihanraya bererti bodoh dan tidak realistik hanya berpeluk tubuh. Hujung-hujungnya bererti tidak perduli kepada umat. Atau muncul anggapan: Bagaimana disebut parti politik, kalau tidak ikut parlimen atau memilih di pilihanraya. Muncul pertanyaan sinis: eh biar betul politik di belajar di kaji ! arghhh Seminar yang melulu! Cakap bolehlah buat tengok! Bagaimana merubah negara hanya dengan bulletin atau nasrah! Eh diorang nih hanya buat mashirah saja bolehke nak ubah negara??! dan pernyataan sinis lainnya.Di sisi lain, tidak sedikit parti politik yang mengklaim sebagai parti politik islam, justru tidak melakukan aktiviti politik yang sebenarnya. Parti politik Islam kemudian lebih mirip menjadi kebajikan masyarakat, karena yang lebih menonjol adalah aktiviti sosialnya, dibanding aktiviti politiknya. Karena itu, penting bagi kaum muslim untuk mengetahui apa sebenarnya yang dimaksud dengan amal politik yang sewajarnya dilakukan oleh seorang muslim, parti politik Islam, atau negara. Namun, tulisan ini akan membatasi sejauhmana amal politik yang harus dilakukan oleh parti politik Islam.Pengertian Amal PolitikUntuk bisa mengatakan apakah aktiviti seseorang merupakan aktiviti politik atau tidak tentunya harus dimulai dari pengertian politik itu sendiri. Politik atau siyasah pada dasarnya adalah aktiviti yang dilakukan untuk mengurus kepentingan rakyat (umat), yang dilakukan oleh individu, parti, kelompok, atau negara atau beberapa negara (Abdul Qadim Zallum, Pemikiran Politik Islam, terj. hlm104). Hampir sama dengan defenisi tersebut V.O Key, Jr, mengartikan politik terutama terdiri atas hubungangan antaraa super ordinan dan subordinan, antaraa dominasi dan submisi, antara yang memerintah dan yang diperintah. Sedangkan Goerge Catlin mengartikan politik sebagai kegiatan manusian yang berkenaan dengan tindakan mengontrol masyarakat (the act of human social control). (Amin Rais, Cakrawala Islam, hlm 30).Sementara untuk bisa mengatur urusan rakyat ini, kekuasaan politik (dalam bentuk negara) tentunya adalah hal yang penting sebagai thariqah (metod) untuk mengatur rakyat. Dengan demikian aktiviti politik memiliki dua ciri utama; (1) setiap aktiviti yang bermuara pada pengaturan urusan umat, baik dilakukan oleh individu, parti politik, atau negara adalah aktiviti politik; (2) berhubungan dengan kekuasaan (sultoh, power) sebagai autoriti untuk mengatur rakyat. Jadi segala aktiviti yang berhubungan dengan dua ciri diatas disebut sebagai aktiviti politik.Sebagai parti politik Islam, tentu saja parti ini wajib menjadikan mabda (ideaologi) Islam sebagai dasar perjuangannya, termasuk yang menentukan ke arah mana perjuangan yang dilakukannya. Berkaitan dengan ini, politik Islam wajib dimaknai sebagai upaya pengaturan urusan-urusan umat berdasarkan hukum-hukum Islam baik di dalam maupun di luar. Untuk itu parti politik Islam wajib menjadikan berlanjutnya kehidupan Islam (syariah) dengan tegaknya Daulah Khilafah Islam sebagai agenda utama perjuangan mereka. Sebab, hanya dengan Daulah Khilafah Islam-lah upaya pengaturan urusan umat yang didasarkan pada hukum syara tersebut bisa diwujudkankan secara sempurna dan menyeluruh. Untuk itu amal-amal politik Rasulullah haruslah menjadi acuan. Dimulai dari Makkah sampai kemudian tegaknya Daulah Islam (Negara Islam) di Madinah. Dalam hal ini ada beberapa aktiviti nyata politik yang dilakukan Rasulullah Saw:(1) Tasqif Murakkazah (Pembinaan intensif)Pembinaan intensif adalah merupakan amal politik untuk mencetak ahli-ahli politik. Secara sistematik dan berlanjutan ahli-ahli ini dibina oleh parti politik sehingga mereka menjadi orang yang siap dan mampu mewujudkan cita-cita parti politik. Mereka tidak hanya mampu dari segi idea (fikrah), tapi juga mampu untuk berkorban demi perjuangan parti. Hal ini merupakan aktiviti yang sangat penting dan mendasar dalam politik. Sebab, bagaimanamungkin akan terjadi perubahan di tengah masyarakat kalau tidak ada ahli. Dan bagaimanamungkin ahli bisa bergerak ditengah masyarakat kalau ahli ini tidak memiliki pemahaman yang mendalam tentang perubahan yang diinginkan oleh parti. Karenanya, melalaikan amal politik ini akan menyebabkan kegagalan parti untuk meraih tujuannya.Upaya untuk menciptakan ahli politik ini dilakukan oleh Rasulullah Saw sejak di Makkah dan tidak pernah berhenti. Sejak Rasulullah Saw diperintahkan Allah SWT untuk mengemban dakwah Islam (Qs. al-Muddatstsir [74]:1-3), beliau kemudian mulai merekrut orang-orang disekelilingnya untuk kemudian dibina menjadi ahli politik. Mereka kemudian dikumpulkan dan dibina secara serius oleh Rasulullah Saw di rumah Arqom. Disana mereka digembleng dengan aqidah Islam, dibacakan dan dijelaskan tentang al-Qur’an dan bersama-sama Rasulullah para sahabat mendekatkan diri kepada Allah SWT. Dengan pembinaan seperti ini lahirlah ahli-ahli dakwah Rasulullah Saw. Mereka adalah para sahabat yang siap secara idea (fikrah) dan rela berkorban untuk perjuangannya.Dalam konteks sekarang, parti politik juga harus melakukan hal ini. Secara intensif harus dilakukan bimbingan. Kepada mereka ditanamkan aqidah Islam dan syariah Islam yang menyeluruh (komprehensif) . Sehingga mereka sebelum terjun ke masyarakat sudah siap dengan solusi-solusi yang nyata untuk berbagai persoalan yang muncul di tengah umat. Secara praktis aktiviti ini bisa dilakukan bersandarkan dengan halaqoh-halaqoh (kelompok kecil yang terdiri atas beberapa orang) dimana disana secara sistematik dan terarah dilakukan pengkajian terhadap idea-idea Islam dari buku-buku yang diadopsi oleh parti.(2) Tasqif Jama’iyah (Pembinaan umum)Pembinaan umum ini dilakukakan untuk membangun kesadaran masyarakat tentang pentingnya penerapan syariah Islam secara kaffah oleh Daulah Khilafah Islam. Hal ini dilakukan lewat cara membina umat dengan tsaqofah Islam (pemikiran Islam), meleburnya dengan Islam, membebaskannya dari akidah rusak, pemikiran salah, serta pandangan-pandangan kufur. Membangun kesadaran umat ini adalah sangat penting. Sebab tidak akan terjadi perubahan yang mendasar di tengah-tengah umat kalau tidak terjadi perubahan kesadaran masyarakat. Penegakan Daulah Khilafah haruslah dilakukan melalui umat dalam pengertian didukung oleh kesadaran umat. Karena yang ingin dibangun adalah pemerintahan yang didasarkan pada pemikiran yang matang (al-hukum ‘ala al-Fikrah), bukan semata-mata sikap emosioanal sesaat.Apa yang dilakukan oleh Rasulullah Saw adalah hal yang jelas. Rasulullah Saw sejak diperintahkan untuk menyampaikan dakwah Islam secara terbuka (Qs. al-Hijr [15]: 94), secara langsung mulai terjun ke masyarakat untuk menyampaikan Islam. Rasulullah Saw pergi ke al Batha, naik ke sebuah bukit dan menyampaikan secara lantang visi dan misi perjuangannya di hadapan orang-orang Quraish yang dia kumpulkan. Rasulullah Saw menyampaikan aqidah Islam kepada mereka dan menyeru mereka untuk masuk Islam dan bersama-sama berjuang bersama Rasulullah Saw. Rasulullah Saw juga menjelaskan kerusakan aqidah kaum kuffar yang menyembah berhala. Juga menjelaskan aturan-aturan yang rusak saat itu seperti kebiasaan menipu dalam perniagaan, membunuh anak wanita karena malu dan lain-lain.Hal yang sama wajib dilakukan oleh parti politik Islam sekarang. Parti politik Islam harus terjun ke masyarakat menyampaikan Islam secara kaffah dan menyeluruh. Wajib pula disampaikan kewajiban menegakkan syariah Islam dan Daulah Khilafah. Kalau di masa Rasulullah, bentuk kekufuran yang dilakukan oleh masyarakatnya adalah menyembah berhala, sekarang ini harus dijelaskan bahaya idea-idea kufur seperti Kapitalisme berikut idea-idea pokoknya (sekulerisme, demokrasi, hak asasi manusia, pluralisme dan lain-lain). Dijelaskan pula kerusakan aturan-aturan kapitalisme dalam berbagai bidang yang menyengsarakan manusia. Adapun bagaimana cara praktisnya bisa dilakukan dengan berbagai uslub (teknik) dan wasail (perantaraa) . Bisa dilakukan dengan pengajian-pengajian umum, khutbah jum’at, seminar, diskusi publik, debat terbuka. Termasuk lewat media masa seperti radio, televisi, surat kabar, majalah dan lainnya. Dari aktiviti ini kemudian akan muncul kesadaran umat untuk diatur semata-mata oleh syariat Islam. Kesadaran umat ini yang mendorong mereka untuk menuntut perubahan sistem negara yang jauh menyimpang dari Islam.(3) Shiro’ul Fikr (pergolakan pemikiran)Perubahan masyarakat haruslah diawali dengan perubahan pemikiran di tengah-tengah masyarakat tersebut. Agar berubah, masyarakat harus tahu bahwa pemikiran yang selama ini mereka anut dan percayai adalah keliru dan rusak, bahkan membahayakan mereka sendiri. Untuk itu tentu saja harus dijelaskan dimana kerusakan idea tersebut dan bahayanya kepada masyarakat. Disinilah letak penting shir’ul fikr (pergolakan pemikiran) sebagai amalan politik untuk merubah masyarakat. Pergolakan pemikiran ini dilakukan dengan cara membentang idea-idea yang salah, aqidah yang rusak atau pemahaman yang keliru di tengah masyarakat. Dijelaskan kekeliruannya dan pertentangannya dengan Islam. Tentu saja harus disertai dengan penjelasan bagaimana ketentuan hukum Islam dalam perkara tersebut.Pergolakan pemikiran ini adalah amalan politik yang sangat nyata dilakukan oleh Rasulullah Saw. Sangat jelas bagaimana Rasulullah Saw menyerang aqidah kufur yang diyakini oleh banyak masyarakat jahiliyah pada waktu itu. Rasulullah mengecam kepercayaan mereka yang menyembah berhala dan musyrik. Tidak hanya aqidah, kebiasaan-kebiasaan rusak ditengah masyarakat juga dijelaskan oleh Rasulullah kekeliruannya, seperti kebiasaan ummat menipu dalam perniagaan, perzinaan, merendahkan anak yatim, dan kebiasaan membunuh anak perempuan karena malu.Dalam konteks sekarang, aktiviti politik ini dilakukan dengan menjelaskan idea-idea dan aturan-aturan rusak yang diyakini masyarakat. Karena itu harus dijelaskan kekeliruan idea-idea kufur seperti sekulerisme, nasionalisme, demokrasi, hak asasi manusia dan lainnya. Dijelaskan pula bahayanya bagi umat dan pertentangannya dengan Islam. Bersamaan dengan itu dijelaskan pula bagaimana pandangan Islam dalam perkara tersebut. Secara praktis aktiviti ini bisa dilakukan dengan ceramah-ceramah, khutbah jum’at, seminar, menerbitkan tulisan (buletin, majalah, akhbar) dan lain-lain. Dari aktiviti ini diharapkan masyarakat memiliki kesadaran tentang kerusakan idea-idea kufur yang selama ini mereka anut. Pada gilirannya mereka akan mencampakkan idea-idea tersebut dan menggantikannnya dengan Islam. Semua ini akan bermuara pada kesadaran masyarakat untuk mewujudkan sistem daulah Khilafah dengan mengganti sistem kufur yang ada ditengah-tengah mereka.(4) Kifahas-siyasi (Perjuangan Politik)Sebuah sistem politik (negara atau masyarakat) akan berjalan selama rakyat masih percaya kepada pemimpinnya untuk mengatur kehidupan mereka. Untuk merubah sistem tersebut haruslah diputus kepercayaan rakyat terhadap pemimpinnya (dhorbul alaqot). Untuk itu harus dijelaskan dan dibongkar kerusakan pemimpin yang ada, pengkhianatan mereka terhadap rakyat, ketidadilan mereka mengurus rakyat. Termasuk menjelaskan persekongkolan mereka dengan negara-negara musuh imperialis yang melestarikan derita rakyat. Aktiviti ini lah yang disebut perjuangan politik.Amal politik ini dilihat dari penentangan parti tersebut terhadap negara-negara imperialis kafir dalam rangka memerdekaan umat dari belengu penjajahan mereka. Membebaskan umat dari tekanan dan pengaruhnya, serta mencabut akar-akarnya baik berupa pemikiran, budaya, politik, ekonomi, maupun ketenteraan dari seluruh negeri-negeri Islam. Termasuk dalam amal politik ini adalah menentang pemimpin, mengungkap pengkhianatan mereka, melancarkan kritik (muhasabah), kontrol, dan koreksi terhadap mereka. Serta berusaha mengganti mereka apabila mereka melanggar hak-hak umat.Hal ini dilakukan Rasulullah dengan menjelaskan kerosakan pemimpin-pemimpin kafir Quraish pada waktu itu. Abu Lahab, Abu Jahal, dan Abu Sofyan merupakan pemimpin-pemimpin yang kerap dikritik oleh Rasulullah. Bersama sahabatnya, Rasulullah menyampaikan ayat-ayat al-Qur’an yang berisi kecaman terhadap Abu Lahab yang menolak kebenaran yang disampaikan Rasulullah dengan cara yang hina (Qs. al-Lahab [111]: 1-5), mengungkap keburukan Abu Sofyan yang tidak memperhatikan anak-anak yatim (Qs. al-Ma’un [107]: 1-7). Amal praktik yang bisa dilakukan saat ini bisa dengan memilih uslub (strategi) seminar, diskusi, demonstrasi damai (masiroh), ceramah-ceramah, debat politik atau media-media lainnya.(5) Tabanni Mashalihul ummah (Mengadopsi Kepentingan Umat)Perubahan masyarakat pada dasarnya sangat ditentukan oleh sikap masyarakat terhadap pemimpin mereka yang menerapkan berbagai kebijakan atas mereka dan sikap mereka terhadap parti politik yang menginginkan terjadinya perubahan. Untuk itu parti politik Islam haruslah menjelaskan kepada umat bahaya setiap kebijakan dari pemimpin yang ada , kekeliruannya dan pertentangannya dengan Islam. Sementara itu, umat juga harus melihat dan menyaksikan sendiri, bahwa parti politik yang mengkoreksi tersebut memang mampu memberikan solusi terhadap persoalan-persoalan mereka. Umat harus melihat bahwa parti politik yang ingin melakukan perubahan tersebut memang layak untuk memimpin mereka, karena kemampuan mereka menyelesaikan persoalan hidup rakyat.Disinilah letaknya kepentingan tabanni mashalihul ummat sebagai amal politik .Dilihat dari aktiviti ini adalah upaya parti politik untuk mengawasi dan mengkoreksi setiap kebijakan pemimpin yang menyimpang. Dijelaskan bahayanya bagi umat dan bagaimana solusi Islam terhadap persoalan tersebut. Seperti mengkritik kebijakan kenaikan petrol, kos pendidikan, public transport, undang-undang anti terorisma, ifc, akta orang beragama dan lain-lain. Sekaligus akan menghilangkan kepercayaan mereka terhadap pemimpin mereka yang memang tidak layak. Jelas ini akan memperkuat kesadaran masyarakat untuk mengganti sistem rusak yang ada di tengah-tengah mereka dengan sistem Islam ,yakni Daulah Khilafah Islam. Dengan seminar, masiroh (demonstrasi damai dan aman), pengiriman utusan kepada pemimpin atau parlimen, penyebaran buletin dan nasroh adalah cara-cara (uslub) yang bisa dipilih. Dari aktiviti ini masyarakat akan melihat bagaimana kehirauan dan kesiapan parti politik Islam untuk memecahkan persoalan mereka.(6) Tholabun Nusroh (Meraih dukungan)Mengingat setiap sistem politik pastilah terdapat orang-orang yang kuat yang berpengaruh (ahlul quwwah), maka sikap orang-orang yang berpengaruh ini jelas sangat menentukan keberhasilan perjuangan untuk menegakkan Daulah Khilafah Islam. Penerimaan mereka terhadap Islam yang disertai dengan kesadaran masyarakat akan mempercepat tegaknya sebuah sistem Islam. Sebaliknya, penolakan mereka akan menghambat keberhasilan tersebut. Untuk itu tholabun nusroh dalam pengertian meminta nusroh (dukungan) dari ahlu nusroh atau ahlul quwwah yang menjadi tokoh penting dalam masyarakat adalah sangat penting. Dari tokoh-tokoh pengaruh ini bisa diperoleh dua hal: perlindungan terhadap dakwah dan kekuasaan.Tidak mengherankan kalau Rasulullah, disamping menyadarkan masyarakat, terus menerus melakukan upaya tholabun nusroh (meminta dukungan) kepada orang-orang atau kelompok kuat. Hal ini bisa jelas dilihat dari aktiviti Rasulullah mendatangai pemimpin-pemimpin qabilah suku quraish, bani Tsaqif (di Thaif), Bani Syaiban bin Tsa’labah, Bani Kalb dan lain-lain. Diantaraa kabilah tersebut yang kemudian menerima Rosullah adalah pemimpin dari suku Aus dan Khazraj dari Madinah. Dengan dukungan pemimpim dua kabilah ini, Rasulullah berhasil pula mendapat dukungan dari sebagian besar masyarakat madinah. Inilah kunci keberhasilan Rasulullah dalam menegakkan Daulah Islam di Madinah: dukungan ahlul quwwah (pemimpin Aus dan Khazraj) dan kesadaran masyarakat Madinah menerima Islam secara total.Dalam konteks sekarang amal politik ini dilakukan dengan mendakwahkan dan mencari dukungan dari kelompok-kelompok kuat dan strategik di tengah masyarakat. Saat ini rata-rata di dunia Islam yang menjadi kelompok kuat ini adalah pihak ketenteraan. Secara praktik hal ini dapat dilakukan dengan menghubungi terus tokoh-tokoh penting ketenteraan dengan berbagai cara atau mengirim utusan kepada mereka. Mengajak mereka berdialog agar mereka bisa mendukung penuh tegaknya Daulah Khilafah Islam.Demikianlah amal-amal politik yang wajib dilakukan oleh parti politik Islam sekarang. Adapun di dalam atau diluar parlimen, ikut memilih di pilihanraya atau tidak, bukanlah sebagai faktor penting dalam melakukan aktiviti politik. Apatahlagi mereka yang menyertai pilihanraya terlibat dengan demokrasi yang jauh dari islam dan jelas akan keharaman mengamalkannya. Namun amal yang bermuara pada aktiviti pengaturan urasan umat dengan cara penegakan Daulah Khilafah Islam sesungguhnya merupakan aktiviti politik yang nyata, sebagaimana yang telah dilakukan Rasulullah Saw. Jadi persoalannya bukan apakah parti tersebut ikut memilih di pilihanraya atau tidak, atau masuk parlimen atau tidak. Demikian juga uslub-uslub yang dipilih seperti seminar, debat politik, diskusi, pengkajian Islam intensif, penyebaran buletin adalah teknik-teknik yang tidak bisa dipisahkan dari aktiviti politik tersebut. Dengan cara tersebut tiga kunci perubahan untuk tegaknya Daulah Khilafah Islam bisa diraih; adanya ahli, kesadaran rakyat, dan dukungan tokoh dan kuat di masyrakat.. MAKA ISLAM AKAN KEMBALI LAGI.Nah kite telah lihat bertapa hebat dan mendasarnya aktiviti politik Rasulullah, lantas perlu apa percaya kepada demokrasi, perlu apa berlindung terus dan pertahankan sistem kufur lagi menghancurkan ini. Ayoh tinggal demokrasi pilih thariqah Rasulullah. Takbiiirr... .... tidak ada satu pun di dalam thariqah Rasulullah ini membuktikan benarnya amalan demokrasi. Lantas persoalan untuk antum menilai dan memikirkan. Dari manakah demokrasi ini bisa di wajibkan??? dan apa pula ertian demokrasi dalam syura.???Mungkin di masa akan datang ana akan cuba jelaskan dengan lebih rincih tentang syura dan bezanya dengan demokrasi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment