Sunday, September 13, 2009

Kematangan Dalam Hidup

Pagi tadi dekat office boring2 aku buka file gambar yang ada dalam PC aku ni, yer la tempat keja baru ni x bnyk sngt keja…
Dalam satu file gambar ni aku terkedu sebentar, melihat gambar2 yang ada membuatkan hati aku di rundung pilu..disiat-siat kesedihan ..tidak dinafikan walaupun menjalinkan hubungan yang terlalu singkat iatu hanya 3 bulan sahaja,ttp sayang aku pada dia terlalu mendalam…aku sngat menyayangi dia..sepenuh hati ku…aku akui, dia yang banyak merubah hidupku kini…menjadi seorang yg lebih matang dan sentiasa menilai dari sudut yg positif.Cara dia yang sentiasa cool, dan penyabar membuatkan aku sayang sngt dekat dia. Terlalu banyak kenagan yang terpahat dalam lingkupan sejarah hidup ku…terlalu banyak gambar bersama yang kami ambil. Terus terang aku katakan dengan dia lebih banyak kepahitan yang terpaksa aku telan atau dengan erti kata lain makan hati, ttp aku pejamkan mata demi sayang aku padanya. Dia bukan seorng yang romantic pun, jauh sekali seorg yang sentiasa nak ucap I love u..ttp aku tahu,dalam hatinya dia memang menyayangi aku…ttpi hubungan yang dibina tidak lama.Mungkin berpunca dari sikap aku yang selalu bersikap kebudak-budakan…yang selalu naik angin dan tidak mempunyai sifat kesabaran yang tinggi.aku akui, berpunca dari kata-kata ku yng membuatkan sikap sabarnya sampai kekemuncak, akhirnya dia melepaskan aku tanpa kerelaan ku..aku sedih dan pilu…walaupun aku tidak bersedia, ttp aku terpaksa melaluinya.kini kami menjadi kawan yang baik.Alhamdulillah, semuanya ada hikmah disebalik. Kini, aku dapat rasakan yang cara hidup ku memang berbeza. Menjadi seorang yang agak pendiam dan sentiasa berfikir dengan rasional. Cara hidup siDia banyak mempengaruhi hidupku kini.Untuk mencari pengganti buat masa ni pintu hati ku tertutup rapat.Bukan tidak ada yang Tanya padaku, ttp aku menolak kerana tidak bersedia. Sayang ku pada nya masih ada…aku tak tahu kenapa…Aku kini lebih selesa hidup berseorangan, walau pun tanpa rakan, walaupun tanpa org tersayang…masa ku banyak dihabiskan di rumah,kalau tidak pun aku akan hang out sekejap dengan Fuad..my best friends.Hari minggu kadang2 aku keluar dengan endy n kawan2.tp itu pun tidak selalu…

No comments: